Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Isnin, 4 Januari 2010

Sekolah Kebangsaan @ sekolah rendah islam

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2010. Bila terkenangkan situasi hari pertama persekolahan ini, memang banyak peristiwa lucu dan lawak yang telah kulalui selama aku mengajar..Iyalah akukan guru sekolah rendah, tentu aku dah tengok pelbagai ragam murid2 tahun 1 ketika mula melangkah ke alam persekolahan.

Kali ini aku nak berkongsi cerita tentang 2 orang anak sedara aku ni..yang baru masuk tahun 1 pagi tadi.

IMG_1330IMG_1421

KISAH 1 : ISYA – SRI SEREMBAN.

IMG_1306

Ini Isya.. nama penuh Fariesya Athirah bt Awang Jamri (anak adik bonsu aku – Shima) bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seremban. Baru je cukup 6 tahun pada hujung Nov lalu. Suka membaca dan cepat merajuk. Pagi tadi sebelum pergi sekolah dah mula merajuk. Puncanya ayah Isya suruh dia bawa beg kecil aje ke sekolah sebab minggu ni ada program transisi. Buku teks & latihan tak perlu bawa banyak.. Isyapun apa lagi tarik muka masam dan muncungpun panjang je.. kalau dibiarkan pasti ‘banjir’ jadinya..Nasib baik ibu menyelamatkan keadaan suruh dia bawa beg baru dan beberapa buah buku sahaja. Ceria kembali muka dia.. Ayahpun satu.. budak baru nak masuk sekolah disuruhnya bawa beg yang tak glamor..mestilah dia sedih, tambahan pula kakak bawa beg baru. Sian Isya..

Kisah 2 : QILAH – SEKOLAH KEBANGSAAN

IMG_1288IMG_1296IMG_1265

Ini Qilah..Aqilah Zulaikha bt Zulkifli (anak abang aku Along + Along Afiza) bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mantin. Umurnya hampir sama dengan Isya..dia muda 2 minggu daripada Isya. Mulut Qilah memang becok sikit, pandai buat lawak. Kalau dia ada memang kecoh jadinya. Kisah hari pertama Qilah memang menarik.. balik sekolah dia dah mula merungut kat abah dia.. Antara bebelan Qilah “..abah, sekolah ni tak bestlah. Lama sangat nak balik..”. “Berat sangatlah beg ni..” Abah dia kata, tulah sapa suruh beli beg besar.. (Mulanya aku ingatkan dia bawa banyak buku, padahal alongku beritahu buku adalah 3 buah termasuk kamus bergambar..La, baru 3 buku dah berat???). Yang paling kami nak gelak bila Qilah kata..”"abah, abah.. Qilah nak mintak cutilah dengan cikgu..” Mak aii, baru satu hari sekolah dah nak mintak cuti.. Qilahhh, qilahhh..memang mulut makciklah kau ni..

“Nasib baiklah Qilah tak sekolah kat sekolah Mak Ngah”. Kok tidak payah Mak Ngah nak layan kerenah kau..sayang ooii. (Camanalah esok ni..dah mula sekolah agama pulak. Nasib baik Along cuti 3 hari).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!