Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 23 Disember 2009

Peristiwa 21 Dis 2009.


Hari ini birthday abah yang ke 70 tahun. Kami adik-beradik mengadakan sedikit jamuan untuk meraikannya. Selepas solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh abah, kami makan malam dulu. Lepas tu barulah acara potong-memotong kek (bukan memotong gotah yo!).

Cucu-cucu berebut-rebut nak meniup lilin...
semua dah standby; Aqilah, Farisya dan Adib Aliesya.


Abah terpaksa meniup lilin atas permintaan cucu-cucunya.. lebih-lebih lagi si Fatin. Tengok mulut dia tu..beriya-iya meniup. Kalau tak, tentu kecoh jadinya.


Tengok tu... dah ada yang nganga mulut. Duduk atas mejapun ada.


Makan kek ke marah mak kecik 2 orang ni. Oppss, marah ambik gambar candid kot.
Ini Aqilah (berbaju kurung) dengan Farisya (berbaju oren).


Kek yang telah disponsor oleh Mak Uda..(sempat jugak mak labu ni beli kek masa balik kerja).


Aktiviti makan-makan nasi beriani sebelum acara melapah kek (teringat raya korban lagi).
Nasi beriani disponsor oleh Mak Ngah dengan Mak Busu, sambil dibantu oleh Mak Long dengan Mak Uda. Kerja-kerja yang lain dibantu oleh Pak Long. Ahli yang tak dapat hadir bersebab; Pak Ngah (kerja), Pak Andak (kerja) dan Pak Busu (meeting).
AJK Kecil semua hadir.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga abah sihat sejahtera, murah rezeki, dipanjangkan umur
serta diberkati dan dirahmati Allah selalu.
(Maaf hadiah kami tu tak boleh nak balut, besor sangat).

Moga kita dapat menyambut acara di tahun depan 2010;
Insya Allah.

Resepi Kek Oren


Gambar sumbangan daripada web photobucket.

Entri aku hari ini ialah resepi kek perisa oren.. ala ini kiranya resepi asas untuk buat kek. Resepi orang tua-tua. (Resepi ini diminta oleh sahabatku, Khairiah di Birmingham, London).

Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir (dikisar)
1 cawan marjerin/planta
5 biji telur ayam
1 1/2 @ (1 cawan setengah) tepung naik sendiri (tepung kek)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar sunquick
sedikit parutan kulit limau sunkist
sedikit pewarna oren

Cara membuatnya:
1. Putar gula dgn marjerin sehingga kembang.. (asalnya marjerin warna kuning.. bila dah kembang ia bertukar menjadi keputih-putihan).
2. Masukkan telur satu persatu sambil diputar. Jangan masuk sekaligus ya.
3. Masukkan esen vanilla, putar lagi.
4. Ayak tepung naik sendiri dengan tepung gandum. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana/ perlahan. (Bila dah masuk tepung, tak boleh diputar laju).
5. Putar sehingga sebati.
6. Masukkan perisa Sunquick, parutan kulit limau sunkist dan pewarna oren. Putar sekejap.
7. Akhir sekali bancuh susu pekat manis dgn sedikit air suam, dan masukkan ke dalam adunan tadi. (Air suam tu kalau boleh sedikit sahaja).
8. Ambil acuan kek, oleskan sedikit marjerin serta taburkan sedikit tepung. Pastikan tepung menutupi lantai acuan tersebut. Tujuannya untuk mengelakkan kek melekat pada acuan itu.
9. Masukkan bancuhan ke dalam acuan kek. Masukkan ke dalam oven.
10. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu sebelum dimasukkan adunan kek kita tadi.
11. Biarkan 45 min atau lebih. Untuk memastikan kek dah masak, ambil lidi cucukkan di tengah-tengah kek. Jika adunan tidak melekat pada lidi tu.. maknanya kek dah masak.
12. Lepas tu, pandai-pandailah nak buat apa bila kek dah masak...

p/s: Kalau nak buat kek perisa coklat pun boleh, ikut adunan ni juga cuma tukarkan oren dengan serbuk coklat/koko. Bahan yang lain suma sama.

Selamat mencuba resepiku ini.. kalau sedap beritahu kawan, kalau tak sedap beritahu aku semula.. Boleh di'adjust' semula, mana silapnya..

