Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 26 Februari 2010

Sejarah Ringkas Kelahiran Rasulullah s.a.w. part 1

Masjid Nabawi..
Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam seluruh dunia. Semoga kita mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada sirah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini aku nak mengimbas kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w (secara asas sahaja).
  1. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah (Mekah) pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah (570 M) sebagai anak yatim.
  2. Bapa baginda wafat ketika baginda masih lagi di dalam kandungan ibunya Aminah binti Wahab.
  3. Tahun kelahirannya dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada tahun tersebut, Raja Abrahah dari Yaman telah menyerang Makkah bersama-sama tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah bagi mengalihkan tumpuan ibadat orang Arab ke Yaman. Allah s.w.t telah menyelamatkan Kaabah dengan mengutuskan sekumpulan burung Ababil untuk membalas serangan mereka dan menghancurkan mereka. (Peristiwa ini dirakamkan dalam Surah Al-Fiil).
  4. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.dilahirkan ke dunia ini, api sembahan orang-orang negara Rom dan Farsi yang tidak pernah terpadam hampir 1000 tahun telah terpadam dengan sendirinya.
  5. Nabi Muhammad juga dilahirkan dengan keadaan telah berkhitan (bersunat).
  6. Semasa dilahirkan muka baginda pula mengadap ke langit sambil tangannya diletakkan ke tanah.

          bersambung...



Selasa, 23 Februari 2010

Nak Berkhemah ...

Nak berkhemah? Kat mana nak gi berkhemah tu...
Nak guna khemah apa ni? Khemah ini kot... 
(Khemah 1)

v

v

v


Alamak seksinya khemah ni.
Takkan khemah macam ini..
nanti murid-murid aku takut plak.. 
Gerenti bila malam, murid-murid cabut lari
masuk dalam kelas. 
Takpun khemah ini agaknya..
(Khemah 2)

v

v

v


 
Haaaa... khemah ni cantik dan selamat. Aku sangat setuju.
Tapi cukup ke? Murid-murid aku ramai pulak tu... 
Atau khemah ini tak?
(Khemah 3..last dah ni..
maklum gambar khemahpun ada 3 jer.)

v

v

v



Amboi, amboi, amboi...kuat beranganlah kau Dilla. 
Ini khemah pengantin... ada yang nak kahwin ke? 
Alaaa, salah ke..
Habis tuuuuuuu.... ???????
nak berkhemah guna khemah yang mana satu ni? 


Tak ada nak berkhemah-khemahlah... baget kerajaan dahlah ciput, nak macam-macam plak. Tak pergi mana-manapun. Sabtu minggu ini ada Kem Bestari Solat Tahun 1 ajerlah. Takkan itupun nak guna khemah bagai, banyak cantikkkk.. Ooo, Kem Bestari Solat (KBS) jer.

Ha'ah kan, buang tebiat ke nak guna khemah segala, kalau camtu kita guna Surau Al-Hidayah dan kelas-kelaslahkan.. Ummm, faham dah...baru faham. Nama dah kem, patut gunalah khemahkan...best apa!!! Mesti murid-murid lagi cepat pandai n faham. Nanti-nantilah bila baget banyak aku nak usulkanlah..(mau aku kena belangkong kat Puan Guru Besar aku ni...permintaan melampaui batas..huhu).

Semoga murid-muridku memperolehi keberkatan Illahi.. Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada diri kita sendiri.

Jom kita gi Kem Bestari Solat,
meskipun Jumaat sebelumnya cuti Maulidur Rasul..
 Pengorbanan Anda Amat Dihargai...hihihi
(cam ayat nak sedapkan hati jer bunyinya),

Isnin, 22 Februari 2010

Perginya tak kembali...

 
 (kiut-miut Sudirman ni..)

