Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 18 November 2011

Alumni oh alumni...SMAA oh SMAA

saya baru jer selesai upload 3 buah album gambar alumni kat group fesbuk alumni saya... bila lihat gambar2 tu hati saya rasa sebak sangat... terbayang semua kenangan yang telah tercipta di sebalik gambar2 itu... dah hafal dalam ingatan ini... tergambar suasana ceria, riang dan gembira ketika itu... tenaga dan semangat seperti berpadu antara "geng pencetus idea"... bak kata orang langkah sama sederap, kalau senyum tu sama terukir di wajah masing2... rasa seronok jer bekerja dalam satu pasukan yang punya semangat berapi-api ketika itu..

tapi kini... saya rasa semuanya dah berubah... tiada lagi geng pencetus idea yang sudi sama-sama seiring sejalan dengan saya... saya nak kumpulkan AJK untuk bermesyuaratpun kini terasa amat payah... bila saya hantar sms utk memaklumkan tarikh2 cadangan untuk mengadakan mesyuarat, ramai AJK yang tak respon sms itu... dalam ramai2 AJK tu, cuma ada 3 @ 4 org jer yg sudi membalas sms saya... hati mana yang tak sebak, perasaan siapa yg tak terguris... sms saya tu macam sampah jer kot.. bila situasi begini sering berlaku, terniat kat hati ini untuk meletakkan jawatan... camana kita nak bekerja sepasukan jika orang dah tak suka dengan kita... pasti semuanya pincangkan. mungkin sudah tiba masanya utk saya berundur kot.
Bagaimana pandangan anda semua, wajarkah saya meletakkan jawatan pada ketika ini? Buntu rasanya fikiran ini, nak kongsi dengan siapapun saya tak tahu... ada ke yang mengerti dengan perasaan terluka yang saya pendam hampir setahun ini??? Dah cukup byk airmata ini tumpah kerana alumni... kerana alumni juga saya hilang beberapa orang kawan... yang tak pernah saya mimpikan utk berada dalam situasi yg cukup tidak selesa ini...

Ya Allah, Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan mengharungi liku-liku ini... Kau tabah dan kuatkanlah hati ini, hati yang kini mudah sangat retak dan terlukanya... Jauhkanlah aku drpd mudah berputus asa yg selama ini tidak pernah kurasai.. Adakalanya aku terasa sangat lemah melawan perasaan ini...  

Selasa, 15 November 2011

Hipokritnya...

