Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Isnin, 17 Januari 2011

Majlis Reunion Alumni SMAA/SMADKlana Kali 1 2010

Entri kali ini berkaitan Majlis Reunion Alumni SMAA/SMADKlana Kali Pertama yang berlangsung pada 19 Dis 2010 bertempat di The Royale Bintang, Seremban. Majlis ini mula dirancang pada  mesyuarat perjumpaan kali pertama bekas-bekas pelajar pada 7 Jun 2010 lalu.
Antara bekas-bekas pelajar yang hadir... (maaflah, gambar eh kocik yo...)
Majlis ini bermula pukul 12.30 tengah hari. Antara tetamu jemputan yang sempat hadir ialah bekas pengetua Ustaz Abd Halim, Ustazah Raja Pauziah, Tn. Hj. Adib bin Abdullah dan Cikgu Habibah bt Abdullah. Saya rasa berbesar hati dengan kesudian mereka hadir ke majlis ini., walaupun jemputan hanya dibuat melalui panggilan telefon sahaja. Maafkan saya cikgu,  kesuntukan masa menyebabkan cara itu sahaja yang mampu saya lakukan. Insya Allah, di lain kali akan saya utuskan kad jemputan untuk cikgu-cikgu semua. Saya tambah terharu apabila malam selepas majlis, saya menerima sms daripada Cikgu Habibah yang menyatakan rasa terima kasih beliau suami isteri di atas jemputan itu. Segala kepenatan yang dirasa ketika itu, hilang dengan tiba-tiba...hihihi.
Bekas pelajar (SRP 1984/ SPM 1986/ STPM 1988) bersama guru-guru yang hadir.
Terpamer keceriaan di wajah bekas guru-guru tersebut apabila melayan pelbagai pertanyaan daripada bekas pelajar-pelajar mereka. Maklumlah lama tak jumpa. Dulu masing-masing remaja, sekarang dah ada anak remaja pulakkan. Itu kisah guru dengan murid-muridnya. Antara sesama bekas pelajarpun kecoh juga, segala macam nak ditanya pada kawan masing-masing... banyaklah kisah lucu di asrama dulu dibongkar semula... sejarah yang dah tersimpan ada yang dah 26 tahun, 20 tahun atau 15 tahun... emmm, kalaulah dibuat novelpun tentu kalah Hikayat 1001 Malam tu.
Abang Zikri dengan teman-teman seangkatannya...SPM 1984/ STPM 1986
 Bekas pelajar yang paling jauh datang ke majlis ini ialah abang Ahmad Zikri yang mengajar dan menetap di Sabah. Saya tak sangka rupanya abang Zikri dan keluarganya balik ke Semenanjung pada 17 Dis iaitu 2 hari sebelum majlis diadakan. Rezeki namanyakan. Pada awal Jun 2010, beliau pernah menyatakan hasratnya (dalam fesbuk) untuk bertemu dengan rakan-rakan lamanya. Tak sangka impian beliau jadi kenyataan pulak. 
Di kesempatan ini, saya secara peribadi memohon ribuan kemaafan kepada semua yang hadir jika terdapat segala kekurangan dan ketidaksempurnaan sepanjang majlis ini berlangsung. Terima kasih tidak terhingga kepada semua bekas guru, AJK Persatuan Alumni dan para hadirin yang sudi memeriahkan dan menceriakan majlis kita. Insya Allah 2011 kita rancang dan laksanakan dengan lebih baik lagi. TERIMA KASIH SEMUA!!!.

 Sungguh terharu atas kesudian semua,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!