Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 27 Januari 2010

Cikgu baru datang lagi...

Pagi ni..aku tiba kat sekolah hampir jam 7.13 am. Masa nak tulis kehadiran kat pejabat, aku ternampak seorang perempuan duduk kat sofa biru pejabat. Opss, cikgu barukah? Persoalan itu terlintas difikiranku.. serta bayang2 jadual barupun turut sama. Aku menyapa beliau...hah dah sah dan nyata dia memang guru baru dan nak melapor diri pagi ini. Ooo ya ke! Cikgu mengajar subjek apa? Aku dah mula menjalankan aktiviti soalselidik (cam polis pulak...).

Bila dengar je opsyen cikgu tu..aku mengeluh sendiri (bukan aku tak suka cikgu tu ye, jgn salah faham... cikgu tu comel tau..). Opsyen dia tak menepati selera aku..bukan aku tapi keperluan sekolah aku yang sangat mendesak ialah guru B.Inggeris dan Pend. Islam. Kami sangat-sangat memerlukan kedua-dua opsyen tersebut untuk membolehkan pertambahan kelas..(bahasa glamor "pecah kelas" = tambah kelas lagi).

Tahun ini guru-guru baru masuk ke sekolah aku hampir setiap minggu.
Minggu pertama; Cikgu Shahrul Nizam dgn Cikgu Norazlina, serta Cikgu Azizah Abdullah lepas tu minggu kedua Ustazah Siti Rohani pulak dan minggu ketiga, cikgu Hasnah & cikgu Zalina. Dan yang terbaru pagi tadi Cikgu Izu Hana opsyen Pra Sekolah (dah kahwin pulak, kalau tak boleh juga rekemen kat adik aku tu) pra sekolahpun..pra sekolahlah...kita terima aje.

Sebelum balik aku print jadual petang... dan jadual sesi pagi yang baru dijalankan hari ini..terbayang-bayang akan dirombak kembali..hu hu hu.

pecah kaca, atas simen..
sudah baca, harap komen...

Kul 8 pagi ni, meeting kat PPD pulak. Cam malas jer ni. hu hu hu,

1 ulasan:

Terima kasih, sila catat lagi!