Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Isnin, 31 Ogos 2009

AKU DAPAT BONUS HARI RAYA 2009 !!!

RM100 RM100
RM100 RM100
RM100 x 4 = RM400
(alamak terlebih pulak RM10, kira sedekah aje ye!!).

Wah, terujanya bila baca entri kat atas nikan..
Huyea, huyea dapat bonus. Aku dapat bonus hari raya..
Memang dapatpun, jangan salah sangka pulak. Kerajaan belum umumpun dapat bonus ke tidak. (Harap-harap dapatlah bonus raya ini, dapat jugak anak buah aku duit raya lebih sikit tahun ini).Cuma aku aje yang dapat bonus, itupun ada orang yang nak bayar hutang kat aku. Hutang yang hampir 8 tahun. Itupun aku tak sangka dia nak bayar before hari raya. Aku tak tanyapun, tapi dia yang beritahu kat aku..

Alhamdulillah, walau tak sampai RM1000 tapi RM390 tu boleh beli banyak benda.(Bagi aku yang tak banyak duit ini, jumlah tu besar boleh beli macam-macam benda. Kalau beli gula-gula dapat banyakkan).

p/s : Cuba pembaca teka, kakitangan awam dapat tak bonus tahun ini? Sila komen dengan berhemah, jangan emosi pulak ya!

Syukran, syukran.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!








SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-52
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
SEMOGA MALAYSIA BERTAMBAH MAJU DAN AMAN HARMONI HENDAKNYA.
SEMOGA KITA TERUS MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN INI.

* Al-Fatihah buat pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah kembali ke rahmatullah.
* Al-Fatihah juga buat arwah datukku Leftenan Ngah Abullah bin Ngah Adham.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Mengantuk & Menguap

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :


الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah...', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:


1. Rasulullah (s.a.w) memberitahu kita bahawa menguap berasal drpd syaitan (gangguan syaitan).


2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi:

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi (s.a.w) tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap, seperti “Haaaaaah”. Ini kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.
d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah..

* share daripada blog kengkawan tp lupa blog mana.

Kongsi Bersama,

Kad Raya Sulung

Yea, yeah dapat kad raya!!!
Yea, yeah dapat kad raya!!!
Aku bersorak dengan gembiranya tengah hari semalam,
apabila menerima sekeping kad raya yang disampaikan oleh en.posmen.
(Tq en posmen).

Pada fikiranku, kad itu tentunya dihantar oleh salah seorang drpd sahabat handaiku.
Tetaapiiiiiiiiiiii,
.
.
.
.
.
.
pengirimnya hanyalah daripada syarikat Poh Kong...
alahai, kedai emaspun nak hantar kad raya.
(baru aku teringat awal tahun hari tu, aku ada trade in rantai tangan anakku yang dah putus).
Patutlah dia tahu alamat penuhku..
Langsung terbantut kegembiraanku sebentar tadi..
Tapi tak apalah.. ia masih lagi dinamakan KAD RAYA kan.
MY FIRST KAD RAYA.. (SULUNG). Iyalah tu.

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Rabu, 26 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430 Hijrah.

Untuk semua umat Islam yang membaca blog ini, diucapkan...


SALAM RAMADHAN 1430 HIJRAH,
SEMOGA PUASA KALI INI LEBIH BAIK 
DARIPADA TAHUN SEBELUM-SEBELUM INI.



Salam Sayang Dariku,

Sabtu, 22 Ogos 2009

Pertandingan Lagu Patriotik

Pertandingan lagu Patriotik Tahun 4
SK Bandar Rinching; 19 Ogos 2009


Persembahan murid tahun 4B, suara memang power.
Kredit untuk Cikgu Salmah. Memang berbakat.


Bersemangat betul murid-murid ni menyanyikan lagu2 patriotik. Kalah menang tak penting tapi penyertaan itu lebih utama.


Pakaian nak sambut merdeka ke atau pakaian nak sambut raya ni ?!!


Wah, merahnya mak ngah! Nyanyi jangan tak nyanyi.
Lai yang cantik berseri macam anak Jepunlah pulak.

Pelapor,

Rabu, 19 Ogos 2009

Penghargaan kepada sebatang gigi.