Hipokritnya... ahhhhhhh hipokrit sungguhhh!!! sapa ek... sayalah. sapa lagi... dah 4 bulan setengah saya berlakon jadi hipokrit ni... ehhh apa hipokrit tu??? Berpura-pura... ya, saya hanya berpura-pura!!! saya kata saya tak rindupun kat dia, tapi hakikatnya saya rindu giler kat dia... rindu sangat sangat... 18x, 27x...(dalam radio sinar fm tu kata berapa kali ek, lupalah...)
Bila dia sms, kata dia rindu kat saya... saya jawab; mesti dia rindu nak gaduh dengan saya... saya buat tak layan jer ungkapan rindu dia tu... sedangkan saya sentiasa merindui dia di setiap detik nafas ini... cuma saya tak mahu tunjukkan tahap rindu ini kat dia... hipokritkan saya... sob, sob, sob...
Zafirah... manis namanyakan.. ia dialah yang amat saya rindui di saat ini... ingin kukucup pipi gebunya, ingin kudakap dia dalam pelukan manja ini... satu-satunya zuriat yang saya ada...zuriat yang saya lahirkan tatkala saya berusia 23 tahun... belum pernah kami berpisah sebegini lama...(paling lama pernah kami berpisah selama 4 hari 3 malam ketika saya kursus Biro Tatanegara dulu)...
Mulai 4 Julai 2011 dia menjadi pelajar di Kuala Kubu Bharu, Selangor yang memerlukan dia tinggal di asrama... bayangkanlah selama ini dia sentiasa berada di sisi saya 24 jam... ke mana pergi kami sentiasa bersama. Kerinduan ini sangat-sangat mencengkam sepanjang minggu ini, iaitu selepas dia balik ke hostel pada hari kedua Raya Qurban yang lalu...
Petang raya pertama tu (Ahad) saya mula demam selsema.. esoknya (Isnin) saya tak dapat hantar dia balik ke hostel kerana demam saya makin bertambah.. selasa saya mula diserang asthma... ingatkan asthma sikit-sikit jer macam dulu-dulu, rupanya makin teruk pulak pada hari rabu. khamis (10 Nov) sepatutnya saya dah kerja..tapi asthma makin kuat, terpaksa saya mendapatkan bantuan gas di klinik kerajaan yang berhampiran... kena 2 kali pulak tu... doktor nasihatkan saya supaya mendapatkan rawatan di Hospital Kajang jika malam tu nafas saya masih berbunyi juga..... (ohhh, hospital???? no, no, no..)....jumaat, sebelah malam saya ke klinik swasta plak.... apalagi sedut gaslah (cam angkasawan jer rasanya)... susah sangat nak bernafas, siang malam nafas tu berbunyi... pi klinik semuanya sendiri...cik abang kerja dan dia memang sangat bizi hingga 18 Nov ni...).
Ketika inilah saya sangat mendambakan anak dara saya tu, jika dia ada... dia akan memastikan time saya makan ubat... paksa saya minum dan makan roti... dia sanggup cuti sekolah sebab nak temankan saya. bila dia tak ada kat rumah hati rasa sayu dan hiba sangat... saya sebenarnya cuba merahsiakan asthma saya kali ini... tapi hari tu dia call, dia dengar suara saya lemah... dia tahu saya tak sihat. Alamak kantoiii... maka berderetlah sms dia lepas tu... kalau boleh saya tak nak dia tahu, sebab saya tahu emosi dia bukannya "kuat" sangat... nanti dia menangis kat sana... kawan-kawan dia beritahu saya, dia kuat menangis.. sebabnya??? (emmmm macamlah tak tahu... teringat kat ibulah... teringat masakan ibu, nak peluk ibu, nak bercakap dengan ibu... itu semua yang menjadikan saya terpaksa hipokrit kat dia...)
Lewat malam tadi dia sms, biasalah citer macam-macam hal dia kat sana... ceria nampaknya.. pesanan suruh makan ubat, mesti tak tinggal. pada sms yang terakhir saya tulis "I miss you"... saja guna words tu, cuba nak selindung lagik pada dia... dia balas kembali sms tu rupanya.... emmmm bila baca sms terakhir dia tu, air mata ni dah tak boleh nak tahan-tahan lagi... berguguran dengan penuh rela bersama hembusan rindu ini (nasib baik abah dia belum balik lagi....layannn)..
p/s: Lepas demam ni, saya suka sangat layan nasyid Muhasabah Cinta - Edcoustic...
      Liriknya amat puitis dan bermakna sekali...
      "Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
       Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini... Ya Illahi
Maafkan ibu, andainya kau tak bisa mengerti erti rindu seorang ibu...

Khamis, 3 November 2011

Biarlah...