Isnin, 21 Disember 2009

Sakit Kepala

Minggu ini merupakan minggu sakit kepala bagiku.. Entahlah akupun tak tahu kenapa? Dalam seminggu ni, aku dah beberapa kali diserang sakit kepala. Tak ada benda yang nak difikirkan sangat.. Kerja yang ada cuma jadual waktu sahaja. Insya Allah, minggu depan aku dah boleh print. Semoga Allah, permudahkan urusanku.



Jumaat, 18 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU



Selamat Menyambut Tahun Baru 1431
kepada semua umat Islam di dunia.
Semoga hidup kita dilimpahi rahmat dan diberkatiNya.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikan.

Rabu, 16 Disember 2009

Dunia fotografi 1001 makna

Beberapa gambar yang sempat aku snap semasa cuti panjang ni.. Hajat di hati nak snap gambar yang lebih kreatif lagi, tapi belum mahir lagi.

IMG_1240

Buah naga di halaman rumah abah aku di kampung.

IMG_1579

Bunga kertas kat rumah abah juga.

IMG_1687

Jagung yang kubeli di Tesco Semenyih..depan rumahku.

p/s: camana komen anda? Ok ke tak hasil kerja aku ni.

Cek daripada Nuffnang

Bilalah agaknya aku nak dapat cek daripada Nuffnang ni?
Pendapatan aku belum lagi layak untuk ditukarkan kepada sekeping cek.
Masih lagi merangkak-rangkak nak sampai RM50.
Kalau anda semua nak tolong boleh jugak!
Senang je caranya...klik aje kat iklan yang terdapat di atas blog ni..
takpun kat bawah entri terkini.
Mudahkan.. sambil anda baca, anda boleh bersedekah.
Hidup ni, kita perlu tolong menolongkan, tapi biarlah ikhlas, lebih pahalanya..


Teringin nak dapat cek Nuffnang!

Isnin, 14 Disember 2009

Guru-guru Tahun 6 sesi 2010.

Senarai guru-guru tahun 6 untuk sesi persekolahan 2010 SK Bandar Rinching. (Tertakluk kepada sebarang pindaan).

1. Guru Kelas:
6 Arif: Pn Siti Meriam, 6 Bestari: Pn Hjh Mazni, 6 Cerdas: Pn Asma, 6 Dedikasi: En Junaidi, 6 Gigih: En. Mohd Jais, 6 Iltizam: Pn Nor Azwati, 6 Jujur: Pn Maziana dan 6 Lestari: Pn Nor Aini.

2. Guru BM: Pn. Siti Meriam (6A, 6I), Pn. Hjh Mazni (6B), Pn. Asma (6C), En. Junaidi (6D), En Mohd Jais (6G),Pn. Maziana (6J) dan Pn Nor Aini (6L).

3. Guru BI: Pn. Nurulhuda (6A, 6B), Pn. Nazliah Bee (6C, 6D), Pn Hjh Muzmala (6G, 6J), Cik Noorsahida (bujang lagi ni...) (6I) dan Pn Maliza (6L).

4. Guru Matematik: Pn. Nor Azwati (6A,6I), Pn Norhalimah (6B, 6J), Pn Norazlila (6C), Pn Rosmawati (6D) dan Pn Marzatul Dashima (6G,6L).

5. Guru Sains: Pn Zalina (6A, 6I), Pn Mazura (6B, 6J), Pn Zaimah (6C, 6G), Pn Nor'aslinda (6D) dan En Mohd Azmi (6L).
Ini untuk subjek teras aje ya. Subjek yang lain tunggu dapat jadual..Jgn mare!


Semoga SKBR bertambah cemerlang dan gemilang pada tahun 2010.

Ikan kegemaran aku n rakan-rakan di SKBR

Photobucket
Mana lebih besar, ikan keli atau kaki kami?
Antara aktiviti aku cuti AidilAdha tahun ni..
Korbankan 4 ekor ikan keli gergasi abah aku.

Photobucket
Antara ikan keli yang terkorban pada tahun ni.

Photobucket
Ikan dah terbaring kena salai... Masak tempoyakpun sodap.

Photobucket
Abahku dengan ikan keli salainya.. Masa ni anak sedaraku
dah tido.. kalau tak, memang kecoh jadinya.

Lucu betul anak sedara aku.. siap baca takbir raya masa abahku nak siang ikan2 ni..

Khamis, 10 Disember 2009

Abah, oh abah!!!

