Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 24 November 2009

Aktiviti Cuti Sekolah.



Aktiviti aku cuti sekolah kali ini ialah melayan
kerenah anak-anak saudaraku terutama si comel ni
Fatin Fatihah. Berumur 2 tahun 4 bulan. Banyak
betul kepandaiannya sehingga kami 'sakit perut' ketawa.
Kalau dah geram, Fatin suka gigit orang..
takpun cubit atau apa saja yang dia boleh buat kat kita..





Atin, atinnn...

Sabtu, 21 November 2009

Majlis Graduasi & Hari Anugerah Cemerlang 2009

Hari ini telah diadakan Majlis Graduasi & Hari Anugerah Cemerlang Tahun 6 untuk sesi persekolahan 2009. Majlis bermula jam 8.30 pagi. Perasmian dilaksanakan oleh Wakil Pej. Pel. Daerah Hulu Langat iaitu Tuan Haji Thaha bin Yusuf, Penyelia HEM. Turut hadir ialah Kol. Abdul Aziz, Naib Yang Dipertua PIBG SK. Bandar Rinching.

Lihatlah beberapa gambar sekitar majlis tersebut.


Gerbang kejayaan SKBR.


Sedang bersiap...


Comel-comel belaka!!!


Boleh masuk dalam rancangan Macam-macam Aznil ni...


Persediaan untuk tarian Sumazau.


Gadis cantik molek..


Bunga setaman..


Tarian Sumazau dibimbing oleh Cikgu Mazura,
Cikgu Nor Azwati n TiCer Nurulhuda.



Selasa, 17 November 2009

ESOK HARI RAYA !!!

Yea, yea esok raya haji!!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tolong sikit ye! Tadi tu pengumuman tarikh 1 Zulhijjah dan tarikh
Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat 27 Nov 2009.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bukan kata esok atau lusa raya. Apa raa...cam budak-budak..Kita sambut raya hari Jumaat minggu depanlah.

Buat semua pembaca, terlebih dahulu aku ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha, maaf zahir batin. Kalau ada kemampuan bolehlah berqurban pada tahun ni.. kambing, lembu atau unta. Ikutlah baget anda.

Sambil menunaikan qurban, jengok-jengoklah ibu bapa di kampung. Mungkin anda dah lama tak balik kampung, inilah masa yang sesuai anda menziarahi mereka. Lagipun minggu depankan dah cuti sekolah, bolehlah bawa anak-anak jumpa atok dan nenek mereka.

Masa diaorang hiduplah, kita berpeluang mencurahkan perhatian dan kasih sayang kita kepada mereka. Jika mereka tiada lagi di dunia, kita tak berkesempatan lagi merasai suasana seperti ini. Biar apapun sengketa atau perselisihan yang terjadi antara anda dan mereka, pada hari mulia ini, "buanglah yang keruh, ambil yang jernih". Renung-renungkanlah kata-kata aku ini.

"Siapalah kita tanpa mereka"

Sabtu, 14 November 2009

Majlis Karnival j-QAF 2009

Hari ini Majlis Karnival j-QAF SKBR 2009 berlangsung di sekolah. Terdapat pelbagai pertandingan yang dijalankan khas untuk murid-murid tahun 1 hingga tahun 5. Sayangnya aku tak dapat hadir, kesihatanku belum mengizinkan untuk aku bertugas hari ini.

Kepada Ustazah Nik Zazilawati, terima kasih banyak-banyak kerana terpaksa mengambilalih tugas-tugas aku. Nanti kak Dilla belanja makan ya! Kepada Ustazah Sharifah dan Puan Mazeeta, terima kasih banyak-banyak juga kerana sudi memahami keadaan aku.

** Untuk Adik Irfan yang menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat N. Selangor, jangan bersedih..cuba lagi tahun 2010. Namun tahniah juga kerana menjadi Wakil Hulu Langat.

Jumaat, 13 November 2009

Lelah

Hari ini aku kelelahan..asthma @ lelah.
Dah lama juga aku tak kena sakit ni..
Mungkin juga kerana aku 24 jam dok kena air-cond..
Iyalah, mula kursus hingga tamat kursus.

terkurung aje dalam hotel tu.
kat bilik aku dan cikgu Su,
memerhati air sungai Klang mengalir lesu,
dengan warna seakan air tea susu.
Lesu selesu-selesunya sama seperti fikiranku kala di situ.
Terkenang suami dan anak yang jauh di mata.
Rindu mencengkam di dada..
Uhhh, macamlahh jauh sangat..
Tapi itulah hakikat,
jika kita tak pernah berjauhan.