saat-saat mengulangkaji di waktu sebegini yang sunyi dan sepi, saya suka ditemani oleh Suria FM... hilang juga rasa mengantuk ni. heran ke kalau study dengar radio cam saya buat ni??? sesiapa yang tak biasa mungkin rasa cam pelik jer kan... tapi bagi saya kalau dah syok sangat study tu, kita tak perasanpun apa yang diperkatakan kat dalam radio tu... khusyukkk.
tapi sebentar ni telinga saya dapat menangkap bait-bait lirik lagu Geisha "Cinta dan Benci"... (agak-agak saya khusyuk ke study  malam ni??? hihihi...teka jerlah sendiri). Inilah lirik yang mengusik jiwa saya...
"sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
"
emmm betullah tu, saya tak mampu nak membenci "dia"... sampai bila-bilapun rasanya saya tak mampu dan tak mahu untuk membenci diri dia... walau apapun yang dia buat kepada saya... biarpun dia cuba seakan-akan menjauhkan diri daripada saya, dah tak nak sms atau menjawab panggilan daripada saya... suka hatilah... buatlah. andai itu yang mengembirakan hati dia...
biar hati saya robek sekalipun, saya tetap sebegini. yang sentiasa ikhlas dan jujur  bersahabat dengan dia... jika dia tidak jujur dan tidak ikhlas pada saya, biarlah... tiada hak saya untuk memaksanya. saya tetap ingin
bersahabat dengannya... andainya hasrat saya ini menyebabkan dia membenci saya... saya rela untuk dibenci, untuk dihina demi sebuah persahabatan. walaupun saya tahu dia kini tidak lagi menghargai persahabatan ini.

redha dan tabahlah Dilla...
sesungguhnya kehadiran dia telah mewarnai hidupmu.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Jeleskah???

Jeleskah saya??? Jelesss... cemburu... emmm sejak bila pula saya ada penyakit ini ye??? musykil, musykil... zaman bercintapun tak ada perasaan camni... dulu, perkataan tu tak wujud sebab saya percaya 100% kot. Tapi perlu ke saya jeles kat insan yang tak sepatutnya saya jeles... siapa saya? apa hak saya?? sebagai sahabat, perlu ke saya rasa sebegini??? Emmm entahlah...
Mungkin perasaan ini timbul sebab saya rasa tersisih kot... sebab saya ada rasa seperti pepatah Melayu menyebutkan; "bila ada rotan, akar dilupakan... bila ada gading, tanduk dilupakan". Mungkinkah saya ini akar dan tanduk itu??? yang sering dilupakan kehadirannya... ataupun mungkin kehadiran diri ini tidak diperlukan lagi... tambahan pula ada statement yang menyatakan "Ikhlas Tapi Jauh"... mungkin saya telah berada jauh dari hati dia kot...ialah ikhlasnya pun dah jauh, sedangkan ikhlas saya sentiasa dekat... tak pernah berubahpun, dari dulu hingga kini... sama jer. 
Tapi hakikatnya saya tahu, saya mengerti, saya sedar dia kini telah dikelilingi ramai teman dan sahabat... saya dah tak diperlukan lagi... tak macam dulu. kiranya kini saya tak wujudpun, dia tetap gembira... mungkin lagi ceria agaknya... tambahan ada plak kawan "comel" dia tu... siapalah saya ni. walaupun sahabat saya ramai, tapi pada saya dia keutamaan saya... saya rasa dia tahu hakikat ini...
Rasanya... sudah tiba masanya saya terpaksa rela, "menghilangkan" diri ini buat selamanya.. agar dia terus bahagia tanpa saya, yang banyak menyusahkan hidupnya selama ini. Walaupun pada hakikatnya saya cukup menderita dengan keputusan ini, kerana saya akan kehilangan sahabat terbaik saya... tempat saya meminta nasihat, pandangan dan pemberi semangat...malah pencetus idea pada saya.
Maafkan saya... andainya perasaan ini salah menduga... tapi apa yang saya rasa saat ini, saya telah kau sisihkan dari sisi hidupmu, telah kau buang jauhhhhhhh... saya seperti orang yang tak pernah kau kenali... mungkin saya tidak lagi "kelakar" macam dulu, yang boleh menghiburkan hatimu... Maafkan saya...jika saya bukan seperti yang kau harapkan... Betulkah, sekali air bah... sekali pantai berubah??? tapi saya tak berubahpun...cuma rasa sangat kehilangan jer...
Sahabatmu yang rasa amat terpinggir dan tersisih....
(sedaya mungkin untukku bertahan... namun tak mampu)

