Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 13 Februari 2010

Eeeeee, gatalnya Ustaz ni!!!


Anda dah baca berita ni Jumaat lepas? Ini aku ambil sedikit petikan daripada Berita Harian Online..
TQ Bharian.

Lapan murid perempuan dakwa dicabul ustaz gatal.
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

Perbuatan terbongkar selepas diadu kepada guru kaunseling

TANGKAK: Sekurang-kurang lapan murid perempuan Tahun Empat mendakwa menjadi mangsa cabul apabila bahagian paha dan alat sulit diraba serta buah dada mereka diramas oleh seorang ustaz yang mengajar al-Quran dalam kelas pendidikan Islam di sebuah sekolah, dekat sini, 1 Februari lalu. (eeeeeee, gatalnya ustaz ni..!!!)

Kejadian terbongkar selepas sekumpulan murid perempuan itu membuat aduan kepada guru kaunseling sekolah berkenaan mengenai perbuatan ustaz berusia 30-an berkenaan ketika sesi persekolahan kelmarin.
Untuk berita lanjut anda klik kat [sini].

Apa nak jadilah sekarang ni? Orang yang diamanahkan mendidik anak-anak kita boleh melakukan perbuatan seperti ini.. Mana kewarasan akal mereka waktu itukan? Memanglah kita manusia, tak sunyi daripada melakukan kesilapan, tapi itu jangan dijadikan alasan untuk kita melakukan  perkara-perkara maksiat.   

Sungguh memalukan..lebih-lebih lagi guru agama...itu setakat yang kita tahulah, tapi kebenaran berita ini masih dalam siasatan lagi. Kita tak tahu berita ini benar atau tidak. Tapi apa yang penting,  kita perlu jauhi perkara-perkara seperti ini supaya tidak akan berulang lagi. Murid-murid tu amanah untuk kita. Kesian diorang dapat ustaz terlebih gatal macam ni.


Kesimpulannya: kepada ustaz-ustaz bujang yang dah berkemampuan tu (rumah dah ada, kereta dah ada, duitpun dah cukup), cepat-cepatlah kawin (nikah). Jangan tunggu lama-lama, nanti Nabi Muhammad tak nak mengaku umat pulak. Jadi fikir-fikirkanlah ya!!!

p/s: Bilalah ustaz nak bina masjid ya? Teringin nak makan 'nasik minyak' dia...(Cantiknya Masjid Nabawi ni, bilalah aku dapat pergi ke sana ya?).

5 ulasan:

  1. Janganlah ada ustaz/cikgu macam ni kat sekolah aku. Na'uzubillah...jauhkanlah kami, Ya Allah.

    BalasPadam
  2. Salam 1 malaysia, berita kat Metrofulus tu bukan betul sangat pon..saje jer hebah2kan. tambah2 lagi bila berkaitan dengan GURU ...expecialy guru2 Agama.. memang muka depanlah, jawabnya..contoh apa yang berlaku bulan lepas, keluar paper metrofulus, mengatakan seorang ustaz di tangkap khalwat di kelantan... yang hakikat yang sebenarnya ialah orang tu memang mengajar di sekolah agama, tapi dia tu guru Matapelajaran Sains....jadi wartawan Metrofulus mensesasikan cerita ini dengan gelaran USTAZ!!

    Berbalik kepada isu terbaru ini "Ustaz" mencabul 8 orang murid di johor, mengikut maklumat yang saya tahu, kawan saya ni belajar sama dengan "Ustaz" yang ditangkap tu di Al-Azhar mesir...sepanjang tempoh belajar disana, "ustaz" ini tidaklah seperti yang di gambarkan oleh wartawan Metrofulus. Untuk makluman penulis,So berhati-hatilah bila membaca suratkhabar Metrofulus,Berita Hairan,Utusan Meloya ini...renung2kan dan selamat beramal...

    BalasPadam
  3. ohya lupa,saya ada terbaca satu atikel dalam blog sahabat saya, cadangan pencegahan pencabulan murid...baca yer..

    http://mendidik.blogspot.com/2010/02/satu-cadangan-mencegah-pencabulan-murid.html

    BalasPadam
  4. Terima kasih, Izzuddin sbb beri penerangan yg begitu panjang lebar. Mmg semua berita tersebut masih dlm siasatan. Apa yg penting kita perlu ambil iktibar dari kisah tersebut, sbb sekarang perkara macam tu dah tak jadi mustahil lagi. Ini kes ustaz, kes ayah musnahkan anak sendiripun dah banyak terjadi. Semoga dijauhkanlah drpd terjadi.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!