Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadhan yang sepi...

sepi aje Ramadhan kali ini... tak meriah macam Ramadhan 2010 nan lalu... lebih terasa bila anakanda tercinta tiada di sisi ketika waktu berbuka dan juga bersahur. dia kini tinggal di asrama nun jauh di Kuala Kubu Bharu.. kalau kat Kajang, Bangi, Nilai atau Seremban, gerenti tiap-tiap minggu dapat berbuka dengan dia... sob, sob, sob.. cik abang plak manjang OT jer, tapi nak buat camana... itu dah tuntutan kerja dia.

Minggu lepas, cik abang dapat berbuka di rumah pada hari Isnin dan Jumaat... Selasa, Rabu dan Khamis, saya berbuka sensorang ...hari  Selasa rasa sebak semacam, Rabu... airmata mula bergenang tatkala mengadap makanan dan bila tiba hari Khamis (hari ke 3 berbuka sensorang)...langsung tak ada selera nak berbuka... tapi paksakan juga memakan 3 biji kurma dan 1 mug air milo suam. pastu terus solat maghrib. Makan nasi tunggu cik abang balik...emmm hampir 11 malam jugaklah.

Jumaat, dapat berbuka kat rumah mak mentua... Sabtu, berbuka kat rumah abah... Ahad dan Isnin, saya berbuka kat rumah jer dengan cik abang.. hari ini Selasa... saya berbuka sensorang semula... hari ni saya berbuka dengan 3 biji kurma, sepotong tembikai dan 2 gelas air kosong (suam)... pastu solat maghrib. hampir 10.45 malam, ketika menyediakan makanan di meja... hati saya rasa sebak sangat... airmata macam nak mencurah-curah jer, tetiba terdengar bunyi kereta cik abang masuk porch... emmm selamattt. airmatapun dapat ditahan... tak jadi nak keluar... jimat..

Macam-macam yang difikirkan sebenarnya... tak tahulah nak citer camana.... yang pasti Ramadhan kali ini cukup berbeza suasananya daripada tahun lepas...terasa sangat... (haiii sebaklah pulak... adakah semua ini salah saya, menyebabkan mereka menjauhhh??? emmm, persoalan yg masih tidak ku temui jawapannya).
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh semua dugaanMu ini...

Ramadhan 2010 yang sentiasa diingati dan amat dirindui,
Erti sebuah keakraban... yg kian menyepi dan beransur pergi.



Ahad, 7 Ogos 2011

Malas !!!

sejak kebelakangan ini, saya rasa malas nak update fesbuk... sebelum ni, saya suka sangat update status fb.. kalau tak ada idea... saya akan tepek lagu (lagu jiwanglah...), artikel, petikan, peribahasa, pantun atau apa sahaja bahan yang boleh dikongsi dengan teman-teman fb. adakalanya dalam masa sehari, 3 atau 4 kali saya update... hihihi gila kentang betul kan. hinggakan ada sahabat lama saya beri gelaran kat saya "Queen of Facebook".. banyaklah dia punya queen..

tapi kini, saya rasa hilang selera nak buat tu semua.. bagus sangatlah Ramadhan tiba... ada alasan untuk saya merehatkan fb saya tu.. ada ketikanya, saya rasa nak tutup jer akaun fesbuk saya tu... delete terus.. tak perlu lagi nak ber"fesbuk" macam dulu-dulu... tapi kawan-kawan rapat saya tak beri saya tutup fesbuk tu... lagi satu, dalam fb tu saya dah ciptakan (create) group untuk alumni sekolah menengah saya dulu... kalau saya delete fesbuk saya, tentu ahli-ahli alumni tu marah kat saya kan...menyesal pulak saya cipta group tu, hah kan susah... bukan setakat group alumni tapi group AJK Alumni pun ada jugak...
Aduhhhh!!!  Menyesalllll nyerrr.....

Teringinnya saya nak kata "Good Bye for my friends FB"

Yang terguris tak nampak di mata, Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata, Tahan sebak di dada...
"...pertemuan dan perpisahan di FB...
akan ku kenang hingga ke akhir garisan..."

Isnin, 1 Ogos 2011

Pelancaran Bulan Patriotik sekolah saya..

