Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 22 September 2010

Minggu-minggu airmataku...

Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi menziarah blog saya yang tak seindah mana ni... Saya cuma ingin berkongsi pasal emosi saya minggu ini. Tak tahulah saya mengapa minggu ini bermula dari hari Sabtu lepas hingga hari ini, airmata saya masih tak kering lagi. Mudah sangat menitis dan mengalir laju... Sebak di dada semakin bertambah diiringi dengan kesunyian dan kelukaan yang makin mendalam.. Kenapa saya semakin sensitif bab hati dan perasaan ini.

Susah nak digambarkan bagaimana rasanya, jika kita dilukai saban waktu hingga terasa hati kita makin kosong tak berjiwa. Sepi dan sunyi sangat, bila kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada insan yang kita sayangi. Kadangkala terasa diri ini seumpama pengemis cinta di tepi jalan. Kasih dan sayang kita yang utama sudah semestilah kepada Allah Yang Maha Esa, namun pada itu kita juga perlu merasai kasih sayang sesama manusia juga. Bohonglah kalau ada yang mengatakan dia tidak perlu kasih sayang insan lain...

Kadangkala terfikir juga di benak ini, "tak layakkah aku untuk disayangi, dikasihi dan dicintai? Hina sangatkah aku di mata mereka?".. Tapi bila sedar kasih sayang dan cinta itu tidak perlu dipaksa, hati mula reda semula dalam keterpaksaan menerima hakikat ini.. Sedar cinta yang ikhlas tak perlu balasan.. cuma keliru dengan kasih sayang yang pernah mereka lafazkan pada saya.. Adakah kasih sayang mereka hanya sekadar di bibir sahaja?? Atau hanya sebagai pemanis bicara dan penyedap hati... atau sekadar lakonan semata-mata.. Hanya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.. siapa saya untuk mengetahui rahsia Allah..

Sabarlah hati, tenanglah jiwa... pasti ada sinar untukku nanti. Insya Allah.

Rabu, 1 September 2010

Indahnya Ramadan...

Tajuk entri saya ini sangat menarikkan...Sememangnya Ramadan itu sangat indah, cuma saya ingin berkongsi kisah Ramadan ini dengan kehidupan saya... Bagi saya Ramadan pada tahun ini luarbiasa daripada Ramadan yang lepas-lepas. Lain sangat-sangat rasanya.
Pada kebiasaannya, saya berbuka puasa dengan ahli keluarga sahaja... dan tidak pernah lagi berbuka puasa bersama-sama teman persekolahan saya dahulu. Namun Ramadan 2010 ini, Allah telah kurniakan saya suatu pengalaman yang sangat bermakna.. Siapa yang tak gembira bila dapat berbuka puasa bersama teman -teman tersayang yang dah terpisah hampir 22/24/26 tahun...lama sangat kan..baru bertemu kembali tahun ni..
Saya bersama teman sekelas dan juga bersama 2 org senior saya ...
Situasi begini tidak pernah dijangkakan, diduga dan diminta pada Yang Maha Berkuasa...(tak tercapai dek akal saya..lebih-lebih lagi dapat berbuka puasa bersama insan2 yang teristimewa di hati ini...huhu...) Tidak pernah terlintas di hati ini akan dapat berbuka puasa bersama-sama mereka... Tanggal 27 Ogos 2010 menjadi tarikh yang bersejarah (cuti Nuzul Al-Quran bagi Selangor) dan pasti akan saya kenang sampai bila-bila..Banyak kisah lucu yang terjadi.. Pada mulanya memang suspen, namun akhirnya membahagiakan..chewahhh...
Terima kasih tidak terhingga kepada teman saya Mohd Azhar yang sudi menaja "Pakej Ramadan Buffet" kami, semoga murah rezeki hendaknya. Tidak ketinggalan juga buat abang Ramli, Khairani, Kak Nafsah dan Shima ... Terima kasih juga buat Shima di atas pemberian pudingnya yang sangat sedap...(pergi berbukapun dapat hadiah pulak..) Kenangan di Empress Salak Tinggi, Sepang sangat berharga ..kerana kebebasan itu sangat terbatas  buat saya.. Alhamdulillah.. jika dah rezeki kita, ia takkan pergi ke manapun..
Adakah kita akan bersama lagi pada Ramadan yang akan datang??? Insya Allah dan tungguuuuuuu....