Jam 3.30 petang :
Aku pergi ke Klinik Pergigian Bandar, Pekan Semenyih. Dah lama sangat tak jumpa seseorang yang sangat aku perlukan ketika ini. Hah, sapa lagi kalau tak doktor gigi@dentist. Doktor gigilah yang aku paling takut sejak zaman kanak-kanak lagi. Bukannya doktor tu garang, tapi aku gerun melihat peralatan-peralatannya. Kali ini aku terpaksa berkorban demi menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Aku takut gigiku meragam di bulan mulia ini.

Jam 3.40 petang :
Doktor menyuntik ubat bius. Aku memberitahu doktor itu, aku teramatlah nervous.. cam budak kecikkan. Kita mesti berkata benarkan. Setelah disunti aku diberi rehat sebentar. Pesakit lain pula masuk ke bilik rawatan. Zink, zink, zink... aku terdengar macam nak tebang pokok pulak. Ngerinya. Sempat lagi aku sms kak Pah (nak hilangkan gabra aje..)

Jam 4.10 petang :
Giliran aku pulak, jatung berdetap berdetup semakin kuat. Doktor terpaksa menambah ubat bius kepadaku kerana aku masih terasa sakit pada bahagian bawah gigi tersebut, kemudian doktor menggoyang-goyangkan gigiku lalu dushhh...gigiku tercabuuuut. Hah, lega rasanya, tak guna penyepitpun. Darah banyak keluar, doktor beritahu kalau ada darah tinggi memang macam tu.. Selesai bab mencabut, bab menjahit pulak.. 10 minit baru siap. Ok pun, aku je yang penakut.

Jam 4.30 petang :
Ambil dan bayar ubat, jumlahnya.. RM85. (Wow, mahalnya. Sebatang gigi berharga RM85). Tapi tak mengapa, aku telah menggunakan gigi tersebut selama bertahun-tahun lamanya. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah mengurniakan aku sebatang gigi yang berharga itu. Aku terus balik ke rumah dengan hati yang gembira sambil berazam akan menjaga dengan baik beberapa batang gigi yang tinggal ini.

Inilah gigiku yang sangat berjasa itu. Sepatutnya dah lama aku perlu mencabutnya, tapi aku sengaja mem"postpone"kan kerana ia masih lagi berguna kepadaku.


TERIMA KASIH GIGIKU SAYANG..

Tanda tangan baru.

Percubaan pertama; Hampir berjaya !!!



Sabtu, 15 Ogos 2009

Sekolah Ganti Cuti Deepavali.

Hari ini aku pergi ke sekolah macam biasa kerana sekolah ganti cuti Hari Deepavali. Ikut jadual hari Jumaat.. sampai pukul 12 tgh hari ajelah. Kehadiran murid-murid sangat merosot, maklum ajelah hari Sabtu tambahan pula minggu depan dah mula puasa. Mungkin ibu bapa membawa anak-anak mereka pergi ber'shopping' agaknya. Ataupun mereka tak pergi sekolah sebab kes H1N1 kot.. Tahun 4 dan 5 hanya tinggal 3 kelas aje. Tahun 6 maintain.. dekat nak UPSRkan.
http://www.emocutez.com Cikgu-cikgipun nampaknyer cam kurang aje tadi (ni pakai kanta pembesar utk edisi siasat).. Banyak urusanlah tu, tapi guru-guru yang hadir hari ini memang "mantooop". Ceria aje. Sepatutnya ada taklimat pengurusan pukul 12 tgh hari, tapi terpaksa ditunda minggu depan kerana Puan Zahora tak hadir hari ini. Apa lagi, bertambah cerialah kami hari ini.. dapat pulak roti gardenia free 4 bungkus..meriah hidup !!! Ni antara teman-temanku yang agak sibuk hari ini.
http://www.emocutez.comKatun ni sama cam kak Fatimatun...tengah sibuk buat assignment Pend. Seni. Mengelabah sakanlah sebab minggu depan nak gi belajar kat IPPM. Broadband pulak asyik nak meragam aje, aku nak tolongpun payah. Sabar ya kak Tun...Tarik nafas, hembus perlahan-lahan (ulang 3x).
http://www.emocutez.comNi lak kak Pah (Sharifah Noorzihan), kalau dia geram kat aku...mesti dia jelir lidah camtu.(Apa, dia ingat comel ke buat camtu... tapi kak Pah mmg comelllpun..) Tadi kak Pah beli kain sutera hijau utk buat baju raya (hari ke 30). Agaknya camnilah rupanyakan. Sori kak Pah tercakap pulak.

p/s Cikgu-cikgu lain lagilah sibuk, kami ni menyibuk aje lebih.


