Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 10 Februari 2011

Kembali...takkan berganti.

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita pemergian kakak sepupu saya (kak Norhayati/kak Atie) ke rahmatullah. Beliau sebenarnya  tinggal di Klang, Selangor, tetapi cuti Tahun Baru Cina yang lalu, kak Atie balik ke kampung emaknya (dekat jer dengan rumah abah saya). Waktu itu kak Atie dah tak berapa sihat. Kalau makan, dia akan muntah... bila minumpun macam itu juga. Oleh sebab itulah beliau tak jadi balik ke Klang semula setelah ditahan oleh adik-beradiknya supaya tunggu sembuh dulu. Kak Atie sempat mendirikan solat subuh... emmm, kita buat ke tidak solat subuh pagi tadi??? Ingat, dirikanlah solat fardhu walau bagaimana sekalipun keadaan kamu...

Semasa saya kecil (dalam anggaran umur 9 tahun), kak Atie dan suaminya (abang Adie) rajin membawa saya dan abang saya (Along) pergi beraya ke rumah adik-beradik abang Adie di sekitar Seremban. Di sinilah bermulanya saya mengenal erti duit raya... memang dapat banyakkk. Abang Adie bekerja di Pelabuhan Klang, tetapi abang Adie telah lama kembali ke rahmatullah... meninggalkan kak Atie dan 5 orang anak mereka. Abang Adie dan kak Atie sememangnya pasangan suami isteri yang sangat baik dan peramah dengan sanak saudara. Kini mereka berdua telah pergi untuk selama-lamanya. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman... (emmm terbayang wajah ceria mereka berdua... sayu jer perasaan ini. Tambahan pula mereka sangat baik dengan arwah emak saya. Ketiga-tiganya dah arwah).

Tak sangka pertemuan saya dengan kak Atie pada 20 Jan yang lalu (cuti Thaipusam) di kampung, merupakan pertemuan terakhir kami. Lebih 30 minit saya berkesempatan berbual dengan arwah di rumah Mak Lang. Seronok dapat berbual dengan arwah, maklumlah bukannya selalu dapat berjumpa sebegini. Kak Atie sibuk nak buat karipap petang itu... dia nak mencuba sendiri. Saya nampak kesungguhan beliau. Mungkin itu permintaan terakhir dia kot.

Malam tadi saya dan keluarga menghadiri majlis tahlil beliau, semua anak arwah ada. Sayu dan sebak bila saya melihat wajah-wajah yang kini menjadi anak yatim piatu. Semua belum kahwin lagi, yang bongsu masih belajar di Skudai, Johor. Tentu mereka akan kesunyian tanpa belaian ayah dan ibu. Saya yang dah banyak umur pun terasa kekosongan setelah pemergian emak saya. Inikan pula mereka yang masih muda dan remaja. Tak boleh saya gambarkan bagaimana saya menahan sebak di dada tatkala bersalaman dengan anak-anak arwah malam tadi. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah saya akan hadir pada Majlis Tahlil untuk esok dan lusa... apabila melihat kematian, akan menimbulkan keinsafan kepada jiwa kita.



Saya... bagaimana pula nanti???

Rindu Bertandang Lagi....

Kasih, Sayang Dan Rindu.
Hasil nukilan Adilla Yusof

... Kasih yang terpendam,
    tak mungkin terpadam.
... Sayang yang hadir,
    tak pernah mungkir.
... Rindu yang bertamu,
    tak kenal erti jemu.

... Kasih, Sayang, Rindu,
    berlagu dalam syahdu.
... Walau tanpa bicara,
    walau tiada bersuara,
... Bahagia yang menjelma,
    kita rasainya bersama-sama.

... Sentiasa subur di hati,
    bukannya mahu meraih simpati
... Sekadar ingin mengingati,
    kasih, sayang, rindu yg sebati...

ADALAHHHHHHHHHHHHHHH...
... Anugerah daripada Yang Maha Esa,
    kepada kita yang bergelar manusia biasa.


... bila rindu datang bertandang, puisiku berlagu riang...

Sabtu, 5 Februari 2011

Cikgu Dah Kaya...

