Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 16 Januari 2011

Tawar dan hambar...

ehsan daripada carian google...

Tatkala ini saya rasa tawar dan hambar je hidup saya... tak tahulah kenapa perasaan ini datang menerjah lubuk sanubari saya. Terasa sunyi sangat, sepi sangat... kosong sekosong-kosongnya. Keceriaan dan kegembiraan seperti tiada lagi dalam kamus hidup saya. Tak tahu ke mana perginya semua itu. Sukar untuk saya ungkapkan di sini... mungkin tiada siapa yang akan mengerti.

"Ya, Allah... Kau kembalikanlah keceriaan dan kegembiraan hidupku seperti masa-masa nan lalu. Kau buanglah perasaan ini jauh daripada lubuk hatiku.. sesungguhnya aku tak berdaya begini untuk selamanya... Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk melawan perasaan ini".

Adakah sepi itu akan terus menjadi temanku yang sejati?
Aku yang terasa kehilangan...

Sabtu, 15 Januari 2011

Minggu Orentasi/Suaikenal

Bangunan Asrama Putera SMAA.. (bangunan tambahan...)
Minggu Orentasi atau Minggu Suaikenal sangat digeruni oleh pelajar-pelajar baru. Suspen je masing-masing. Kalau dulu terkenal sangat dengan istilah "ragging". Terbayanglah wajah kakak-kakak dan abang-abang senior yang macam singa lapar je.. bengis dan gerun... ketar lutut kalau selisih dengan diorang kan... hehehe.

Pengalaman hidup saya melalui minggu orentasi ini ada 4 kali sahaja. kali pertama masa tingkatan 1, lepas itu tingkatan 4, tingkatan 6 Rendah dan Semester 1 di maktab perguruan. Pengalaman yang berbeza-beza, tetapi yang paling seronok mestilah pengalaman pertamakan... masa tingkatan 1 lah.

Minggu orentasi ketika itu selama sebulan... wowww, lamakan. Semasa minggu ini kami diberikan beberapa ayat-ayat Quran, doa-doa, zikir-zikir untuk dihafalkan. Semuanya mesti hafal dalam masa sebulan. Emm memang kecut perut bila nak mengadap senior-senior untuk ditasmik. Antara yang mesti dihafal Ayat Kursy, ayat amanarrasul (dalam surah Al-Baqarah), Asmaul Husna, zikir selepas solat dan bacaan-bacaan dalam solat. Terbayang lagi muka-muka senior yang bengis-bengis tu.. walaupun diorang hanyalah ting 2 dan ting 3 je.. (ting 1 hingga ting 3 aje yang ada ketika itu). tapi kita rasa macam "besar sangat" pangkat diorang..

Antara senior yang paling saya takut ialah kak N, kak Midah dan beberapa orang lagi. Kalaulah terkena giliran tasmik kat diorang, macam nak tercabut nyawa rasanya. Nak nak kak Midah tu, muka tak pernahnya nak senyum, suara tinggi je. Geram sangat kat dia. Ada satu kes yang paling saya geram dengan kak Midah iaitu pasal kakak angkat. Ketika itu saya ada kakak angkat kak Saniah (ting 2), manakala kak Midah ada adik angkat jugak iaitu Hayati Md Deros.. kebanyakkan geng kak Midah ada adik angkat. Pada suatu ketika mereka sepakat untuk memutuskan hubungan dengan adik angkat masing-masing. Entah idea siapalah agaknya tu.. Saya memang kecewa sangat ketika itu sebab saya tak ada kakak kandung... 
Akibat insiden ini, saya nyaris nak tukar sekolah pada pertengahan ting 1... menangis bagai nak rak bila nak balik ke asrama semula... manakala arwah emak pulak bagai nak rak marahkan saya. Begitulah setiap kali saya nak balik ke asrama. Sepatutnya di awal persekolahanlah saya macam ni, tapi dah pertengahan persekolahan pulak saya buat perangai... mana tak heran orang tua tu... hehehe. Kerana terpaksa, saya teruskan juga perjuangan di situ. Alhamdulillah bila naik ting 2, keadaan kembali normal.. Kakak-kakak tu dah tak kacau hidup saya lagi... maklum ada  junior baru plak... selamat saya n the geng...
Pengalaman pahit manis yang tak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman yang cukup berharga  ini menjadikan kita insan yang berguna dan boleh berdikari. Terima kasih kepada semua senior saya yang banyak membantu dan menjaga saya semasa di SMAA dulu. Walaupun terasa pahit masa melaluinya, tapi manis untuk dikenang kembali.
* kenangan yang paling saya ingat semasa 1 April 1982... kena april fool oleh kak Midah... rasa nak meraung je masa tu... eeeeee, macam nak balas je sekarang ni..
SMAA kekal di ingatan selamanya,

Bermulanya kisah saya di asrama.