Sebelum tidur, aku nak buat entri tentang penghibur kegemaran ramai ni..Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Hari ini, 22hb Februari 2010..genaplah pemergiannya selama 18 tahun ke alam fana'. Aku  masih ingat tarikh 22hb Februari 1992, negara dikejutkan dengan berita kematian beliau. Aku masa tu muda remaja lagi..huhuhu. Tarikh itu juga bersamaan dengan tarikh perkahwinan 'kuliahmate' aku..(suka jer akukan, guna istilah ni...) Kak Azariah Abd Razak di Pelabuhan Klang masa tu..Tahun lompat lagi tu..

Kehilangan beliau masih tiada ganti hingga ke hari ini, penghibur yang serba boleh dan berpendidikan tinggi. Budi bahasa yang tinggi walaupun orangnya rendah ajer. Susahkan nak cari orang macam beliau.. berpelajaran tetapi tidak meninggi diri, senang cakap menyombong or berlagak.. Yang ramainya berlagak pandai.. macam tu banyak menyusahkan orang pulak.

Kita kalau jadi orang yang pandai dan berilmu, baiklah kita ikut resmi padi..makin berisi makin tunduk.. jangan jadi perangai ayam..telurnya sebijik, kepohnya satu kampung. Tapi sekarang ayam telur tinggal dalam reban yang canggih..hari-hari bertelur..agaknya nak riuhpun tak sempatkan..sebab setiap masa bertelur..dah tak heran dah..Emmm, melalut pulak aku..

Oklah..dah nak tidur ni, para pembaca yang dah baca entri ini..jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad ye..Tapi junjungan kita, ibubapa kita, guru-guru kita serta sanak saudara kitapun janganlah lupa sedekahkan juga Al-Fatihah ye.. Itu jelah bebelan aku kali ini.

Assalamualaikum.. C U Again...Tata,

Ahad, 21 Februari 2010

Basah kembali...

Alhamdulillah...
itu lafaz yang mampu kuucapkan saat ini.
Setelah sekian lama bumi Semenyih ini
tidak menerima titisan hujan,
akhirnya ia basah kembali...

Walaupun ia hadir untuk seketika, namun ia bisa
menyirami dedaun yang kekeringan,
mampu untuk menyejukkan suhu di sini,
menghapuskan debu-debu noda yang berterbangan.

Alhamdulillah sekali lagi.. aku masih lagi
di bumi Malaysia rupanya,
bukan di padang pasir yang kering-kontang...


Tengah skodeng hujan tika ini...

Sabtu, 20 Februari 2010

Jadual Waktu dgn Penuh Perasaan...

 
Tajuk entri kemain lagi..(sori entri ini panjang sikit..kalau sudi bacalah..)
Tahun 2010 inilah tahun paling banyak aku kena buat jadual waktu..pecah rekod ke, pecah kepala ke, pecah apapun aku tak tahulah... Bukan salah sesiapapun, bukan sekolah, bukan PPD hatta JPN sekalipun.  Semuanya kerana keperluan yang mendesak, bilangan murid sekolah aku tahun ni bertambah ramai..bila dah ramai kenalah tambah kelaskan..bila dah tambah kelas, kena tambah guru pulak. Bila dah tambah guru...tambahlah keje aku nak buat jadual waktu baru...hehehe, suka sangat buat jadual. (ambik kau...)

Aku buat entri ini sebab aku sedang buat jadual waktu ni..untuk edisi ke 4 bagi sesi pagi dan edisi ke 4 bagi sesi petang ..(sesi petang yg dah print baru 2..lum sempat nak print yang ke 3..dah reshuffle semula untuk edisi ke 4..huhuhu). Patut semua jadual ini aku dah print sebelum cuti CNY hari tu..tapi last2 minit ada lagi yang kena tukar..so jawabnya..next weeklah baru dapat jadual baru.