Ahad, 23 Oktober 2011

Sibukkk...



 weyyy... teruknya gambar ni kan... emmm ni sibuk ke serabut??? hehehehe... 2 minggu ini saya memang sibuk sangat. Sibuk sebab;
1) nak uruskan beberapa kerja kursus (assignment) saya yang belum siap sepenuhnya...
2) nak baca buku untuk persiapan peperiksaan semester 1 saya...(tinggal 2 paper major jer lagi...)
3) nak uruskan hal murid-murid saya, mereka pun menghadapi peperiksaan akhir tahun...
terasa letih sangatlah... yang paling tension ketika buat rakaman video saya mengajar..(makro teaching). situasi semasa rakaman pertama; saya mengajar bagai nak 'rak', perasan habis... syok sendiri...lembaran kerja panas-panas lagi, powerpoint ke main mantap dengan pelbagai gambar... murid-murid memang murid sendiri.. lagilah seronok. bila dah habis rakaman, playback semula... hampehhh!!! tak ada apa-apapun yang dirakam... salah tekan button gamaknya... ohhhh bagai nak meraunggg dibuatnya...(meraung dalam hati jer... sampai sakit kepala jadinya)..apa taknya, minggu lepas minggu peperiksaan akhir tahun... camana nak buat rakaman video tu..
entah macam mana dapat lak idea nak pinjam murid petang... tapi diorangpun peksa jugak... apalagi berlarilah saya melihat jadual peperiksaan sesi petang... emmmm alhamdulillah, ada kelas yang free pukul 4 hingga 5 petang tu.. maka rakaman keduapun dilakukan dengan jayanya petang tu... syukur alhamdulillah... seronok murid-murid tu sebab "cikgu" baru lak yang mengajar mereka..murid-murid tu nampaknya  "bidan terjun" projek saya... hehehe Ribuan terima kasih kepada semua murid dan guru-guru yang telah terlibat. Jasa kalian akan kukenang sampai bila-bila.
Alhamdulillah dan syukur semua urusan saya selesai pada petang Jumaat 21/10/2011 dengan lancarnya... aman damai jer dalam hati... tambahan anakanda tersayang balik ke rumah pulak malam tu... lagilah seronok rasanya... lepas ini saya nak pulun me'rait' kertas peksa murid-murid pulak... senang aje tu (2 kelas jer yang kena 'rait'..hihihihi).... 
hati berbunga-bunga ceria,

Jumaat, 14 Oktober 2011

Ulangkaji Suria Cinta...

eheh entri saya ni betul ke salah??? Suria Cinta??? subjek baru ke... hehehe... bukanlah. Suria Cinta tu rancangan/program kat Suria FM tu... program tu pun saya tau daripada si admirer saya... malam persandingan angkasawan negara kita menjadi detik saya mula mengenali suria cinta... best jugak rancangan ni, naknya kalau kita jenis lewat tidur... bolehlah layan, pastu angauuuu... teringat kisah zaman cintan cintun... opsssss saya bukan nak citer pasal ni, sambung kat perenggan bawah ek...
sebenarnya saya nak citer, Suria Cinta sekarang ni jadi peneman saya buat assignment... yang bestnya dapat layan melalui online jer, senang sikit. Minggu ni jadi teman saya tatkala saya mengulangkaji pelajaran... saya nak exam sabtu ni... buat pertama kali exam untuk semester 1... harap-harap berjayalah hendaknya... persiapan ulangkaji pun ala kadar jer... belum dapat nak fokus lagilah... camana ni? Insya Allah semester depan saya buat lebih baik dan lebih bersedia lagi daripada tahun ini... Insya Allahhhhhh....  Teman-teman doakan kejayaan saya ye...
Terima kasih Suria Cinta, semoga cinta kita sentiasa disinari Suria...hek3