Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 15 Januari 2010

Maal Hijrah 1431H

Sekolah aku telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H pada;

Tarikh : 15 Jan 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKBR
Penceramah : Ustz Elyas Mantan Kump UNIC.
Kumpulan Sasaran : Murid-murid Tahun 6.
(Murid-murid tahun lain terlibat dengan pelbagai pertandingan yang telah ditetapkan untuk kelas mereka).

Foto kenangan;

Sebelum ceramah, Majlis Bacaan Yaasin.

IMG_2234

Persembahan nasyid "Maal Hijrah".

IMG_2238

Ustaz Elyas sedang berceramah... meriah.

IMG_2205

Khusyuk...

IMG_2194

Senyum ceria ustazah-ustazah..

IMG_2199

Senyum lemak berkrim pula daripada cikgu-cikgu...


Selasa, 12 Januari 2010

Lagi kisah sekolah, guru, murid dan duit Part 1.

IMG_1923

Entri sebelum ini berkisar tentang bil utiliti sekolah yang tiada peruntukan..
Ini ada lagi kisah berkisar tentang peruntukan kewangan bagi bidang pendidikan/pelajaran.

Kisah 1:
Aku dapat tahu mulai sekarang sebarang kursus/mesyuarat/bengkel yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah (tempat lain aku tak taulah..) tiada lagi disediakan bajet sarapan pagi/minum pukul 10 pagi tu/makan tengah hari. Emmm..hebat tu. Ini telah dilalui oleh Puan Guru Besar sekolah aku dengan Penolong Kanan 1 semalam.

Masa nak balik sekolah semalam aku, terserempak dengan Guru Besar di kantin sekolah. Beliau sedang makan..macam lapar je. Beliau baru habis meeting kat PPD. Rupanya peruntukan makan tak disediakan lagi. Kesian GB aku..

Pagi tadi PK 1 cerita kat aku kisah dia pergi meeting kat PPD.. nampaknya kes dia pun sama juga dgn GB. Tapi Pegawai PPD tu ada juga siapkan air mineral dan 2 biji kuih. (Alas perutpun tak apalah..) Sebelum ni tak pernah pulak terjadi...dulu kalau meeting/bengkel DATA semua ada..(sarapan, minum rehat dan makan tengah hari).

Tak lama lagi aku pula akan meeting kat PPD tu.. so sebelum pergi aku kena breakfast dulu kat sekolah. Ingatkan makin hampir tahun 2020, makin maju.. tapi, alahai???

Ahad, 10 Januari 2010

Siapa nak bayar bil utiliti sekolah???

Pelikkan entri aku kali ini.. selalunya yang kita fikirkan pasal bayaran bil-bil utiliti rumah kita. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Aku difahamkan tahun ini bayaran utiliti sekolah tidak lagi ditanggung oleh peruntukan kerajaan. Habis camana tu?

Sebelum ini duit utiliti diberi oleh kerajaan sehingga 6 bulan, selebihnya sekolah bayar. Sekarang sekolah yang tanggung semuanya. Hishhh, mana nak cari duit ni.. Sekarang ni, yuran kan free.. kalau ada bayaranpun untuk derma PIBG, insuran dan sukan MSSN.. lebih kurang RM58.50. Pada sesetengah ibu bapa, tentu mereka gembira bila semuanya percuma, tapi tidak bagi pihak sekolah..

Kalau tak ada duit.....
Bagaimana sekolah hendak membuat pelbagai program untuk murid-murid. Program kecemerlangan, program keagamaan, program sukan dan sebagainya lagi.. Ini tak kira sekolah bandar ke, sekolah luar bandar ke.. situasinya sama.

Sekarang terdapat sekolah-sekolah yang meminta sumbangan RM10 sebulan ke atas setiap orang guru di sekolah mereka. Memang tak banyakpun, tapi nampaknya guru-guru juga yang perlu berkorban dalam hal ini. Sepatutnya semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk melunaskan segala pembayaran bil utiliti tersebut. Baru adilkan... Taklah masalah ini ditanggung oleh pihak guru aje.

Pening kepala dibuatnya.
Sekolah aku dahlah besar, bil air aje dah beratus ringgit, bil api mencecah ribu ... camanalah nak bayar semua tu..Sekolah bukan ada danapun. Murid-murid seramai 1890 orang, tentulah bajet kami kena besar.

Kalaulah ada usahawan atau orang kaya yang terbaca entri ini..serta bermurah hati nak beri sumbangan kat sekolah aku..bolehlah hubungi aku ya!



Tolong! tolong! Sapalah nak tolong ni...

Sabtu, 9 Januari 2010

Layout Baru.