Aku cuti hari ini.. sebenarnya kalau ikutkan hati,
aku memang nak ke sekolah,
tapi aku tak berdaya..nafasku lelah,
badanku lemah.
Ubat-ubatan jadi ulam-ulaman,
vicks pula jadi keperluan.
Aku perlukan rehat sehari dua ini.
Moga Isnin ceria kembali.


I luv SKBR,

Khamis, 12 November 2009

Aku skodeng 'Bapak Ayam' Part 2.

Malam semalam kami masuk ke bilik masing-masing pukul 9.30 malam, selepas makan malam. Bilik kitaorang kat tingkat 12. Semasa nak masuk ke bilik, kami terserempak dengan 2 orang lelaki (putih botak n hitam) berada di laluan itu. Apalagi kami berpandang-pandangan antara satu sama lain.. Kami sepakat mengatakan mereka berdua tu sedang menunggu pelanggan/pelayan. Mana-mana satulah..

Kami masuk ke bilik dengan selamba je.. aktiviti kami apalagi, kalau tak menanda kertas peksa murid-murid.. jangan fikir kerja kami nak tidur aje ye.. hampir pukul 12 tengah malam, teman sebilik aku Cikgu Suhaini dah tertidur dgn kertas peksa dia. Aku tak boleh tidur lagi sebab akukan selsema dan sakit kepala.

Hampir pukul 1.00 pagi, aku terdengar bunyi bising kat luar (laluan/lorong tingkat) bilik aku.. aku cuba nak menyekodeng tapi tak sampai pulak kat lubang pintu itu..(aku rendah atau pintu tu yang tinggi sangat). Lantas akupun mengambil meja kecil . slow2 aku panjat meja lalu akupun skodeng kat lubang pintu.. Aku dapat lihat beberapa orang lelaki menunggu kat depan 2 buah bilik.. bilik no. 12--, dengan bilik 12-- (rahsia no. tu, bahaya). Akupun mengira 1,2,3,4,5,6..wah, ramainya lelaki tu..Eeee, jam-jam tu jugak aku rasa takut n gerun.

Beberapa minit kemudian, melintas 4 orang perempuan berpakaian warna merah (ala-ala macam krismas) berskirt pendek. Diaorang macam bertukar bilik. Kemudian 2 orang lelaki masuk sebuah bilik, 2 orang lagi masuk bilik yang bertentangan. Maknanya 2 bilik ni bertentanganlah antara satu sama lain. 2 oang lagi tunggu kat luar. Aku nampak slah seorang yang duduk kat luar tu macam org yang kami terserempak malam tu. Lelaki botak. Aku dan teman-teman beranggapan dialah si Bapak Ayam kat situ.

Lebih 15 minit aku jadi kaki skodeng. Sesi skodeng aku tamat jam 1.20 pagi. Baru aku terfikir kalaulah aku terjatuh dari meja tu tadi, tentu orang lelaki tu dengarkan. Bahaya jadinya. Nasib baik tak ada apa-apa yang terjadi. Ruginya teman aku tak dapat join skodeng dengan aku. Pagi tadi aku beritahu dia, dia kata napa akak tak kejutkan saya? Aku malas nak kejutkan dia, sebab dia baru aje terlelap. Nanti sakit pulak kepala dia.

Jadi kesimpulannya, terjawablah sudah persoalan yang berada di fikiran kami. Aku berharap supaya Jabatan Pelajaran Selangor dan juga Jabatan Kerajaan yang lain boikotlah hotel ini demi keselamatan peserta-peserta kursus. Risau kalau ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Carilah hotel yang berkualiti dan selamat. Masa aku kursus kat sini, ada beberapa kursus berlangsung sama dengan kitaorang. Pegawai-pegawai dari Putrajaya 2 group, Guru-guru P. Seni Ting.4 dari Kuala Selangor 2 group dan Guru-guru Pendidikan Khas dari Perak (kalau tak silap akulah) 1 group.

Aku mencipta sejarah jadi kaki skodeng kat Klang. Masa skodeng tu, aku teringat kat Mazidul tv3..kalau aku dapat call diakan best, suruh dia buat edisi siasat untuk 360.
http://www.emocutez.com

Detektif Conan aka Inspektor Gadget melaporkan,

Aku skodeng 'Bapak Ayam' Part 1.

Wah, ganas betul entri aku kali ni..
Baru sebentar tadi aku menyingkap satu persoalan yang bermain di fikiran aku dan rakan-rakan sekursusku sepanjang kami berkursus di Klang ini. Baru 3 hari kursus aku dah jadi kaki skodeng pulak.. Aku memang suka menyiasat bab-bab macam ni.. ala-ala Detektif Conan pulak.