Bangunan Utama SMAA (gambar lama)
Saja saya nak kongsi pengalaman sempena minggu-minggu awal persekolahan ini. Maklumlah minggu-minggu seperti ini pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dah mula masuk ke asrama masing-masing. Bagi adik-adik tingkatan 1, inilah merupakan pengalaman pertama mereka tinggal di asrama. Manakala adik-adik tingkatan 4 ada yang menyambung kehidupan asrama mereka dan ada pulak baru pertama kali.

Saya mula-mula menjejaki kaki ke asrama ialah semasa tingkatan 1 tahun 1982 di SM Agama Ampangan, Seremban. Sebaik sahaja saya mendapat surat tawaran, arwah mak saya mula sibuk menjahit baju kurung saya untuk digunakan semasa tinggal di asrama nanti. Maklumlah sekolah agama, mestilah berbaju kurung setiap masa, sedangkan saya hanya ada 2 pasang baju kurung je waktu tu..  (baju raya tahun tu, mak buat 2 pasang). Kebanyakkan pakaian harian saya semuanya t-shirt, seluar panjang, gaun atau skirt je. Tapi itu dululah, sejak belajar di sekolah ini saya jadi model baju kurung sepanjang masa pulak.

Bangunan Utama, Asrama Puteri dan Kantin (bangunan asal SMAA, bangunan yang 4 tingkat dan paling belakang tu bangunan Asrama Puteri yang baru... dibina pada 1987/88).
Sebenarnya keinginan untuk bersekolah ke sekolah berasrama dan sekolah agama ini timbul apabila saya melihat emak saudara saya (mak busu adik arwah mak saya) yang belajar di SMKA Sheikh Mohd Said (nama sekolah tu dulu, saya tak ingatlah...). Terasa seronok sangat dengar kisah dia di asrama dan  suka je bila lihat dia bertudung. Tak sangka pulak akhirnya saya juga menurut langkah beliau, cuma tak sama sekolah sebab saya tidaklah sepandai dia...namun syukur alhamdulillah.
Kenangan terindah di SMAA,

Selasa, 26 Oktober 2010

Berita Gembira 2011...(hal kerja...)

Hari ini saya ada cerita gembira tentang profesion perguruan [kerja hakiki] saya... Malangnya saya tidak diberi hak untuk menceritakan hal ini kepada pengetahuan umum...hanya boleh diceritakan bila pengumuman rasmi dibuat oleh pihak pentadbir..

Kalaulah saya dapat kebenaran itu sekarang, alangkah seronoknya saya berkongsi cerita gembira ini dengan pembaca semua... sesuatu yang saya minta selama ini... sebelum ini seronok juga, tapi 2011 lagilah seronoknya.. Apa yang seronok tu ya??? Tak apa, tidak berapa lama lagi... tahulah anda semua tentang berita gembira itu. Rasa andapun gembira macam saya jugak tu... sebelum tahu ni, anda menekalah dalam kesamaran dulu ya... hehehe..

Terima kasihlah kepada pihak pentadbir yang memahami dan mengerti atas permintaan saya itu.. Jasa baik anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih...

Khamis, 30 September 2010

Adikku Seorang Raja.

Kali ini saya nak bercerita tentang seorang adik angkat baruku.. NAIM.. [bukan sekolah naim lil banat ye..] Cara saya mengenali beliau agak unik.. Persahabatan yang terjalin berpunca daripada nombor telefon baru saya..tak sangka pengguna sebelum ini seorang yang amat dikenali ramai...akibatnya nombor saya jadi hot line plak...

