Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 15 Januari 2011

Minggu Orentasi/Suaikenal

Bangunan Asrama Putera SMAA.. (bangunan tambahan...)
Minggu Orentasi atau Minggu Suaikenal sangat digeruni oleh pelajar-pelajar baru. Suspen je masing-masing. Kalau dulu terkenal sangat dengan istilah "ragging". Terbayanglah wajah kakak-kakak dan abang-abang senior yang macam singa lapar je.. bengis dan gerun... ketar lutut kalau selisih dengan diorang kan... hehehe.

Pengalaman hidup saya melalui minggu orentasi ini ada 4 kali sahaja. kali pertama masa tingkatan 1, lepas itu tingkatan 4, tingkatan 6 Rendah dan Semester 1 di maktab perguruan. Pengalaman yang berbeza-beza, tetapi yang paling seronok mestilah pengalaman pertamakan... masa tingkatan 1 lah.

Minggu orentasi ketika itu selama sebulan... wowww, lamakan. Semasa minggu ini kami diberikan beberapa ayat-ayat Quran, doa-doa, zikir-zikir untuk dihafalkan. Semuanya mesti hafal dalam masa sebulan. Emm memang kecut perut bila nak mengadap senior-senior untuk ditasmik. Antara yang mesti dihafal Ayat Kursy, ayat amanarrasul (dalam surah Al-Baqarah), Asmaul Husna, zikir selepas solat dan bacaan-bacaan dalam solat. Terbayang lagi muka-muka senior yang bengis-bengis tu.. walaupun diorang hanyalah ting 2 dan ting 3 je.. (ting 1 hingga ting 3 aje yang ada ketika itu). tapi kita rasa macam "besar sangat" pangkat diorang..

Antara senior yang paling saya takut ialah kak N, kak Midah dan beberapa orang lagi. Kalaulah terkena giliran tasmik kat diorang, macam nak tercabut nyawa rasanya. Nak nak kak Midah tu, muka tak pernahnya nak senyum, suara tinggi je. Geram sangat kat dia. Ada satu kes yang paling saya geram dengan kak Midah iaitu pasal kakak angkat. Ketika itu saya ada kakak angkat kak Saniah (ting 2), manakala kak Midah ada adik angkat jugak iaitu Hayati Md Deros.. kebanyakkan geng kak Midah ada adik angkat. Pada suatu ketika mereka sepakat untuk memutuskan hubungan dengan adik angkat masing-masing. Entah idea siapalah agaknya tu.. Saya memang kecewa sangat ketika itu sebab saya tak ada kakak kandung... 
Akibat insiden ini, saya nyaris nak tukar sekolah pada pertengahan ting 1... menangis bagai nak rak bila nak balik ke asrama semula... manakala arwah emak pulak bagai nak rak marahkan saya. Begitulah setiap kali saya nak balik ke asrama. Sepatutnya di awal persekolahanlah saya macam ni, tapi dah pertengahan persekolahan pulak saya buat perangai... mana tak heran orang tua tu... hehehe. Kerana terpaksa, saya teruskan juga perjuangan di situ. Alhamdulillah bila naik ting 2, keadaan kembali normal.. Kakak-kakak tu dah tak kacau hidup saya lagi... maklum ada  junior baru plak... selamat saya n the geng...
Pengalaman pahit manis yang tak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman yang cukup berharga  ini menjadikan kita insan yang berguna dan boleh berdikari. Terima kasih kepada semua senior saya yang banyak membantu dan menjaga saya semasa di SMAA dulu. Walaupun terasa pahit masa melaluinya, tapi manis untuk dikenang kembali.
* kenangan yang paling saya ingat semasa 1 April 1982... kena april fool oleh kak Midah... rasa nak meraung je masa tu... eeeeee, macam nak balas je sekarang ni..
SMAA kekal di ingatan selamanya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!