Syukurku PadaMu Ya Allah...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ampuni Aku Ya Allah !!!


Tak tahulah kenapa minggu ini saya suka sangat mendengar 2 lagu/nasyid ni (link di facebook saya).

1) PadaMu Ku Bersujud (27/07/2010)..
Bila dengar lagu ni tak sedar airmata turun dengan lajunya... terasa banyaknya dosa yang telah saya buat dan terasa begitu jauhnya diri ini daripada Maha Pencipta. Rasa bahagia yang dipinjamkan pada saya kini, amat bermakna sekali tetapi kebahagiaan ini menjadikan saya rasa sangat berdosa pula. Sukar untuk saya luahkan di sini, bagaimana saya dibelenggu dengan 1001 persoalan dan tanda tanya, adakah kebahagiaan ini akan menjadi milikku selamanya atau sekadar singgah sebentar cuma.. Kebahagiaan yang belum pernah kualami dan belum pernah ku lafazkan sebegini...
Lirik yang sangat berkesan di hati ini:
"Kau tempatku meminta, Kau beriku bahagia, Jadikan aku selamanya, HambaMu yang selalu bertakwa, Ampuniku Ya Allah, Yang sering melupakanMu, Saat Kau limpahkan karuniaMu, Dalam sunyi aku bersujud".

2) Permata Yang Dicari 04/08/2010
Permata yang saya cari selama ini telah saya temui, namun sukar untuk diterima akal masih adakah peluang untuk memilikinya atau adakah saya hanya dipinjamkan sekadar untuk melihat dan merasai kilauannya sahaja... Ya Allah, Ya Tuhanku... dugaan ini amat berat dirasakan ketika dan pada saat ini...Kekosongan dan kesepian kini telah terisi cuma hadirnya telah terlewat namun amat membahagiakan... Salahkah anugerah ini terus saya rasai???...
Lirik ini begitu menyentuh perasaan saya...
"Ya Allah, Jika dia benar untukku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, Damaikanlah hatiku, Dengan ketentuan-Mu, Dialah permata yang dicari, Selama ini baru kutemui, Tapi ku tak pasti rencana Ilahi, Apakah dia kan kumiliki, Tidak sekali dinodai nafsu, Akan kubatasi dengan syariat-Mu, Jika dirinya bukan untukku, Redha hatiku dengan ketentuan-Mu".

Ampuniku Ya Allah, Yang sering melupakanMu,





Ahad, 15 Ogos 2010

Persatuan Bekas Pelajar SMAA/SMAD Klana 2010

Antara bekas pelajar yang hadir pada majlis ini.
Pada 31 Julai 2010 bersamaan 19 Syaaban 1431H, dengan rasminya tertubuhlah Persatuan Bekas Pelajar SM Agama Ampangan / SMA Dato' Klana Petra Ma'amor yang telah dirasmikan oleh Ustaz Solahuddin bin Abd Rahman, selaku Pengetua SM Agama Dato' Klana Petra Ma'amor sekarang.

Kehadiran bekas-bekas pelajar agak memuaskan juga. Walaupun sebenarnya, saya sangat berharap agar bilangan yang hadir lebih lagi daripada itu. Namun apakan daya masing-masing terikat dengan tugas serta agenda tersendiri yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi hadir pada hari ini. Setinggi-tinggi terima kasih jua kepada Ahli Jawatankuasa Penaja yang sama-sama terlibat dari awal perancangan hingga tertubuhnya persatuan kita ini. Sumbangan jasa dan idea anda sangat bermakna sekali. Tanpa sumbangan dan komitmen anda semua, pasti perancangan kita ini tidak akan berjaya dilaksanakan.

