Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 3 Januari 2010

Persiapan Hari Pertama ...

Esok, aku mula bekerja.. dah lama bercuti panjang. Nampaknya tahun ini aku terkena tempias murid-murid tahun 1. Pakaian dan alatulis mereka semuanya serba barukan. Akupun sama.. pensilbox, alatulis dan kasut, terpaksa aku beli yang baru.

Pencilbox aku hilang beberapa hari sebelum cuti akhir tahun 2009 yang lalu.. sayang sungguh pencilbox tu. Itu hadiah daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan untuk semua guru SKBR. Penuh pulak alatulis dalam tu.. Sapalah yang ambik..

Kasutpun aku kena beli baru juga, sebab kasut yang ada dah tak selesa nak pakai.. Lama dah aku guna.. Laptop juga aku perlu update anti-virusnya. Kalau mini laptop ni tak apa, aku guna hari-hari dan anti-virusnya ori.. Laptop yang besar ni sangat penting bagi aku kerana isinya 90% data sekolah aku..semua ada. Data EMIS, data dBLAT, data PPSMI, Prestasi 2009, PTK, data Jadual Waktu.. gambar-gambar majlis yang aku snap, dan banyak lagilah. Walaupun dalamnya data sekolah tapi laptop tu aku punya sendiri.. Senang nak buat kerja kat rumah. tak perlu nak isi-isi borang..

Jangan lupa... Buku Rekod Mengajar, Sukatan Pelajaran serta Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian juga aku perlu siapkan. Minggu ini, murid-murid Tahap 2 belum belajar lagi kerana mereka terlibat dengan Program Maju Diri (PMD).


Kasut baruku... murah aje.


Buku Ringkasan, Sukatan Pelajaran & Pencilbox yg ditempah khas.


Laptop skrin besar dan mini laptop.."teman" kesayanganku.

Inilah antara barang-barang yang aku perlu sediakan untuk hari pertama persekolahan esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!