Buat jadual waktu setahun 2 atau 3 kali itu biasa laa..macam tahun 2009 aku kena buat 2 kali sahaja, sebab pertambahan murid tidak ketara sangat..tahun 2010 ini mula buka sekolah kelas ada 43 buah sahaja.. sekarang ini termasuk kelas yang akan dibuka minggu hadapan ialah sebanyak 50 buah kelas biasa.. (7 buah kelas dibuka secara beransur-ansur sebab tu jadual waktu kena buat banyak kali..) Nasib baik kelas Pendidikan Khas bukan aku yang buat..

Semasa kita nak buat jadual waktu ini kita perlu tekun..kena teliti lebih, banyak guna emosi..dan juga  tenaga..(tenaga mata..dok renung pc berjam-jam) dan tak mahu gangguan.. bila aku tension masa tulah nak nyanyi2, nak berzikir, nak buka facebook (kena sosial jugak), nak mandi-manda banyak kali..(kepala dah berasap) dan macam2 lagi perkara yg aku buat. 

Pengalaman pertama aku buat jadual waktu pada tahun 2004 (mula terjebak) memang pening sangat.. apa taknya, bila dah siap print jadual, baru aku perasan ada beberapa kelas yang waktu PJ (Pendidikan Jasmani)nya pukul 12.00 tengah hari..hoi, gila ke nak PJ tengah hari buta macam tu.. Bukan murid jer yang pitam..cikgu2pun boleh koma kalau macam tu. Naya sekolah nak jawab nanti. Takpun aku naya kena belasah kat cikgu2 yang terlibat tu.. Kesilapan yang macam inilah..yang akan memahirkan kita.

Kesimpulannya di sini...(ada kesimpulan bagai) bukan senang nak buat jadual waktu, macam-macam dugaan dan cubaan yang telah aku alami.. ada yang marah kat aku..(jadual dia tak cantiklah, masa yang diberi tak kenalah, ada yang kata: saya tak nak ajar lepas rehatlah subjek ni.., ada yang kata: tak dapatlah nak makan kat kantin lama sikit) dan ada yang suka kat aku..(pandailah Dilla buat jadual... terima kasih ye kak, cantik jadual saya).. Pada hal semua tu bukan aku yang buat..tapi komputer yang generate semuanya.. aku hanya isikan semua data dan check kalau2 ada kelas yang tak cukup subjek atau yang bertindih subjek ke.. 

Semua itu asam garam kehidupan..biasalah kitakan manusia, tak ada yang sempurna. Tapi Jadual Waktu 2010 ada sejarah yang tercipta untuk aku kenang sepanjang hayat..
Maafkan aku kawan-kawan, andai jadual waktu yang kau terima tidak memuaskan hati kamu semua.. Aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan ke atas bahuku. Aku memang suka buat jadual...hihihi

I'm not perfect teacher...(belasah ajelah BI aku ni),

Jumaat, 19 Februari 2010

Kawan kita masa 'sesak'...

(banyaknyaaaaa duitttttttt.....)

image

Info terkini via Berita Harian Online.
Banyaknya untunggggg..sebab siapa? Sebab cikgu-cikgu juga...n kakitangan kerajaan yang lain. Tak apalah daripada kita pinjam kat oranglain, yang belum tentu nak beri.. lebih baiklah kita pinjam kat sedara kita ni, namapun Bank Rakyat.. jadi kenalah beri pinjam kat rakyat jugak..

Tapi kita sebagai peminjam inipun ada hadnya.. jangan nak meminjam saja, pantang ada mana-mana bank offer, kita nak pinjam. Kalau ada keperluan mendesak oklah...jangan sampai tak terbayar pulak. Setahu aku kakitangan kerajaan boleh buat pemotongan gaji jangan lebih daripada 60% daripada gaji keseluruhan kita. Betul ke ni? Kalau aku silap, tolong betulkan ya!!! (jgn lebih ke, jgn kurang???, eheh konfius plak...)

Yeay, dapat dividen Isnin depan...ya, kawan2..jgn lupa tu!
Ada orang kata, tak hutang tak kaya??? Iya ke...