Sempena hari ini cuti hari pertama, sesi persekolahan 2010.. aku nak tukar layout blog aku..(macam sekarang ni). Amacam okey tak? Tema aku kali ini ialah 'nature' ataupun flora dan fauna. Aku nengok monkey tu macam kiut je.. Anda setuju tak dengan pendapat aku?

Akupun tak pasti berapa hari aku minat layout ni..kalau rajin aku tukar lagi. Terpulang lah dengan kerajinanku. Jadi buat masa ni, inilah layout pertama aku pada tahun 2010 ini..

Cintakan Flora & Fauna,

Rabu, 6 Januari 2010

Program Maju Diri.

Minggu ini semua murid tahap 2 kat sekolah aku mengikuti Program Maju Diri yang dikendalikan oleh kaunselor. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi semangat, dorongan, galakan dan sebagainya kepada murid2 supaya dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka..

Aku pula sibuk menyiapkan jadual waktu yang baru (rombak semula) kerana ada pertambahan 2 orang guru pada hari Isnin lalu. Kedua-duanya baru 'posting'. Fresh lagi tu... En Shahrul Nizam dan Pn. Norazlina. Selamat datang ke SK Bandar Rinching!!! Semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang di sini.

Kat entri kali ini aku nak letak gambar sekolah aku semasa Program Sihat Cergas diadakan tahun lepas.. Gambar ini unik sikit sebab..semua dah bertopeng..cam penyamun tarbus..Hi hi hi,




Para guru dgn murid2 melakukan senaman sambil memakai 'mask'.





"Menari poco2 sambil pakai 'mask', tak sesak nafas ke"?


Isnin, 4 Januari 2010

Sekolah Kebangsaan @ sekolah rendah islam

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2010. Bila terkenangkan situasi hari pertama persekolahan ini, memang banyak peristiwa lucu dan lawak yang telah kulalui selama aku mengajar..Iyalah akukan guru sekolah rendah, tentu aku dah tengok pelbagai ragam murid2 tahun 1 ketika mula melangkah ke alam persekolahan.

Kali ini aku nak berkongsi cerita tentang 2 orang anak sedara aku ni..yang baru masuk tahun 1 pagi tadi.

IMG_1330IMG_1421

KISAH 1 : ISYA – SRI SEREMBAN.

IMG_1306

Ini Isya.. nama penuh Fariesya Athirah bt Awang Jamri (anak adik bonsu aku – Shima) bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seremban. Baru je cukup 6 tahun pada hujung Nov lalu. Suka membaca dan cepat merajuk. Pagi tadi sebelum pergi sekolah dah mula merajuk. Puncanya ayah Isya suruh dia bawa beg kecil aje ke sekolah sebab minggu ni ada program transisi. Buku teks & latihan tak perlu bawa banyak.. Isyapun apa lagi tarik muka masam dan muncungpun panjang je.. kalau dibiarkan pasti ‘banjir’ jadinya..Nasib baik ibu menyelamatkan keadaan suruh dia bawa beg baru dan beberapa buah buku sahaja. Ceria kembali muka dia.. Ayahpun satu.. budak baru nak masuk sekolah disuruhnya bawa beg yang tak glamor..mestilah dia sedih, tambahan pula kakak bawa beg baru. Sian Isya..

Kisah 2 : QILAH – SEKOLAH KEBANGSAAN

IMG_1288IMG_1296IMG_1265

Ini Qilah..Aqilah Zulaikha bt Zulkifli (anak abang aku Along + Along Afiza) bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mantin. Umurnya hampir sama dengan Isya..dia muda 2 minggu daripada Isya. Mulut Qilah memang becok sikit, pandai buat lawak. Kalau dia ada memang kecoh jadinya. Kisah hari pertama Qilah memang menarik.. balik sekolah dia dah mula merungut kat abah dia.. Antara bebelan Qilah “..abah, sekolah ni tak bestlah. Lama sangat nak balik..”. “Berat sangatlah beg ni..” Abah dia kata, tulah sapa suruh beli beg besar.. (Mulanya aku ingatkan dia bawa banyak buku, padahal alongku beritahu buku adalah 3 buah termasuk kamus bergambar..La, baru 3 buku dah berat???). Yang paling kami nak gelak bila Qilah kata..”"abah, abah.. Qilah nak mintak cutilah dengan cikgu..” Mak aii, baru satu hari sekolah dah nak mintak cuti.. Qilahhh, qilahhh..memang mulut makciklah kau ni..

“Nasib baiklah Qilah tak sekolah kat sekolah Mak Ngah”. Kok tidak payah Mak Ngah nak layan kerenah kau..sayang ooii. (Camanalah esok ni..dah mula sekolah agama pulak. Nasib baik Along cuti 3 hari).