Wahhh, hebatnya entri saya kali ini. Tentu anda semua terkejutkan... Tapi bukan mustahil atau luarbiasapun entri saya ni.. saja nak share dengan anda semua tentang pengalaman saya menemankan en.zaki menghadiri bisnes previewnya di Petaling Jaya. Masa cuti panjang macam ni saja saya dapat menemankan en.zaki ke sana. Semua ini berkenaan dengan bisnes online en.zaki...

~ kat area sinilah tempatnya... tak sangka pula bangunan Jaya One ada kait mengait dgn bisnes UpTrend ~
Sesekali hadir seronok juga, tengok gelagat dan perangai orang-orang kaya ni. Leader-leader yang hadir sudah tentunya peramah dan ceria, maklumlah nak menambat hati downline-downline mereka... terasa kita sangat dihargai walaupun kita orang-orang "kecik" je.. sememangnya kita bergantung antara satu sama lain, kalau tidak, tak menjadilah "teamwork"... gagallah group masing-masingkan, samalah seperti pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh"..

Bisnes Preview kali ini ramai pulak cikgu yang hadir... agaknya sebab cuti panjang kot. Saya ingatkan diorang dari Selangor/K.Lumpur je, tapi ramai dari Pulau Pinang dan Perak. Bila dengar pendapatan mereka, wowww!!! ribu-ribu RM seminggu....kalau macam tu pasti gaji mereka tak diusik langsung... fuhhh, hebatnya. Tak perlu saya tengok orang lain, pandang enroller (upline) saya cukuplah...dah terbukti dan tak boleh dinafikan... apa-apapun kita kena berusaha sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-rad ayat 11 ditegaskan : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ”.

Antara leader yang dapat saya temui ialah;

En. Nur Salehin (Jutawan Vemma Asia)
En. Nam Rong
En Razrul Anwar Rusli
Pn. Zainita Hussain (enroller en.zaki)
Rasa bertuah sangat dapat jumpa diorang "face to face"... bayangkan diorang ni pendapatannya puluhan ribu RM seminggu, macam tak percayakan... tapi itu lah kenyataan dan bukannya mimpi atau angan-angan Mat Jenin jer...


Nak keterangan lanjut silalah klik di sini : e-bizzaki.blogspot.com.

Motivasi diri saya:
 "Wang bukan segala-galanya, tetapi kini segala-galanya perlukan wang".

 Cikgu ni nak jugak kaya.... hihihi,

Jumaat, 4 Februari 2011

Gulai Tempoyak Ikan Talapia versi cuti CNY 2011

cuti-cuti malaysia.... duk kat rumah jer nampaknya... seronok jugaklah sebab complete bertiga... klu tak, mesti tak cukup sorang... semalam balik kampung sekejap, projek pancing ikan kat rumah mak mentua (Kg. Sg. Machang Ulu, Lenggeng)... masak ikan tu kat rumah abah saya (Kg. Tarun, Ulu Beranang)... kat rumah abah, adik-adik pompuan saya balik kampung. kalau diorang ada, baru seronok masak ikan yang dipancing ni... meriahhh!!!

mula-mula saya bercadang nak masak gulai je ikan talapia tu.. tapi adik bongsu saya cadangkan masak tempoyak aje ikan-ikan tu... sebelum nak masak bahan-bahannya kena check dulu... tempoyak, daun kunyit, serai dan lada api... ooo semuanya lengkap. yang best, semua bahan itu tak perlu beli, ambik kat belakang rumah jer... itulah kelebihan dok kat kampung kan... hehehe, seronoknya... makan ramai-ramai. sapa yang sambut tahun baru cina ni? diorang ke kami???... apa-apa ajelah, asalkan dapat berkumpul masa cuti-cuti malaysia ni kan... anda lihatlah ikan talapia yang en.zaki pancing... tapi tak berapa terkezut sangat. sebab dah pasti ikan rentap pancing dia... teringat kata-kata arwah mak saya, "mancing dalam kuali"... mestilah dapat ikan... betul tak?
~Ikan pertama yg en.zaki pancing...~
~..cantik jer ikan ni posing....~
~ ikan ke 3, en.zaki jugak pancing.... saya tukang tengok jer... jurufoto mana boleh pegang pancing...hi3~
~ 3 ekor ikan talapia sedang meeting tergempar....berbincang pasal menu yg sesuai dgn selera kitaorg...~
~sila cari benda yang tersembunyi di sebalik rumput...suka temankan org pi mancing..~
~hahahahaaa, noni dah kantoiii.... tak sempat nak menyorok...hihihi~
~ ... ohhh, si jantung hati... oooo... silap, silap... ni jantung pisang kat tepi kolam tu... klu rebus sedap buat ulam ni.~

