Ilmu Itu... Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ~Al-Ghazali~
Al-Quran
Ahlan Wa sahlan...
Ahad, 4 Oktober 2009
SELAMAT HARI JADI
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ALLAH.
HARI INI MERUPAKAN HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AKU.
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUPKU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGANYA KEPADA
ABAH (HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. HUSIN) DAN ARWAH EMAK (HAZIZAH BT NGAH ABDULLAH).
DOAKU UNTUK MEREKA;
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemuliaan-Mu, keampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul 'Alamin..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih, sila catat lagi!