Khamis, 18 Februari 2010

Lagi-lagi kes cikgu...


(berkawan biar 1000, berkasih biar 1 jer...)

Jom kita kongsi berita sensasi kali ini... pasal cikgu dengan pasangannya yang bertugas di PPD ditangkap khalwat...

Pagi-pagi lagi aku dah dapat sms bertanyakan pasal berita kat bawah ni.. diorang nak tanya siapakah gerangan pegawai tu..maklumlah berita sensasikan. Tambahan pula ia berlaku di daerah aku... mestilah ramai yang nak tahu. Tapi tak semestinya yang terbabit pegawai-pegawai yang bertugas kat sini.... (andaian akulah..)

Tapi kesahihan berita ni tidak diketahui lagi macam mana, ini membabitkan maruah orang. Jadi biarlah ia menjadi tanda tanya kepada semua orang. Lambat laun pasti tahu jugakan.. biarkanlah. Mereka dah cukup dewasa, tentu dah tahu baik buruknya..cuma kita jadikanlah ia sebagai pengajaran kepada diri kita, supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian.. Na'uzubillah, jauhkanlah hendaknya daripada kita semua.
Kat bawah ini petikan berita tu, aku ambik kat Harian Metro.

Isteri curang, suami pitam

Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

KAJANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.
Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Selanjutnya, anda bacalah di Harian Metro ya...

Kalau anda dah dapat suami/isteri yang baik...janganlah ambik kesempatan pulak! Tak baik tau...

Rabu, 17 Februari 2010

Duit Upah Nuffnang.



Hahaha... sebut aje Nuffnang, mulalah teringat duit. Betul tak? Sapa tak nak duitkan... aku mula berjinak-jinak dengan blog ni atas tunjukajar adik-adik aku kat sekolah ni. Hanif dengan Ezzudin. Mereka memang sifu2 yang berjasa kepadaku. Ingat senang ke nak dapat ilmu dari orang lain, kadangkala memang ramai orang tahu..tapi tak suka nak kongsi dengan orang lainkan..itu kedekut ilmu namanya.Terima kasih Anep, Syukran Ezzudin..

Hari ini aku tengok akaun Nuffnang aku, dah mula cecah RM40.50. Emmm banyak ke, oklah tu daripada tak ada..walaupun gerak macam siput, tapi kita nampak juga peningkatannya. Kita bukan keluar modalpun.. Saja nak suka-sukakan..dapat duit, alhamdulillah. Nanti kita usaha lagi. Bukan senang nak kaya... usaha kena lebihlah. Kalau skim cepat kaya tu...dia yang cepat kaya, tapi kita yang kayap..sendirik mau ingatlah.

(Hai Siput..jangan bergaduhlah. Ni tempat aku tau!)

Nampaknya, akaun Nuffnang aku cuma tinggal RM 9.50 untuk cukup haulnya..tapi tak taulah bila nak sampai target tu..huhuhu. RM40.50 ini pun terkumpul sejak aku mula daftar Nuffnang pada 9 Ogos 2009. Adik-adik aku, Anep dengan Ezzuddin tu dah beberapa kali cash cheque dia. Jeles kak Dilla tau! Tapi tak apalah diorangkan sifu..Sifu kena lebih pada muridkan..

Usaha Tangga Kejayaan...

Tak jumpa kerana kau tak mencari, Tak rasa kerana kau tak menghayati...


emmm, best pulak kata-kata kat tajuk ni. Hari ni aku dapat lagi adik angkat...(tak kira, aku nak anggap adik angkat jugak). Saja nak declare kat sini...Borak punya borak..emm, kami rupanya sama profesion. Patutpun pandai berborak... Dia mengajar di Seremban..dokek jor. Nama dia Apez.. (cam nama adik ipar den plak).

