Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Isnin, 4 Januari 2010

Sekolah Kebangsaan @ sekolah rendah islam

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2010. Bila terkenangkan situasi hari pertama persekolahan ini, memang banyak peristiwa lucu dan lawak yang telah kulalui selama aku mengajar..Iyalah akukan guru sekolah rendah, tentu aku dah tengok pelbagai ragam murid2 tahun 1 ketika mula melangkah ke alam persekolahan.

Kali ini aku nak berkongsi cerita tentang 2 orang anak sedara aku ni..yang baru masuk tahun 1 pagi tadi.

IMG_1330IMG_1421

KISAH 1 : ISYA – SRI SEREMBAN.

IMG_1306

Ini Isya.. nama penuh Fariesya Athirah bt Awang Jamri (anak adik bonsu aku – Shima) bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seremban. Baru je cukup 6 tahun pada hujung Nov lalu. Suka membaca dan cepat merajuk. Pagi tadi sebelum pergi sekolah dah mula merajuk. Puncanya ayah Isya suruh dia bawa beg kecil aje ke sekolah sebab minggu ni ada program transisi. Buku teks & latihan tak perlu bawa banyak.. Isyapun apa lagi tarik muka masam dan muncungpun panjang je.. kalau dibiarkan pasti ‘banjir’ jadinya..Nasib baik ibu menyelamatkan keadaan suruh dia bawa beg baru dan beberapa buah buku sahaja. Ceria kembali muka dia.. Ayahpun satu.. budak baru nak masuk sekolah disuruhnya bawa beg yang tak glamor..mestilah dia sedih, tambahan pula kakak bawa beg baru. Sian Isya..

Kisah 2 : QILAH – SEKOLAH KEBANGSAAN

IMG_1288IMG_1296IMG_1265

Ini Qilah..Aqilah Zulaikha bt Zulkifli (anak abang aku Along + Along Afiza) bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mantin. Umurnya hampir sama dengan Isya..dia muda 2 minggu daripada Isya. Mulut Qilah memang becok sikit, pandai buat lawak. Kalau dia ada memang kecoh jadinya. Kisah hari pertama Qilah memang menarik.. balik sekolah dia dah mula merungut kat abah dia.. Antara bebelan Qilah “..abah, sekolah ni tak bestlah. Lama sangat nak balik..”. “Berat sangatlah beg ni..” Abah dia kata, tulah sapa suruh beli beg besar.. (Mulanya aku ingatkan dia bawa banyak buku, padahal alongku beritahu buku adalah 3 buah termasuk kamus bergambar..La, baru 3 buku dah berat???). Yang paling kami nak gelak bila Qilah kata..”"abah, abah.. Qilah nak mintak cutilah dengan cikgu..” Mak aii, baru satu hari sekolah dah nak mintak cuti.. Qilahhh, qilahhh..memang mulut makciklah kau ni..

“Nasib baiklah Qilah tak sekolah kat sekolah Mak Ngah”. Kok tidak payah Mak Ngah nak layan kerenah kau..sayang ooii. (Camanalah esok ni..dah mula sekolah agama pulak. Nasib baik Along cuti 3 hari).



Ahad, 3 Januari 2010

Hi-tea part 3…

Ada lagi nak diupload.. terlambat sikit, jd kawan2 jgn marah ye! Semoga ceria selalu dan kita tingkatkan kecemerlangan SKBR pada tahun 2010 ini.

IMG_2070

 

Ustzh Nik Zazilawati (Bendahari) dgn Ustzh Noriani (Naib Pengerusi).

 

 

IMG_1956

 

Cikgu Norhalimah, Cikgu Maziana dan Cikgu Mazura.

 

 

IMG_2032

 

Cikgu Rohaiza dgn Cikgu Norazlita.

 

 

IMG_1920

 

Cikgu Abu Zalrifari dgn Cikgu Mohd Azmi.

 

 

IMG_2046

 

Cikgu Siti Hajar, Cikgu Norazlina, Ticer Putri  Dariati dan Ticer Fatimah.

 

 

* Gambar yang lain tgk dalam Facebook ya!

Persiapan Hari Pertama ...

Esok, aku mula bekerja.. dah lama bercuti panjang. Nampaknya tahun ini aku terkena tempias murid-murid tahun 1. Pakaian dan alatulis mereka semuanya serba barukan. Akupun sama.. pensilbox, alatulis dan kasut, terpaksa aku beli yang baru.

