1) Kes H1N1 :
Alhamdulillah aku sihat sepanjang hari ini. Awal pagi sebelum aku pergi menghadiri Bengkel DOSR di PPD Hulu Langat, aku singgah sekejap kat sekolah. Berita gempar pagi ini 2 org pelajar sekolah aku positif H1N1.. abg dan adik. Alahai si abang merupakan murid aku di tahun 6D..minggu lepas dia sekolah, tak perasan pulak dia tak sihat. Kawan dia yg lain ada le yg selsema, tp dia sihat aje aku tengok.( aku tak perasan kot..) Mengelabahlah guru-guru sesi pagi. Moga tak ada lagi murid2 aku yg dijangkiti virus ini. Ya, Allah kau jauhilah kami daripada penyakit2 seperti ini. Hanya Kau tempat kami memohon perlindungan. Amin..
2) Bengkel DOSR:
Pagi ini aku berbengkel di PPD H/Langat bersama geng-geng Data kitaorg. Terlambat sampai, tapi lewat 5 min drpd Malisa SK Bdr Tasik Kesuma dan awal 15 min drpd Faezah SK Semenyih. Nasib baik dpt duduk sebelah Su SK Beranang, selamat sikit sebab dok sebelah depan. Tapi malang sikit sbb air cond kurang berfungsi.
3) Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia:
Tengah2 pening membengkelkan Data DOSR, dpt sms drpd kak Mazeeta memaklumkan berita ini. Terima kasih kak Eita. Aku termangu seketika, begitulah perjalanan hidup kita yg bergelar insan. Setiap yg hidup pasti akan mati. Al-Fatihah utk Ustaz Asri yg telah memartabatkan irama nasyid di Malaysia. Semoga Allah menempatkan beliau bersama-sama org2 yg beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih, sila catat lagi!