Kami pernah join satu syarikat, jadi ahli.. Aku jadi ahli ambik pakej RM1000, tapi dia ambik pakej RM2000 (banyak duit diakan..) Kami sama-sama percaya syarikat Melayu ni jujur dan tahu hukum-hakam perniagaan.. tapi hampeh, rupanya kami dah 'terkena' (terkena tipu...) Macam-macam kelebihan yang diorang cerita, banyak keuntungan konon. Tapi dia yang dapat untung..(dia kebas duit orang, n syarikat baru 3 bulan dah tutup). 

Bos syarikat tu, cikgu jugak macam aku.. Nak ambik tindakan..entahlah, aku malas nak libat-libatkan polis dan guaman ni..takut nak masuk mahkamah bagai.. Tapi bagi aku, kalau dah bukan rezeki kita, nak buat camana. Dan aku tahu semua ni ada balasannya.. jadi kita tunggu ajerlah..dia pasti takkan terlepas.

Tapi kita yang dapat malu. Malu dengan kawan-kawan kita yg dah join. Mana nak letak muka kita, jumpa hari-hari. Kalau nak ganti duit kawan2 kita tu, tak mampu pulak..bukannya sedikit. Kitapun tak berduit jugak. Camana pulak dengan saudara-mara kita? Macam aku... Aidil Fitri lepas, aku rasa nak jadi kura-kura jer takpun burung unta..(boleh sorokkan kepala bila jumpa orang).. Malu sangat..Tapi nasib baiklah diorang ok, tapi dalam hati diorang..siapa tahukan. Moga Allah tambahkan rezeki mereka, aku tak mampu nak ganti semuanya..

 
(macam comel jer kura-kura ni posingkan... baeknyer posing, posing ke tengah skodeng tu?)


Apez kata : "Tak jumpa kerana kau tak mencari, Tak rasa kerana kau tak menghayati..."
Kak Dilla kata : "Dah jumpa kita kenal, dah rasa baru kita tahu...(kita dah kena tipu..)"
Apo nak dikato laie... serik dah nak masuk bisnes2 macam ni..so jgn ada yg rayu aku lagik!!!
Nice to meet You Apez. (eheh, cakap Landen pulak..betul salah bantai jer),

Aku, Apez n GMM,

Laut dan Ombak.

Ilham di tepi pantai PD:

laut dan ombak tak bisa dipisahkan...
hari ini dan semalam tinggal kenangan...
esok lusa moga jadi kenyataan...
kita manusia bisa meramalkan..
namun Illahi jua akan menentukan...
*(dulu kurus sekarang dah bosa...huhuhu)

warna-warni di tepi pantai...

banyak2 banana, banana apa yg tak boleh kita makan? Hah, jawap!

 
jalan lurus belum tentu lagi penggunanya selamat ...

Saya tak nampak buayapun!!!
Buaya darat memang banyak...

Sabtu, 13 Februari 2010

Eeeeee, gatalnya Ustaz ni!!!


Anda dah baca berita ni Jumaat lepas? Ini aku ambil sedikit petikan daripada Berita Harian Online..
TQ Bharian.

Lapan murid perempuan dakwa dicabul ustaz gatal.
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

Perbuatan terbongkar selepas diadu kepada guru kaunseling

TANGKAK: Sekurang-kurang lapan murid perempuan Tahun Empat mendakwa menjadi mangsa cabul apabila bahagian paha dan alat sulit diraba serta buah dada mereka diramas oleh seorang ustaz yang mengajar al-Quran dalam kelas pendidikan Islam di sebuah sekolah, dekat sini, 1 Februari lalu. (eeeeeee, gatalnya ustaz ni..!!!)

Kejadian terbongkar selepas sekumpulan murid perempuan itu membuat aduan kepada guru kaunseling sekolah berkenaan mengenai perbuatan ustaz berusia 30-an berkenaan ketika sesi persekolahan kelmarin.
Untuk berita lanjut anda klik kat [sini].