Copy of IMG_0671

Kali ini aku nak cerita tentang abah aku..Malam ni aku tido kat kampong lagi..Seronoknyer..tapi tak ada lak anak sedara sorangpun, cuma kami 3 beranak aje menemankan abah malam ni. (Sebenarnya, aku kena siapkan akaun projek ikan keli abah sebab esok abah nak hantar kat pejabat LPP Sri Klana Lenggeng...so malam ni mestiii siap!) Nasib baik darling aku cuti esok..(Selangor aje tau!)

Mesti abah rasa sunyi sebab dah 2 minggu adik aku dengan family dia dok kat kampong. Hiruk pikuk cucu-cucu dia sejak daripada hari raya Aidiladha lagi. Tapi hari ni dah sunyi sepi.. maklumlah abah aku masih single n available lagi..Aktiviti harian abah yang biasa pun bermula. Sarapan pagi kat Kedai Kopi Ali. Makan tengah hari, kalau rajin abah makan kat kedai, kadangkala beli lauk masak aje.. kalau malas keluar, abah masak sendiri..tapiii kalau malas sangat atau letih sangat abah tak makan tengah hari.makan biskut aje.. takpun roti. Kesian kat abah.

Hari ni abah meracun rumput keliling rumah (bukannya banyak rumput, kalau lagi 2 minggupun takkan jadi semak-samun).
Semalam abah beritahu aku nak meracun 3 tong aje, malam ni aku tanya, abah kata 5 tong. Ya, Allah banyaknya...racun tu banyak tak apa, tapi abah yang penat nanti. Patutpun masa makan malam tadi aku nengok abah berpeluh-peluh. Dia tunggu aku balik malam tadi..aku sampai, nengok nasi dan ikan goreng dah terhidang di meja. Aku lak bawa ikan goreng sambal..kami makan sama-sama. Tengah hari tadi rupanya abah tak makan nasi, dia cuma makan kuetiow goreng aje kat Kedai Ani Sup Utara di Pelangi Semenyih. "Kenapa abah tak makan nasi?". "Abah nengok kuetiow tu macam sedap je". Tapi sedap ke??? Entahlah, tak tanya abah tadi.

Camtulah abah kalau sorang-sorang... Bilalah aku nak duduk dengan abah ni??? Hubby aku kata bila rumah aku ni ada "harga" untuk disewa, jom kita duduk rumah abah.. Tapi bila ya?? Projek Pejabat & Perumahan Polis di Pelangi Semenyih tu lambat sangat siapnya.. Tak silap aku, dah terlebih tempoh tu.. Cepatlah siap, aku nak duduk kat kampung. Aman damai je..

Aman nyer duduk kampung!!! (walaupun internetku slow..)

Sabtu, 5 Disember 2009

Gempa bumi di Malaysia...

Gempa bumi di Malaysia? Terbaru 4 Dis 2009 (9.41 am) di Janda Baik, 2.2 skala richter... sebelum ni 30 Nov 2009 (12.15 am) di Kuala Pilah 3.3 skala richter. Sangat menakutkan jika gempa bumi berlaku di tempat kita seperti mana yang terjadi di Padang, Indonesia tempoh hari. Na'uzubillahi min zalik...

Adakah ini berpunca daripada kemusnahan hutan-hutan, atau bukit-bukau yang telah ditebusguna.. telah dibina kediaman-kediaman mewah seperti banglo ataupun kondominium yang berjuta ringgit.. sekadar untuk menunjukkan status ekonomi masing-masing hingga kita terlupa untuk menjaga kepentingan alam sekitar. Bila sesuatu perkara yang tidak diingini, barulah kita nak menyalahkan orang lain pula..


Biasalah orang kita, bila "dah terhantuk baru nak terngadah"..

Jumaat, 4 Disember 2009

Bila hujan turun???



Bila hujan turun (dari subuh tadi berterusan hingga ke saat ini, kalau kat tempat lain mesti dah banjir ni).... otomatik mood aku berubah, suasana jadi lesu dan tak bermaya je... Aktiviti yang paling best masa ni ialah berkubang kat atas katil... berselubung dalam selimut... bahagia betul rasanya. paling best kalau hubby gi kerja.. Tak perlu nak masak..Memang terlebih vitamin 'M' waktu macam ni.. vitamin MALASSSsss...

Kalau ikutkan perancangan, aku nak gi Kajang hari ini..saje nak cuci-cuci mata nengok handphone baru ke, handbag baru ke, takpun beli kasut baru utk tahun depan. Bukan senang nak gi shopping ni... ada duit boleh beli, kalau tak ada tengok je..

Shopping punya pasal, redah ajelah...