Hari pertama kursus, aku mendengar desas-desus dari teman-teman sekursus bahawa hotel tempat kami menginap ni glamor sangat dengan isu-isu 'bapak n anak ayam'. Dulu aku pernah berkursus di sini, tapi tak dengar pulak cerita2 macam ni. Persoalan pertamapun timbul.

Hari kedua aku kursus (Rabu, 11 Nov 2009), teman aku di bilik sebelah (Cikgu Malisa n Cikgu Azlina) bercerita bilik mereka diketuk pada 12 tengah malam kelmarin. Tak ada sesiapa bila diintai melalui lubang kat pintu bilik diaorang tu. Panik jugak diaorang. Cikgu Malisa kata "kat bilik kak Dilla ni kalau mengintai boleh nampak semua. Sebab bilik akak straight lorong tingkat ni.." Betul jugak kata dia. Bilik aku hujung sekali dan pintu bilik mengadap lorong tersebut. Maknanya aku boleh nampak siapa yang lalu kat lorong tu..

....bersambung.

Rabu, 11 November 2009

SEKOLAHKU KENA ROMPAK.

Masya Allah, terkejut aku pagi ini bila dapat berita tentang sekolah aku kena rompak pagi tadi. Alamak, dah 2 kalilah sekolah aku kena rompak.

Pertama kali pada awal Januari 2008, habis laptop sekolah sebanyak 12 buah. Teruk juga pengawal sekolah kena belasah kat perompak tu.. Berdarah-darah. Perompak tu memotong gril tangga sekolah dengan gril serta pintu pejabat.

Tapi kali ini aku dengar sebuah laptop kat bilik Guru Besar hilang. Peti cashpun sama. Duit dalam tu taklah banyakpun. Aku sedang berkursus ni, kalau tidak dah lama aku masukkan gambar-gambar kat dalam blog ni... Anda tunggu ya, saya uploadkan kemudian. Penyagak-penyagak ni mesti penagih dadah kot, sebab tengok cara2nya, diaorang hanya nak cari duit saje.

Binawe punya perompak..

Selasa, 10 November 2009

Sakit kepala dan selsema

Aku diserang virus selsema dan sakit kepala. Mula nak pergi kursus semalam, aku dah rasa nak kena selsema n sakit kepala. Aku terbersin-bersin aje.. Tak seronoklah pergi kursus dengan badan tak sihat macam ni. Aku cuma bawa ubat sakit kepala je, vicks yang selalu kubawa ke mana-mana tu, dah tertinggal kat rumah. Oohh, geramnya. nak beli kat kedai lecehlah pulak. Bilik aku kat tingkat 12, nak turun kat bawah..uhh leceh betul. Lobi hotel kat tingkat 9, bilik kursus kat bilik Emerald 2 tingkat 8. Parking kat ting.5. Lagipun tumpang kereta kawan, malaslah nak ajak keluar..lagipun kepala aku sakit, mana leh nak jalan-jalan. Jadi aku terpaksalah tawakkal aje.. Kalaulah aku ada sedara kat Klang ni, mahu aje aku suruh dia hantar aku balik ke rumah aku. Eeee, tensionlah aku.


Aku nak balikkkkkkkkk!!!!http://www.emocutez.com

Kerana kursus, kucingku mati..

Huru-hara betul hari ni.. mana nak pergi kursus, mana nak hantar anak kat rumah adik, mana nak siapkan data online, mana nak beli makanan kucing lagi.. Kelam kabut betul aku hari ini. Sepatutnya pukul 10 pagi aku dah boleh balik sekolah., tapi aku ada kerja sikit yang nak disiapkan hari ini. Pukul 11 pagi baru aku balik rumah. Tiba kat rumah, anak aku tanya pasal makanan kucing dia. Terpaksalah aku pergi ke kedai pulak kerana kucing-kucingku.

Dah beli makanan kucing, aku balik rumah. Anakku Firah, beri kucing-kucing dia makan friskies tu. Aku kemas pakaianku ke dalam beg. Mandi. Bila dah siap, akupun hidupkan enjin kereta. Firah tukang halaukan kucing-kucing yang lepak bawah kereta tu. Dah clear, akupun berundur perlahan-lahan. Ok lagi masa tu. Bila dah separuh kereta keluar pagar, tiba-tiba aku terdengar bunyi berdetup. Eh, bunyi apa tu???

