Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 19 Julai 2012

mata, hati, bibir

~kredit to Google~
tatkala MATA diberi kesempatan menatap,
riangnya tiada terucap,
HATI bagai berdetap-detap,
sayangnya BIBIR pula tidak mampu mengungkap,

bukan tiada kalimah untuk berbicara,
tapi lidah kelu untuk berkata-kata,
untuk meluahkan apa yang dirasa.
kerana aku bimbang bicaraku penyebab luka.

biarkanlah MATA sahaja yang faham,
HATI pula berdendang dalam diam,
dan BIBIR terus tersenyum
melakar memori semalam...

"Terima kasih Allah, atas rasa bahagia yang sementara ini...
Tiada apa yang kupohon, cuma kekalkanlah ketenangan yang ku miliki ini,
walaupun hanya sekelumit sahaja. 
DAN
Izinkan aku terus dapat menatap wajahnya,
 mendengar suaranya... hingga ke hujung nyawaku".
(Adilla Yusof~18 Julai 2012~Bangi~)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!