Pencilbox aku hilang beberapa hari sebelum cuti akhir tahun 2009 yang lalu.. sayang sungguh pencilbox tu. Itu hadiah daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan untuk semua guru SKBR. Penuh pulak alatulis dalam tu.. Sapalah yang ambik..

Kasutpun aku kena beli baru juga, sebab kasut yang ada dah tak selesa nak pakai.. Lama dah aku guna.. Laptop juga aku perlu update anti-virusnya. Kalau mini laptop ni tak apa, aku guna hari-hari dan anti-virusnya ori.. Laptop yang besar ni sangat penting bagi aku kerana isinya 90% data sekolah aku..semua ada. Data EMIS, data dBLAT, data PPSMI, Prestasi 2009, PTK, data Jadual Waktu.. gambar-gambar majlis yang aku snap, dan banyak lagilah. Walaupun dalamnya data sekolah tapi laptop tu aku punya sendiri.. Senang nak buat kerja kat rumah. tak perlu nak isi-isi borang..

Jangan lupa... Buku Rekod Mengajar, Sukatan Pelajaran serta Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian juga aku perlu siapkan. Minggu ini, murid-murid Tahap 2 belum belajar lagi kerana mereka terlibat dengan Program Maju Diri (PMD).


Kasut baruku... murah aje.


Buku Ringkasan, Sukatan Pelajaran & Pencilbox yg ditempah khas.


Laptop skrin besar dan mini laptop.."teman" kesayanganku.

Inilah antara barang-barang yang aku perlu sediakan untuk hari pertama persekolahan esok.

Hi-tea di palace of the golden horses part 2.

SEKALUNG TAHNIAH DAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK BKGK 2008/2009 YANG TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN CEMERLANGNYA. JASA KALIAN SANGAT-SANGAT WARGA SKBR HARGAI. ANDAIKATA ADA YANG TERGURIS DI HATI, HARAP DIMAAFI”. USTAZAH SHARIFAH DGN AJK2NYA. YOU ARE THE BEST..

IMG_1958

 

Mantan Pengerusi BKGK sibuk melayan para guru… beliau hendak memastikan guru-guru dapat makan. Yang pastinya semua dah terlebih kenyang.

IMG_2076

 

 

Nak balikpun sempat lagi posing dengan Puan Guru Besar.. 

IMG_2023

 

Ustzh Norhayati, Ustzh Norhidayati, Ustzh Noriani dan Cikgu Mariam.

 

IMG_2022

 

Ustzh Ruzila, Ustzh Fahimah, Ustzh Farahan dan Cikgu Marzatul Dashima.

 

IMG_2020

 

Ustzh Norwahida.. nak makan sambil control ayu. Hi hi hi, Ida jgn marah ya!

 

IMG_2030

 

Ustzh Fadzilah dengan Ustazah Aziyah… kenyang ke tidak tu? Diet ke..

 

IMG_2074

 

Cikgu Azwati dengan doorgiftnya..suka sokmo.

 

 IMG_1988

 

Makan tu jangan lupa baca doa makan!

 

IMG_2026

 

Ticer Norzihan, Ticer Sahida, Cikgu Marzatul Dashima dan Ustzh Farahan.

 

 

IMG_1941  IMG_1954  IMG_1920 IMG_1986

Terima kasih…..hujung tahun ni 2010, kita pergi lagi!!!

Sabtu, 2 Januari 2010

Hi-tea di palace of the golden horses, part 1

Majlis Tautan Ukhwah BKGK 2008/2009
SK Bandar Rinching
Tarikh : 02/02/2010
Tempat : Carousel Restaurant, Palace of The Golden Horses
Masa : 1.00 - 5.00 petang

IMG_1932
IMG_1915
IMG_2018 IMG_1909
IMG_1907 IMG_1908
IMG_1906 IMG_2047
IMG_1928
Semua dah kekenyangan.. hepi dan meriah.

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010



"SAYA MENGUCAPKAN ...
SELAMAT TAHUN BARU 2010 KEPADA SEMUA YANG SUDI SINGGAH KE BLOG INI. SEMOGA KITA MEMPEROLEHI APA YANG KITA IMPIKAN SELAMA INI. BERTAMBAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH. SIHAT SEJAHTERA SELALU, BERBAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. BEKERJA SAMBIL BERIBADAH. KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI".

p/s :
Selamat harijadi kepada Cikgu Nor Azwati Awalludin pada hari ini..