Tiba-tiba kucing aku comot terlompat-lompat kesakitan..ohh rupanya dia yang aku langgar tu. Ohhh, tidakkkkk. Comot dah keluar sebenarnya, tapi dia berundur semula ke bawah kereta aku.. itulah aku terlanggar dia. Anak aku dah mula menangis, "ibu..ibu..comot dah kena langgar!" Aku nampak comot terlompat-lompat 4 @ 5 kali. Apa yang aku fikirkan supaya Allah segera mengambil nyawanya kerana aku tak sanggup melihat dia menderita sebegitu. Alhamdulillah, aku nampak comot tidak bergerak lagi. Aku pasti doaku dimakbulkanNya.

Anakku Firah menangis lagi, ibu!!! ibu!! comot dah mati. Akupun keluar dari kereta. Aku lihat keadaan comot...aku terlanggar peha comot rupanya. Kesian Comot. Maafkan ibu, Firah. Aku masukkan comot ke dalam beg plastik. Abahku telah ku amanahkan untuk menyemadikan Comot di kampung. Abah dah menanamnya semasa permergian aku ke Klang.

Walaupun Firah kesedihan, dia tetap senang hati kerana dia dah beri Comot makan pagi ni. Dia kata Comot dah kenyang, tak apalah dia mati. Saat-saat macam nilah aku rasa malas nak bela kucing lagi, sebab bila ada yang mati kami akan kesedihan.

http://www.emocutez.com
I luv my cats,

Isnin, 9 November 2009

KES GANYANG-MENGANYANG DI SEKOLAH!!!

APA KES, GANYANG-MENGANYANG KAT SEKOLAH NI? APA DAH JADI ZAMAN SEKARANG NI?? PERGI SEKOLAH BUKANNYA NAK MENDAPATKAN ILMU YANG BERMANFAAT TAPI BELAJAR NAK JADI SAMSENG, KAKI BULI, KAKI PERAS UGUT.. KAKI PONTENG..Semua salah kaki walaupun tangan yang buat.


INI KISAH BENAR YANG BERLAKU KEPADA ANAK PEREMPUAN AKU HARI INI. ANAK AKU TU BUKANNYA PANDAI MELAWAN, SEBAB AKU TAK PERNAH SURUH DIA JADI SAMSENG KAT SEKOLAHPUN.. NAMPAK AJE BADAN DIA TEGAP MACAM TU, TAPI DIA BUKAN KAKI GADUH..NAK-NAK BUDAK PEREMPUAN.. KALAU DIA MELAWAN TENTU TERPELANTING BUDAK TU. ANAK AKU BELAJAR TAEKWONDO TAU....

BUDAK PEREMPUAN TU DAH BANYAK KALI MINTA DUIT ANAK AKU. ANAK AKU KESIAN DGN BUDAK TU KERANA DIA TAHU BUDAK TU KURANG BERADA..SELALULAH DIA BERI DUIT, MULANYA DIA INGAT BUDAK TU MCM KAWAN-KAWAN DIA YANG LAIN.. HARI INI PINJAM, ESOK BAYAR BALIK. TAPI BUDAK NI LAIN, HARI NI MINTA, ESOK MINTA LAGI, LUSA NAK LAGI.. LAMA-LAMA ANAK AKU BOSAN..

BILA ANAK AKU TAK NAK BERI DUIT KAT BUDAK TU, MULALAH DIA NAK CARI PASAL DGN ANAK AKU..(DIA TAK SUKA ANAK AKU BERKAWAN DGN BUDAK PEREMPUAN KELAS SEBELAH..PADA HAL BUDAK SEBELAH TU MEMANG BERKAWAN DGN ANAK AKU DAH 2 TAHUN). BUDAK SAMSENG TU TAK SUKA MEREKA BERDUA BERKAWAN BAIK, KALAU BOLEH ANAK AKU MESTI KAWAN DGN GENG SI SAMSENG TU AJE....

DIA DGN GENG DIA MENUNGGU ANAK AKU LALU DEPAN TANDAS SEKOLAH.. TIBA-TIBA DIA MENARIK BAJU ANAK AKU DAN SANDARKAN KAT DINDING TANDAS.. ANAK AKU MERONTA-RONTA LALU TERLEPAS..MEREKA LARI KELUAR SEKOLAH BILA MELIHAT ANAK AKU MENGADU KE PEJABAT SEKOLAH. SAMSENG TU BERTIGA, 2 ORANG PONTENG & 1 ORANG SEKOLAH (mungkin agen perisik diaorang). JUMPA KAT TANDAS, SIAP TUKAR BAJU SEKOLAH LAGI.