Tarikh:   1 Ogos 2011
Tempat: Dataran Perhimpunan SK Bandar Rinching

~ dek kerana banner ni berat, terpaksalah disangkut camtu... patutnya diikat kat belon-belon tu...~

~ upacara perasmian oleh Puan Guru Besar....~

~ eeeee.... sayangnya nak lepaskan....~

~ naiklah tinggi-tinggi belonnnn.... kata kak Ina si baju ijau...~

~ belon-belon lepas bebassss.....terbang RM.....~

~ tukang sorak..... yg hujung tu tukang intepremmm.... ~

~ MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKAAAAA!!!!! ~

Tapi, benarkah kita sudah merdeka??? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.....

Khamis, 28 Julai 2011

Touching plaklah...

Entah kenapa... kali pertama saya mendengar lagu ini, hati terasa sayu dan sebak jer... sebelum tu saya dah tengok tajuk lagu ni kat dalam fb kawan2, tapi tak terlintas plak nak dengar masa tu.. minggu ni plak hati tergerak nak dengar lagu ni... apalagi, kliklah... emmm, sungguh puitis lirik lagu ini dan bersesuaian plak dengan suara Stacy.. mula dulu ingatkan lagu rentak ala2 rock.. atau meneran2 tu.. rupa-rupanya silap anggapan saya.. suka pulak dengar..(hihihi... kalau dah jiwang tu, jiwang jugaklah..)

Ini lirik lagunya... (kalau nak dengar lagunya, cari jer kat Youtube... melambak.)

Kisah Dongeng; Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

"Cintailah aku dengan seadanya"...

Selasa, 7 Jun 2011

Hari Lahir...

4 Jun 2011 hari lahir suami saya; en.zaki...
dalam sibuk kami menguruskan kenduri Apez,
dapat jugak saya "melarikan diri" pergi membeli kek harijadi...
kesempatan yang ada jangan dibazirkan... betul tak?
kali ini terasa seronok sungguh... sebab dapat meraikannya...
bersama adik-beradik beliau
dan lebih utamanya anak-anak saudara suami..
yang seramai 12 orang tu...
bukannya selalu dapat berkumpul macam ni...
kebiasaannya kami sambut bertiga beranak jer...
tak meriahkan...
bila dah berkumpul beramai-ramai ni,
sekejap jer kek sebesar itu licin...
berbaloi-baloi dan tidak membazir.

~ tengok tu, anak sedara majoritinya lelaki....~
semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan...
 dan semoga menjadi anak, suami dan abah yang soleh...
semoga berbahagia dan berjaya di dunia hingga ke akhirat.

Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan hidup saya,
semoga kesilapan yang pernah kita lakukan
tidak akan berulang lagi...(apa-apa kesilapanlah...)

Perancangan yang Allah aturkan untuk kita,
adalah yang terbaik untuk kita...

Isnin, 6 Jun 2011

Kawin 3 hari 3 malam...

~selepas majlis akad nikah 3 Jun 2011...~
Pada 3 Jun 2011, termetrilah sebuat ikatan perkahwinan antara adik ipar saya Apez dengan Erawati... makin bertambah ramailah ahli keluarga saya. Majlis perkahwinan ini bermula dengan kenduri doa selamat dan bacaan Yasin pada malam hari Khamis (2 Jun), seterusnya Majlis Akad Nikah berlangsung pula pada petang Jumaat (3 Jun) di rumah pengantin perempuan di Kg Rinching Tengah, Semenyih, Selangor. Sabtu, Majlis Bersanding di rumah pengantin perempuan dan Ahad pula Majlis Bersanding di rumah pengantin lelaki (rumah mak mentua saya lah...). Fuhhh, lama betul kenduri kawin kali ini...apa taknya 3 hari 3 malam... cayalah.

~selamat pengantin baru, semoga rumahtangga yg dibina sentiasa dirahmati Illahi~.
Memang penat sungguh berbeza dengan kenduri kawin adik beradik yang lain, mungkin sebab 3 hari agaknya kan... lauk pauk pula hinggakan 6 jenis (rendang daging, ayam masak merah, gulai nangka + ayam, gulai rebung + perut, masak lemak umbut kelapa dan kari kambing)...tak termasuk dengan pencuci mulut (buah tembikai dan tapai pulut)...Alhamdulillah lauk pauk sangat mencukupi...

Terima kasih kepada para jemputan... jika ada terkurang tu, harap dimaafi... adatlah kenduri kawin ni, tentu ada terkurang terlebihnya... Untuk kedua mempelai, selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kasih sayang dan persefahaman... terimalah pasangan kita seadanya, jika ada keburukan masing-masing... sama-samalah memperbaikinya... berubah untuk kebaikan satu hijrah yang sangat bermakna.

Tercatatlah sebuah sejarah...