Apa nak jadilah sekarang ni? Orang yang diamanahkan mendidik anak-anak kita boleh melakukan perbuatan seperti ini.. Mana kewarasan akal mereka waktu itukan? Memanglah kita manusia, tak sunyi daripada melakukan kesilapan, tapi itu jangan dijadikan alasan untuk kita melakukan  perkara-perkara maksiat.   

Sungguh memalukan..lebih-lebih lagi guru agama...itu setakat yang kita tahulah, tapi kebenaran berita ini masih dalam siasatan lagi. Kita tak tahu berita ini benar atau tidak. Tapi apa yang penting,  kita perlu jauhi perkara-perkara seperti ini supaya tidak akan berulang lagi. Murid-murid tu amanah untuk kita. Kesian diorang dapat ustaz terlebih gatal macam ni.


Kesimpulannya: kepada ustaz-ustaz bujang yang dah berkemampuan tu (rumah dah ada, kereta dah ada, duitpun dah cukup), cepat-cepatlah kawin (nikah). Jangan tunggu lama-lama, nanti Nabi Muhammad tak nak mengaku umat pulak. Jadi fikir-fikirkanlah ya!!!

p/s: Bilalah ustaz nak bina masjid ya? Teringin nak makan 'nasik minyak' dia...(Cantiknya Masjid Nabawi ni, bilalah aku dapat pergi ke sana ya?).

Nilai Sebuah Senyuman

    1. tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan.
    2. tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi, juga tiada yang terlalu miskin hingga tidak mampu memberikannya lagi.
    3. ia tidak perlu dibayar, tetapi mendatangkan banyak faedah.
    4. ia mencipta keriangan di rumah, memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan.
    5. ia adalah sedekah yang menambahkan keceriaan si penerima, tanpa mengurangkan pemiliknya.
    6. ia adalah ketenangan kepada pemberi, harapan kepada yang kecewa, cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan.
    7. ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain.
    8. ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya.
    9. oleh itu, jika anda ingin disukai oleh insan lain, sentiasalah SENYUM dengan mereka kerana SENYUM itu adalah sedekah.
         
     Comelnya..baby ni..emmm..

    Lembu serang sekolah.

    Pagi Isnin 8 Feb 2010, SK Bandar Rinching telah digemparkan dengan kehadiran seekor lembu yang tidak diundang. Lembu pi sekolah??? Kenapa pengawal sekolah biarkan saja lembu tu masuk? Kemana pergi pak cik pengawal tu sehingga tak perasan lembu dah berkeliaran kat sekolah aku. Murid-murid semua terkejut bila lembu masuk ke kawasan sekolah.
     

    Hah, bukan murid-murid aje yang terkejut...guru-guru juga resah gelisah bila terpandang sang lembu masuk ke sekolah. Dah tu, datang pulak ke tapak perhimpunan..biar betul ni.
     

    Hah...itu dia sang lembu dah datang. Opps, laaaaa...lembu ini ke? Emmm, lembu bawak awek pula tu.. Sang Sengat @ Sang Lebah. Comei, comei..comei sangat.

    Eheh..Pn.Zahora, hati2 sikit dgn Si Lebah tu..nanti disengatnya.. salam2 pulak tu.

    Inilah dia maskot susu YES dengan maskot majalah KUNTUM..dua-dua comei sangatkan.. (sempat jugak aku gi tarik ekor Sang Lembu ni.. kalau murid buat,kita marahkan. Kalau cikgu buat, saper nak marah?)


     Maskot dikerumuni oleh barisan pengawas-pengawas sekolah..emmm, dah tenggelampun maskot tu.
     

     Selamat datang ke SK Bandar Rinching, jom beli Majalah Kuntum.. semua warga SKBR dapat senaskah majalah tersebut. Dapat majalah free memang seronokkan. Kalau nak belipun, harganya memang berpatutan.

    Pelanggan Setia,

    Selasa, 9 Februari 2010

    Salam Takziah.