AKHIRNYA BILA GURU HEM & GURU DISIPLIN TAHU HAL TERSEBUT MAKA MEREKA DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG SEKOLAH. MEREKA SEBENARNYA DALAM PERHATIAN SEKOLAH DAN SEDANG MENUNGGU HUKUMAN GANTUNG SEKOLAH SEBAB ADA KES LAIN SEBELUM NI.. JADI BILA KES INI TERJADI MAKA BERTAMBAH-TAMBAHLAH MASALAH DISIPLIN DIAORANG.

AKU KASIHAN KAT DIAORANG KERANA MEREKA DATANG DARI KELUARGA YANG AGAK SUSAH. KETUA SAMSENG TU KELUARGANYA MENDAPAT BANTUAN DARIPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR. YANG SORANG LAGI MAK BAPAK DIA DARI SEBERANG. SORANG LAGI DUDUK MENYEWA KAT FLAT BERHAMPIRAN DGN SEKOLAH TU. EMAK BAPAK SUSAH PAYAH MENDAPATKAN BELANJA MEREKA, DIAORANG SENANG-SENANG NAK MUSNAHKAN HARAPAN KELUARGA MEREKA. ANAK TAK TAHU DEK UNTUNG.

Simpati & Geram,

Ahad, 8 November 2009

Tahun 2009 untuk Negeri Sembilan

Memang sesuai sangat entri ini. 2009 untuk Negeri Sembilan. Macam sinonim aje bunyinya. Semua ini untuk Final Piala Malaysia. Tahniah untuk pasukan Hobin Jang Hobin..memang betul anda semua dah hobin pasukan Kelantan sampai terduduk dek penangan 3 - 1.

Kemenangan ini mungkin hadiah kepada Yamtuan Besar N9 yang baru ditabalkan pada 26 Okt 2009 yang lalu. N9 kemarau kejuaraan ini selama 61 tahun..huh lama tu, sama usia dengan arwah emak aku (kalau dia masih hiduplah...) Corak permainan N9 sangat menarik daripada permulaan permainan hingga ke wisel penamat.


(Gambar : utusanonline)
Meriahnya rumah abah aku malam tadi, semua balik kecuali keluarga Uda.. Along aku sekeluarga (fanatik tegar N9), adik aku Andak (dari Shah Alam), adik aku Acu sekeluarga (dari Seremban) dan aku 2 beranak. Adik beradik lelaki aku tak nak turun stadium hari ini kerana mereka risaukan aspek keselamatan di stadium. Keganasan penyokong-penyokong yang di luar kawalan tu.. kat Stadium Bukit Jalil pun berlaku juga kejadian yang tidak diingini. Sabar ajelah..

Riuh rendah rumah abah.. Adik beradik, anak-anak buah (majoriti perempuan) terjerit-jerit bila bola sampai kawasan gol.. Sorakan, tepuk tangan..dan macam-macam bunyi lagi... hinggakan Andak kata..mak aii, penyokong pompuan lagi fanatik ni..anak sedara aku Qillah (6 tahun) siap marah lagi bila Zaquan dijatuhkan..fanatik cilik tu. (dari pagi hingga 4 ptg dia dgn abgnya Afiq pakai baju jersi N9..last2 masa nengok bola, tak pakai baju tu sbb dah basuh. frust betul diaorang. Silap strategilah tu, cam Kelantan). Hi hi hi. Untuk geng Kelantan, cuba lagi..(N9 dah cuba 2 kali...2000, 2006. 2009 baru dapat..)

Hari ini suara kitaorang dah serak-serak basah pulak..

TAHNIAH N.SEMBILAN!!! Sapa nak belanja aku hari ini ya??

Khamis, 5 November 2009

GAJI NOV AKAN DIBAYAR AWAL.

Gaji kakitangan awam pada bulan Nov 2009 ini akan dibayar awal. Kalau ikutkan kalendar, gaji akan dibayar pada 25 Nov.Tapi bulan ini akan dibayar awal kerana orang2 Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 27 Nov 2009. Jadi secara rasionalnya, gaji patut dibayar lebih awal iaitu pada 17 atau 18 Nov..

Tetapi itu hanyalah andaian ataupun teori kawan-kawan se'office' aku ajer.. Pembaca jangan terperanjat atau terkejut pulak je.. Aku saje nak gempak sebab ramai member-member aku berangan-angan supaya gaji awal..faham-faham ajelahkan duit kan dah 'kurang' kerana menyambut hari raya tempoh hari.. Serdak-serdak kuih rayapun dah licin.. kalau anak ramai, boleh jugak pinjam duit raya diaorang. Kalau cam aku ni anak sorang, tentulah duit ciputkan.. Sian kat aku.... hu hu hu.

Agak-agak, ada tak yang simpati ngan aku?