NAIM, seorang pegawai pertanian yang bertugas di Alor Setar Kedah, umurnya baru 26 tahun..maknanya semasa saya mula menjadi guru pada tahun 1991, beliau baru darjah 1... kira anak murid sayalah ni kan.. Gara-gara dia nak menghubungi rakan lama dia [pengguna sebelum saya tu..], kami pulak yang berkenalan.. maklumlah saya ni agak peramah sikit...peramah tapi pemalu..camana tu.. hihi

Adik Naim ni, saya nak beri gelaran Raja.. Raja SMS..hahaha. Mawi Raja SMS, orang yang afundi dia.. tapi Naim ni dia yang sms oranglain.. memang rajin sangat sangat.. dah tu lawak plak orangnya. Kalau boring, bolehlah sms dia, pasti dibalas dengan cepatnya.. kalau kita tak ada kerja, bolehlah bersembang dengan Naim.. memang tak pernah habis sembangnya.. ada je cerita...tau tau kredit kita yang tinggal ciput..takpun kita terlelap sambil pegang handphone... lawaklah bila ingatkan adik Naim ni..

Kalau sms makwe atau awek, mungkinlah camtu gayanya... ni sms akak angkat jer. Bayangkan macam manalah dia layan makwe dia..??? Mungkin 1saat 5sms agaknya..atau lebih daripada itu... pasti makwe dia tak pernah rasa boring. Pada saya, jika kita dah biasa bersms dengan seseorang... tetapi jika 1 hari dia tak sms kita, mesti kita rasa semacam...pelbagai yang timbul di dalam fikiran kita.. "sakitkah dia, lupakah dia kat kita, dah benci ke..." susah jugak kalau sesuatu yang dah jadi kebiasaan tetiba jadi macam tu. mesti kita fikir yang bebukan.. Apa-apapun kita hendaklah berfikiran positif jika keadaan seperti ini terjadi...  [iyalah tu..entah-entah dah nangis..huhu]

Naim, kehadiran Naim menambahkan lagi jumlah kawan-kawan kak Dilla...menceriakan dan menggembirakan akak.. kadangkala geram jugak tau.. apa taknya ada je soalan yang nak menggenakan kak Dilla semula. Jika ada salah silap akak kat adik, maaf banyak-banyak ye..kalau sms tak berbalas, adik dah fahamkan kenapa.. Semoga selamat dalam perjalanan balik ke kampung dan sampaikan salam akak kat keluarga Naim..

"Bertemu Buku Dengan Ruas", hihi
 

Rabu, 22 September 2010

Minggu-minggu airmataku...

Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi menziarah blog saya yang tak seindah mana ni... Saya cuma ingin berkongsi pasal emosi saya minggu ini. Tak tahulah saya mengapa minggu ini bermula dari hari Sabtu lepas hingga hari ini, airmata saya masih tak kering lagi. Mudah sangat menitis dan mengalir laju... Sebak di dada semakin bertambah diiringi dengan kesunyian dan kelukaan yang makin mendalam.. Kenapa saya semakin sensitif bab hati dan perasaan ini.

Susah nak digambarkan bagaimana rasanya, jika kita dilukai saban waktu hingga terasa hati kita makin kosong tak berjiwa. Sepi dan sunyi sangat, bila kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada insan yang kita sayangi. Kadangkala terasa diri ini seumpama pengemis cinta di tepi jalan. Kasih dan sayang kita yang utama sudah semestilah kepada Allah Yang Maha Esa, namun pada itu kita juga perlu merasai kasih sayang sesama manusia juga. Bohonglah kalau ada yang mengatakan dia tidak perlu kasih sayang insan lain...

Kadangkala terfikir juga di benak ini, "tak layakkah aku untuk disayangi, dikasihi dan dicintai? Hina sangatkah aku di mata mereka?".. Tapi bila sedar kasih sayang dan cinta itu tidak perlu dipaksa, hati mula reda semula dalam keterpaksaan menerima hakikat ini.. Sedar cinta yang ikhlas tak perlu balasan.. cuma keliru dengan kasih sayang yang pernah mereka lafazkan pada saya.. Adakah kasih sayang mereka hanya sekadar di bibir sahaja?? Atau hanya sebagai pemanis bicara dan penyedap hati... atau sekadar lakonan semata-mata.. Hanya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.. siapa saya untuk mengetahui rahsia Allah..

Sabarlah hati, tenanglah jiwa... pasti ada sinar untukku nanti. Insya Allah.