    Salam takziah kepada Ustazah Sharifah Noorzihan... di atas pemergian bonda tercinta beliau ke rahmatullah pada pukul 10.40 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosanya. 

    Pagi tadi kak Pah datang sekolah seperti biasa, cuma aku dengar kak Pah rasa tak selesa kerana kasut sekolahnya tertinggal di rumah...kak Pah hanya memakai sandal sahaja pagi ini. (walaupun sandal bagi beliau..tapi bagi aku..sandal tu cantik aper..sama cam kasut jugak, cuma ia tidak bertutup penuh). Aku lihat kak Pah gelisah ajer...mungkin inilah petunjuknya..

    Aku terjumpa kak Pah kat depan office pukul 9.40 pagi.. dia baru abis kelas. Aku nampak dia macam tergesa-gesa ke pejabat..rupanya kak Pah nak isi borang keluar sekolah. Kak Pah beritahu aku, ibunya  sedang kritikal di sebuah hospital di Perak.. 
    Ya, Allah!!! aku mula terbayang bagaimana aku mengalami situasi sebegini pada Oktober 2001.. masih aku ingat semuanya... masih aku terkenang apa yang berlaku di Wad ICU Hospital Seremban... apa yang tertulis pada 18 Okt 2001..bersamaan 1 Syaaban.  Kenangan pahit bagiku..aku kehilangan orang yang paling aku kasihi di dunia ini..Tiada gantinya dan takkan terganti oleh sesiapapun. Kerana ibu hanya satu..tiada dua atau tiga.

    Sms kak Pah kuterima jam 10.45 pagi, memaklumkan bahawa kak Pah dalam perjalanan ke kampungnya serta perkhabaran ibunya telah pergi untuk selama-lamanya.. Aku terkesima sebentar, tanpa kusedari airmata mengalir di pipi.. aku dapat rasakan apa yang kak Pah alami saat ini..sebab akupun telah melalui dengan payah sekali waktu itu. Pergilah kasih, pergilah sayang..kerana takdir itu telah ditentukan Allah s.w.t.. Hanya doa dan ayat-ayat suci yang mampu aku sedekahkan buat mereka yang telah kembali.  Semoga kak Pah dan keluarga tabah dan sabar melalui liku-liku cabaran ini. Al-Fatihah.

    "Sayangi dan kasihi kedua ibubapamu semasa hayat mereka masih ada,
    Moga Allah mempermudahkan perjalanan hidupku,
    Aminnn..."

    Majlis Tautan Ukhwah Ibu Bapa/Perpaduan Tahun 6 2010

    Sabtu            : 6 Feb 2010
    Masa             : 8.30 pagi 
    Tempat         : Foyer A, SK Bandar Rinching
    Penceramah  : Prof. Dr. Rubiah bt K. Hamzah
    Tajuk : "Anakku Sayang: Setinggi Harapan, Segunung Impian".

    Kehadiran ibubapa pada program kali ini sangat menggalakkan. Awal-awal pagi lagi, dah ramai ibu bapa yang mendaftar. Baguslah  kalau macam ni, apa yang dihajati oleh pihak sekolah dapat sambutan daripada ibu bapa.. kalau tidak, penat ajelah sekolah buat pelbagai aktiviti untuk murid-murid kita.

    Pelbagai panduan dapat kita ambil daripada ceramah ini. Semoga apa yang disampaikan oleh Dr. Rubiah dapat kita jadikan amalan seharian dalam mendidik anak-anak kita. Ada juga para ibu yang menitiskan air mata semasa mendengar ceramah ini. Mungkin terkesan di hati, atau menginsafi diri atau aku sendiri tak pasti apa sebabnya.


     
    sesi pendaftaran...

     
    AJK Pendaftaran Ibubapa.

    Ustaz Mohamad bin Haroun membacakan doa.

    Dr.Rubiah berceramah sambil mencari 'mangsanya'...aku takut bab ni..