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik bagi sesi 2010/2012 ialah:
1)   En. Samsuri Ayob [Pengerusi]
2)   Pn. Hashimah Ibrahim [Naib Pengerusi]
3)   Pn. Nor Hadilla Hj Mohd Yusof [Setiausaha]
4)   Pn. Nor Hashima Hassim [Naib Setiausaha]
5)   En. Mohd Azhar Mohd Ali [Bendahari]
6)   En. Jamaluddin Mohd Dom [AJK]
7)   En. Mohd Zairi Hj Abd Razak [AJK]
8)   En. Mohd Yuzamry Hj Mohd Yusof [AJK]
9)   En. Nordin Mohd Tahir [AJK]
10) En. Asman Junid [AJK]
11) Pn. Fathiah Yusof [AJK]
12) Pn. Khairani Ismail [AJK]
13) Pn. Nafsah Kassim [AJK]
14) Pn. Nurul Aishah Jaafar [AJK]
15) Pn. Roslida Zainuddin [AJK]
16) En. Ramli Bujang [Pemeriksa Kira-kira]
17) Pn. Norhayati Musa [Pemeriksa Kira-kira]

Saya selaku setiausaha, sangat mengharapkan sokongan dan dorongan daripada semua bekas pelajar SMAA/SMAD Klana agar dapat membantu kami AJK Persatuan ini di dalam apa jua perancangan atau program yang akan dan bakal kita laksanakan nanti. Di samping itu juga, sama-samalah kita menjejaki bekas pelajar SMAA/SMAD Klana yang berjumlah seramai 15 ribu orang itu. Jika ada teguran ataupun cadangan, sila kemukakan kepada barisan AJK yang telah dilantik ini, supaya dapat diperbincangkan nanti.

Yang Menjalankan Tugas,

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam 1 Ramadan...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam 1Ramadan buat semua pembaca. Saya memohon ribuan keampunan dan kemaafan sekiranya terdapat tuturbicara saya, yang menguris hati dan perasaan pembaca semua selama saya mencoret di sini. 
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan. Semoga ibadah puasa kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita.. Insya Allah dan Aminnn...
"Selamat berpuasa semua... jangan ponteng-ponteng tau !!!".

Selasa, 3 Ogos 2010

Perginya Sebutir Permata SMAA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca..
Hari ini saya telah dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang bekas guru saya, semasa saya belajar di SM Agama Ampangan dahulu. Semalam saya menerima perkhabaran bahawa Ust Badaruddin [Ust Badar] koma di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Oleh itu, saya bersama teman baik saya Khairani bercadang untuk melawat beliau di hospital pada hari ini jam 4.30 petang. Namun pada pukul 11.11 pagi tadi, saya mendapat sms daripada sahabat saya Zarina Zuber, memaklumkan bahawa Ust Badar telah kembali ke rahmatullah. Saya terkedu seketika, kerana hasrat saya untuk berjumpa beliau ketika hayatnya tidak kesampaian. Hanya Al-Fatihah yang mampu saya sedekahkan ketika itu.

Saya mengenali beliau semasa saya tingkatan 3, beliau mengajar Bahasa Inggeris. Arwah sangat dikenali terutama di kalangan pelajar-pelajar Aspuri. Apa tidaknya, beliau sangat perihatin bab stokin dan tudung kami.. sentiasa memesan supaya kami memakai stokin kaki dan bertudung labuh.. Kadangkala bila terserempak dengan beliau, otomatik ada yang menyorokkan kaki masing-masing daripada pandangan beliau.. terutama pada sesiapa yang tidak berstokin..Ust Badar sungguh sinonim dengan kisah stokin dan tudung labuhnya oleh semua pelajar puteri.

Pukul 3 petang, saya dan Khairani sempat menziarahi jenazah allahyarham ustaz di Taman Paroi Jaya bersama beberapa orang sahabat yang lain. Antaranya kak Hashimah Ibrahim, kak Fathiah Yusof, kak Nafsah Kassim, Asman Junid dan Mohd Azhar Mohd Ali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah. Ustaz sentiasa segar dalam ingatan kami, perginya sebutir permata SMAA.

Suasana di perkarangan rumah arwah Ust Badar di Taman Paroi Jaya, Seremban. (Ust Hj Kassim berjubah putih).
Pergi tak kembali...
Terima kasih Ustaz di atas segala tunjuk ajarmu, Al-Fatihah.