Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 23 Disember 2009

Peristiwa 21 Dis 2009.


Hari ini birthday abah yang ke 70 tahun. Kami adik-beradik mengadakan sedikit jamuan untuk meraikannya. Selepas solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh abah, kami makan malam dulu. Lepas tu barulah acara potong-memotong kek (bukan memotong gotah yo!).

Cucu-cucu berebut-rebut nak meniup lilin...
semua dah standby; Aqilah, Farisya dan Adib Aliesya.


Abah terpaksa meniup lilin atas permintaan cucu-cucunya.. lebih-lebih lagi si Fatin. Tengok mulut dia tu..beriya-iya meniup. Kalau tak, tentu kecoh jadinya.


Tengok tu... dah ada yang nganga mulut. Duduk atas mejapun ada.


Makan kek ke marah mak kecik 2 orang ni. Oppss, marah ambik gambar candid kot.
Ini Aqilah (berbaju kurung) dengan Farisya (berbaju oren).


Kek yang telah disponsor oleh Mak Uda..(sempat jugak mak labu ni beli kek masa balik kerja).


Aktiviti makan-makan nasi beriani sebelum acara melapah kek (teringat raya korban lagi).
Nasi beriani disponsor oleh Mak Ngah dengan Mak Busu, sambil dibantu oleh Mak Long dengan Mak Uda. Kerja-kerja yang lain dibantu oleh Pak Long. Ahli yang tak dapat hadir bersebab; Pak Ngah (kerja), Pak Andak (kerja) dan Pak Busu (meeting).
AJK Kecil semua hadir.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga abah sihat sejahtera, murah rezeki, dipanjangkan umur
serta diberkati dan dirahmati Allah selalu.
(Maaf hadiah kami tu tak boleh nak balut, besor sangat).

Moga kita dapat menyambut acara di tahun depan 2010;
Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!