Khamis, 13 Ogos 2009

Kes H1N1, Bengkel DOSR & Ust. Asri Rabbani.

Salam di malam Jumaat..
1) Kes H1N1 :
Alhamdulillah aku sihat sepanjang hari ini. Awal pagi sebelum aku pergi menghadiri Bengkel DOSR di PPD Hulu Langat, aku singgah sekejap kat sekolah. Berita gempar pagi ini 2 org pelajar sekolah aku positif H1N1.. abg dan adik. Alahai si abang merupakan murid aku di tahun 6D..minggu lepas dia sekolah, tak perasan pulak dia tak sihat. Kawan dia yg lain ada le yg selsema, tp dia sihat aje aku tengok.( aku tak perasan kot..) Mengelabahlah guru-guru sesi pagi. Moga tak ada lagi murid2 aku yg dijangkiti virus ini. Ya, Allah kau jauhilah kami daripada penyakit2 seperti ini. Hanya Kau tempat kami memohon perlindungan. Amin..

2)
Bengkel DOSR:
Pagi ini aku berbengkel di PPD H/Langat bersama geng-geng Data kitaorg. Terlambat sampai, tapi lewat 5 min drpd Malisa SK Bdr Tasik Kesuma dan awal 15 min drpd Faezah SK Semenyih. Nasib baik dpt duduk sebelah Su SK Beranang, selamat sikit sebab dok sebelah depan. Tapi malang sikit sbb air cond kurang berfungsi.
http://www.emocutez.comBilik mesyuarat tu penuh sgt. Nak buat camana Data punya hal kenalah duduk cam ikan sardin dlm tin. (Opsss! ptg ni nk beli ikan sardin segar.. gorengpun sodappp). My hubby suka mkn ikan sardin tu sbb kurus cam dia.. Hi hi hi. Sakit gak biji mata nengok data yg tulisan dia halus2 cam ikan bilis tu.. Tp tak apa hari ini mkn kari ayam.. best betul..nak2 mkn dgn Faezah dan Malisa.. Mesti nk gelak2 mcm kat Hotel Concorde KLIA hari tu..

3) Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia:
Tengah2 pening membengkelkan Data DOSR, dpt sms drpd kak Mazeeta memaklumkan berita ini. Terima kasih kak Eita. Aku termangu seketika, begitulah perjalanan hidup kita yg bergelar insan. Setiap yg hidup pasti akan mati. Al-Fatihah utk Ustaz Asri yg telah memartabatkan irama nasyid di Malaysia. Semoga Allah menempatkan beliau bersama-sama org2 yg beriman.




Sabtu, 8 Ogos 2009

Bersantai di hari Sabtu dan Ahad

http://www.emocutez.com
Esok cuti 2 hari, tak ada kokurikulum atau aktiviti lain. Puhh, lega rasanya, dapatlah merehatkan badan 2 hari ni. Aktiviti pertama mengemas rumah, cam biasalah mendobi, mop lantai.. lipat kain. Syoknya jiran depan rumah dah guna khidmat bibik..
Aku bilalah nak ada bibik ni ??? Tapi tak kisahlah asalkan hati gembirakan.

..

Resah dengan wabak H1N1

Lama sungguh aku tak updated blog ni.. Banyak peristiwa yg berlaku. Kali ini aku nak menulis tentang H1N1. Negara kita telah dilanda wabak H1N1. Penyakit ini telah mengorbankan seramai 13 org (setakat hari ini). Murid2 di sekolah aku ramai yg tidak sihat minggu ini. Malangnya minggu ini group aku bertugas..dahlah tinggal 3 org aje (Azimah cuti bersalin, kak Zaimah cuti sakit). Tinggal aku, ust Anep dgn Kalsom aje.

SMK BR dah diberi cuti seminggu bermula hari ini sbb ada di antara guru dan pelajarnya dijangkiti virus tersebut. (Moga mereka cepat sembuh). Keadaan ini amat merisaukan warga sekolah aku.. Nauzubillah.

Aku sangat berharap minggu ini sentiasa hujan supaya jerebu tiada lagi di sini. Murid2 aku ramai yg kurang sihat mungkin kerana jerebu..bukan virus itu hendaknya..

Nak cerita apa lagi ni.. mengantuk sangat. Jumpa lagi, Insya Allah.
http://www.emocutez.com