Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 19 April 2015

Viva PPG 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman...(macam la ada yg baca...)
Syukur ke hadrat Illahi, hampir pukul 10 pagi tadi saya telah selesai membuat pembentangan Kajian Tindakan dalam program Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan Islam Semester 8 di IPG KPI, Bangi. Sesudah pembentangan, minda terus terasa lapang sangat... umpama terlepas bebanan daripada menanggung sebongkah batu besar. hihihi...
Kini tugasan penting yang perlu saya siapkan dalam bulan April ni ialah penulisan tesis dan laporan Internship saya. Pastu bolehlah tumpuankan pula pada peperiksaan akhir...awal Mei rasanya. cuma UAK (Ujian Akhir Kursus) akan diadakan pada hari Khamis akan datang iaitu pada 23 April bagi subjek Hafazan Al-Quran. Ujian Bertulis pukul 8.30 pagi, amali dalam pukul 9.30/10.00 pagi. Adoiii tak hafal lagi ni. Hafal ajelah mana yg dapat, iye tak.
oklah, ni aje saya nak tulis... nak tulis panjang2 tak sempat, banyak keje nak buat.
#post pertama 2015. jangan terperanjat lak.
Cerita saya;  

Jumaat, 7 Mac 2014

Duit Nuffnang


Salam sejahtera buat sahabat semua....

Entri saya pada kali ini hanya nak citer pasal cheque yang saya dapat petang tadi (6/3/2014- Khamis). Saya terima cheque daripada Nuffnang sebanyak RM90.29. Yahuuuuu!!! Syukur alhamdulillah... diam tak diam, dah lama jugak usia blog saya ni kan... walaupun RM nya tak banyak, saya tetap bersyukur dengan pemberian ini. kerana saya tak pernah terfikirpun tentang ini semasa saya nak bina blog suke suke saya ni... 

Terima kasih pada para pembaca yang sudi meng"klik" iklan-iklan yang terdapat dalam blog saya ni. Walaupun usaha anda nampak sedikit, tapi besar maknanya pada saya. Terima kasih banyak-banyak atas kesudian anda melayari blog merapu saya ini.

Sekian, Terima kasih daun keladi...
# nak beli apa ye dengan duit ni?

Saya sayang blog saya ini...muah muah muah.

Selasa, 20 Ogos 2013

Bahagiamu Deritaku.

Saya suka dengar lagu-lagu Hafiz AF tu dengan Hafiz Hamidon... suara diorang best. Kali ni saya nak share lirik Hafiz AF, Bahagiamu Deritaku... touchinggg!!! Kalau nak dengar,, carilah kat Youtube ye. 
BAHAGIAMU DERITAKU (Hafiz)
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Ahad, 23 Jun 2013

Surah Al-Fatihah

Salam sejahtera buat semua sahabat yang sudi singgah di blog ini... Saya tak de nak cerita apapun kali ini, cerita-cerita yang tertunggak tu nanti bila ada mood... baru saya cerita. Kali ini saya hanya nak buat satu permintaan sahaja. Apa dia tu??? Suspen tak???
Saya nak minta awak bacakan surah Al-Fatihah banyak-banyak untuk saya... awak sedekahkan untuk saya, boleh tak? Terutamanya bila awak berdoa lepas solat tu ye. Saya pasti awak tahu hikmah-hikmah ataupun kebaikan membaca surah Al-Fatihah tu kan ... emmm jadinya awak sedekahkanlah untuk saya ek. 
Awak janganlah tunggu saya dah tak de, baru awak nak buat camtu. (itupun kalau awak tahu)... Huhuhu. Tolong eh. Terima kasih banyak-banyak jika awak tunaikan permintaan saya ni. Kalau awak dah tak larat nak sedekahkan, tak pe lah... jangan paksa diri awak ye. Sekian, Terima kasih.
Tapi "siapa awak" tu... emmm awaklah, pembaca post saya ni. Jangan tak tau pulak.
Awak, awakkk...