Itu je kisah menarik kali ni... yang penting, talapia dah jadi masak tempoyak... opsss lupa nak ambik gambar gulai tempoyak tu...(saja je tak letak kat sini, supaya korang tak meleleh air liur nengoknya...) ;-)

Selasa, 1 Februari 2011

Muka masuk suratkhabar...

Oooo ya, saya lupa nak cerita tentang muka saya dan rakan2 alumni sekolah menengah saya dah masuk suratkhabar Sinar Harian Edisi Melaka/N.Sembilan pada 25 Januari 2011 yang lepas. Cerita pasal reunion yang kami buat pada 19 Disember 2010 dulu... lama ek baru nak keluar, tapi sayangnya saya tak dapat menatap suratkhabar tu kerana kat tempat saya mana de jual suratkhabar edisi tu... huhuhu... dapat tengok kat fb jelah nampaknya..

Perancangan untuk mengadakan majlis reunion ini bermula daripada pertemuan pertama kami pada 7 Jun 2010... selepas itu disusuli dengan beberapa kali mesyuarat AJK Penaja. Pada 31 Julai 2010, Majlis Perasmian dan mesyuarat perlantikan AJK Alumni untuk sesi 2010/2012 pula diadakan... maka dengan itu dapatlah dilaksanakan Majlis Reunion ini buat julung-julung kalinya... semoga selepas ini akan ada lagi pertemuan seperti ini, tapi biarlah orang lain pulak yang mengelolakannya... kitaorang pulak jadi tetamunya... hehehe... alangkah best kalau camtu... sabar jelah S/U...

Alhamdulillah saya dah jumpa apa yang saya cari, walaupun tak semanis yang saya harapkan... tapi cukuplah sekadar mengenang kembali memori yang jauh telah ditinggalkan... dalam suka tetap ada dukanya... Allah sahaja mengetahui apa yang telah saya lalui... Syukur, Alhamdulillah....pengalaman mengajar saya supaya bertambah matang menjalani kehidupan ini... sesungguhnya saya tidak pernah lagi teruji seperti ini... ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...

Pertemuan dan perpisahan adalah di atas ketentuan Allah jua,
Maafkan saya kepada sesiapa yang berkenaan...

Sabtu, 22 Januari 2011

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?

Bila saya baca artikel ini "Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?" @ iluvislam.com, hampir keseluruhannya terkena kat diri saya... saya suka mengalah sebelum berjuang, saya tak berani nak mencuba sesuatu perkara...(yang baik-baik ajelah...).

Perenggan kat bawah ini memang tepat sekali kena kat diri saya.
"Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa  ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di  dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula.  Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh  kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih  rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi  spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar  daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar".

Ayat "daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar", ini tak ada kena mengena dengan saya ye... saya nak berubah daripada seorang yang mudah mengalah kepada seorang yang berani berjuang...macam nak pi medan perang pulak kan... saya ni cepat sangat nak mengalah, suka sangat memandang rendah kemampuan sendiri, selalu sangat fikir orang lain lebih hebat...tiada keyakinan diri.. hehehe. Simptom-simptom Inferiority Complex tu banyak sangatlah...Adoiii, penat nak layan perangai saya ni...entah bilalah nak berubahnya.

(Adik ni macam perangai saya je.... suka sangat sedih-sedih, sensitif je jiwa tu... huhuhu - Gambar drpd album Google)

Mari membaca;
Sila klik link ini "Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?" untuk bacaan yang lebih lanjut..


Suka membaca,