     Jurufoto x tauliah,

    Isnin, 8 Februari 2010

    Jalan-jalan Cari Makan

    6 Feb 2010 (Sabtu): Setelah selesai majlis tahun 6 di sekolahku, aku rasa teringin nak pergi jalan-jalan kat Tesco Kajang.  Ada barang nak beli..  Lantas aku terus teringat janji-janji aku kat Asneeza. Minggu lepas, aku janji nak belanja dia makan pizza..tapi hajat tak kesampaian ..jadi hari ini adalah hari yg terbaik untuk aku tunaikan janji aku tu..

    Dah lewat petang, kami tiba di Pizzahut Tesco Kajang. Perut masing2 memang dah lapar..apalagi bila dah jumpa pizza, ngap ajelah.. Lega rasanya, bila janji yang kita lafazkan telah kita tunaikan. Suka tengok Eiza makan pizza. (Rupanya dia tengah boring... boring apalah tu kan?).

    Dah abis kisah kat pizza, singgah beli-belah kat Kedai Kain Nagoya, dapatlah beberapa pasang kain nak buat baju 'keje'. Balik rumah, terus hantar tempah kat rumah kak Nora Seksyen 5, Bandar Rinching (nak promote kak Nora..boleh dpt komisyen tak?). 

    Sedikit je gambar yang diambil, sebab malu orang tengok.
    pizza 1: pilihan kami berdua (Kak Dilla + Firah) ..syedap !!!
    pizza 2: Hawaiian Chicken - pilihan Eiza..yang ni kami dah biasa rasa.
    Jumpa lagi...

    Rabu, 3 Februari 2010

    Sekolah kena rompak lagi...

    Dulu 11 Nov 2009, sekolah aku kena rompak.. semalam sekolah menengah (SMK Bandar Rinching) pulak yang kena rompak. Emmm, apalah nasib sekolah-sekolah besar sekarang ni ya? Dahlah kami warga sekolah dah tak berduit nak buat pelbagai program.. ni senang2 hati je perompak tu nak merompak harta sekolah kami.. Memang nak cari nahas agaknya..

    Tapi kes kali ini memang mengelikan hati juga..
    Apa taknya, kisahnya hampir sama macam perompak dalam cerita P.Ramlee... perompak yang bangang. (Maaf ya, terpaksa guna perkataan ni..sbb tak ada lagi perkataan yg sesuai).

    Ceritanya begini.. perompak tu dah puas geledah pejabat sekolah.. maka diaorang dapat pecahkan peti besi sekolah...banyak juga duit dalam tu (1 sen pun tarak). Diaorg marah sangat kat jaga sekolah.. (Jaga dah kena ikat)... dia boleh berkata macam ni..
    Perompak Bangang: "Hey, kenapa sekolah awak ni besar..tapi tak ada duit langsung..hah??
    Jaga Kesian : "Mana sekolah ada duit lagi".
    Perompak Bangang: "Kenapa sekolah tak ada duit?"
    Jaga Kesian : "Camana nak ada duit..sekolah dah kena rompak hari tu.."
    Perompak Bangang: "Haaah, dah kena rompak?.."
    Jaga Kesian : "Betullah dah kena rompak"..
    Perompak Bangang : "Iya ke..kenapa awak tak beritau tadi??".. (Marah sangat rupanya, sebab dia tak dapat apa2 hasilpun daripada rompakan kali ini).
    Jagapun tak dapat nak jawab soalan terakhir tu.. Sebenarnya sekolah tu memang dah kena rompak beberapa bulan lepas..

    *Pengajaran yang aku dapat daripada kisah ini ialah... rupa2nya pekerjaan sebagai perompak inipun ada grednya kan.. (Gred A ke, Gred E?) Kih3. Ada sijil ke tidak...

    "Cerdik tak dapat nak diikut, bodoh tak dapat nak diajar".. emmm..
    Kisah di atas adalah benar sepertimana yang diceritakan oleh cikgu Maziana.