Khamis, 20 Jun 2013

Cerita ceriti...

[alalala... kesiannya. sob, sob, sob]
Salam sayang buat semua pembaca... emmm maaf ye.
dah lama saya tak kemaskini blog kesayangan ni. Busy lah ngajar sesi petang ni... bila balik sekolah je dah nak maghrib. buat itu ini dah pancittt... Dah 6 bulan saya mengajar sesi petang, terasa seronok tapi badan penatlah sikit. Sebabnya??? sebab mengajar petang ni kita rasa terkejar-kejar dengan masa... terutama nak solat zohor dan asar... sulitnya bila jadual kita banyak mengajar di masa-masa tersebut... kita mengajar murid-murid tahun 1 hingga 3 ni bukan boleh tinggalkan kelas tanpa guru, mau tunggang langgang kelas kita nanti... haaa kalau terjadi kes-kes kecemasan, kita jugak yang susahnya kan... huhu.
Banyak cerita yang saya ingin kongsi dengan kalian... terutamanya tentang kisah-kisah sepanjang saya mengajar di sesi petang, kisah perkahwinan adik lelaki tunggal saya... perjalanan & percutian keluarga saya ke Sabah, pengalaman pertama saya naik kapal terbang serta kisah pembelajaran saya di IPG tu... banyak sangat nak kongsi, tapi tak tahu bila nak post kat sini... huhu. Dalam minda ni macam-macam ada... ooo ada lagi satu kisah menarik, apabila saya diburu peminat-peminat yang sibuk nak berkenalan...(gara-gara nama dan no telefon saya tersebar di dada akhbar Sinar Harian... huhu haruuu).
Oklah, nanti kita sambung lagi ye. (macamlah banyak sangat follower... yuhuuu). Insya Allah saya akan cerita pasal kisah-kisah tersebut... Sabar ek.
"kadangkala masa yg memaksa kita"... huk huk huk

Rabu, 13 Mac 2013

Demam vs Assignment

Minggu ni assignment dah datang melambak-lambak... Ada yang nak kena buat video, ada yang nak kena buat RPH, refleksi, ebook dan segala macam tok neneknya. Tapi malangnya saya kurang sihat mulai daripada minggu lepas lagi... hingga berlarutan ke minggu ini. Alhamdulillah minggu ni saya tak cuti sakit lagi. Minggu lepas sakit lain, minggu ni sakit lain pulak...minggu ni asthma saya menyerang... Letih sangat sebab bila tengah malam, batuk saya sangatlah aktif kelakuannya... tak boleh nak lena, bila baring je mulalah terbatuk-batuk tak henti-henti....hinggakan termuntah. Bila dah muntah legalah sikit. Dah nak Subuh, baru boleh lelapkan mata... sebab batuk dah reda. Huhu, sian kan. 
Semua assignment saya tak buat lagi... tak boleh nak fikir dan tak boleh nak cari bahan mentahnya lagi. Aduhai cabaran betul belajar tatkala dah banyak umur ni, seronok tetap seronok...tapi kekangan banyak sangat... Cukup mencabar kerana dalam masa yang sama kita punya banyak tanggungjawab yang hendak dipikul... Tanggungjawab kita sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, surirumah dan pelajar... adakalanya terasa cam nak tumbang je... sob, sob, sob. (Isyyy harap-harap saya dapat habiskan penggajian saya dengan baik...sehingga dapat menggenggam segulung ijazah yang diimpikan sejak remaja dulu). Tak dapat nak gambarkan bagaimana keadaan kawan-kawan yang punya ramai anak dan duduk jauh dari kampus... Emmm mesti lagi kuat cabarannyakan. 
#Saya sempat update ni sebab terbatuk-batuk je...mata mengantuk sangat, tapi batuk tak bagi saya tidoooo...uwaaaa!!! Doakan saya cepat sembuh ye teman-teman...