Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 13 Oktober 2011

"IT HURTS TO LOSE SOMEONE WHO'S MADE YOU FEEL SO SPECIAL"...

best tak entri saya hari ini? cakap omputeh sesekali bolehkan...
suka sangat dengan ayat tu... sakit, pedih dan perit bila kita kehilangan orang yang memberikan kita satu perasaan istimewa...("rasa" macam ni hanya dirasa oleh orang yang ditinggalkan... yang meninggalkan kita, mungkin tak rasa apa-apa sebab dia dah dapat orang baru... kita yang terkontang-konting ditinggalkan akan hilang punca... hilang semangat dan kadangkala kehilangan airmata yang banyak jugak... hehehe). selalunya kes macam ini terjadi pada insan yang setia atau nak senang difahami ialah insan-insan yang tidak suka "pasang banyak". 
insan-insan seperti inilah yang akan sentiasa mengenang, mengingati orang yang telah meninggalkan dia... huhuhu. bukan tak banyak pilihan, tapi hati ini susah nak terima ramai orang dalam sesuatu masa... (emmm ada tak yang meluat membacanya ni...) ini kenyataan kan... bukan saya reka-reka... cuba anda perhatikan di sekeliling anda...lihat kawan-kawan anda... pasti ada orang yang macam saya perkatakan ini... 
peribadi saya macam inilah... kalau bab teman lelaki, hanya ada 3 nama aje dalam hidup saya... admirer saya, ex-boipren saya dan en. suami... 3 nama yang sangat istimewa, punya karektor yang sangat berbeza (mestilah kan)... (admirer dengan ex-boipren sama sekolah tu...sebaya lagik hi3). 
3 nama dan 3 versi cinta... hahaha... mulalah angau tu.. admirer = kasih terpendam (dipertemukan kembali apabila masing2 dah dimiliki... kiranya tertinggal bas lah kami ni.. tapi yang pasti namanya sentiasa terpahat di hati ini sejak 25 tahun lalu... dulu tak tahu kenapa, tapi 2010 menjawab semua persoalan hati ini... uwaaaaaaaa, so late but itulah takdir), ex-boipren = kasih tak kesampaian (rupa-rupanya terputus kerana difitnah..2010 baru kebenaran terbongkar), en.suami = kasih kilat...(baru 4 bulan kenal terus bertunang, seterusnya nikah...cam kilat tak???) tu namanya jodoh.
Sesungguhnya saya tidak menyesali mengenali kalian...
walaupun adakalanya perit untuk melalui "detik-detik" itu
tapi sejarah telah terlakar antara kita dan saya tetap menyayangi kalian seadanya...
tiada dendam antara kita... terima kasih kerana pernah wujud dalam kamus hati ini.

p/s: kenangan pahit dan manis bersama kalian akan tetap tersimpan dalam kotak memori saya seutuhnya. Maafkan saya andainya ada kesalahan dan kesilapan yang telah saya lalukan sepanjang "perhubungan" kita.
(kalaulah mereka bertiga baca statement saya ni, apa agaknya reaksi merekakan.. bangga, terkejut atau pengsan??? uwaaaaaa... hentamlah labu... suka saya nak tulislah)...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Si manis 17 (K.D.Nie.Na) '86

bila belek-belek album zaman remaja dulu... hati terpaut pulak kat 2 keping gambar ni... 2 keping gambar ni diambil bukan pada masa dan hari yang sama... tapi kedudukan/susuraturnya cam dirancang aje... anda tengoklah sendiri dan telitilah ye.
gambar ini diambil ketika saya di tingkatan 5 zuhal 1986 bersama-sama teman rapat dan geng ini diberi nama K.D.Nie Na (Khairani, Dilla, Niza dan Zarina)...glamorkan...(perasan jer..)
 ~ beruniform lengkap lepas sarapan pagi.... ~


~susunan aturnya tetap sama...tepi Khai, Dilla, Nieza dan Ina~
Kenangan semasa menjadi "Si Manis 17" sememangnya manisssssssssssssssssss sangat... kalau teringat sekarang ni kenakalan dan kemanjaan kita pada waktu tu, emmm boleh senyum sensorang jadinya...
Kenangan ini amat bermakna...indah sangat...
banyak memori manis yang terlakar di SMAA 82-88

Khamis, 6 Oktober 2011

Andai ku turut rasa hati...

emmm hati dibalut rasa sayu jer sepanjang hari...
sama macam cuaca kat luar rumah ni... 
dingin sedingin hati saya... 
tak tahulah nak citer macam mana...
sebakkk, pilu... semua ada.
rasa macam ada yang kurang,
ada yang hilang... 
umpama ada yang telah pergi daripada hidup ini...
rasa sangat tidak ceria...
seolah-olah diri ini telah terbiar sepi
sedaya upaya cuba melawan perasaan ini,
namun gagal jua...
semakin malam, terasa semakin berat...
??????????????????????????????

"Andai ku turut rasa hati...telah jauh ku bawa diri"
... TAPIII minda tak pernah mengizinkan,
kerana ia kenangan terindah dalam hidup ini...

Khamis, 29 September 2011

Suami oh suami...


entahlah kenapa hati ini begitu terusik, terhiba dan terkedu bila mendengar keluhan seorang sahabat tentang kisah rumahtangganya... saya paparkan di sini bukan tujuan untuk membuka keaiban orang tapi sebagai renungan kita semua... sama ada anda dari golongan suami/ lelaki ataupun daripada golongan isteri/wanita.

minda saya ligat berfikir mengapa ada suami yang berperangai seperti suami XY, senang sangat meletakkan syarat-syarat untuk menjatuhkan talak kepada si isteri... nak gelak ada, terkejut ada, tak sangkapun ada...entahlah macam-macam perangai manusia. dah banyak kisah saya dengar tentang perangai suami XY yang tak berapa nak betul tu... dahlah ringan mulut (suka sumpah seranah anak isterinya) dah tu ringan tangan plak...(ringan bukan rajin, tapi rajin beri penamporrr... hah, sekarang dah cacat sikit tangan tu kan..balasan Allah tu).
setahu saya, kewangan rumahtangga banyak menggunakan wang gaji isterinya...duit belanja nak pi kerjapun minta kat isteri...bila isteri terserempak dengan kawan-kawan perempuan pun dia nak marah...macam nak tersembur biji mata dia... apalah salahnya isteri tu bertegur sapa dengan kawan sendiri, kalau kawan tu lelaki...lainlah, memang patutlah si suami nak marah ataupun cemburu... ini tidak.
saya hairan kenapa dia dah lama tak aktif berfesbuk macam dulu-dulu...kalau tidak, hari-hari tenguk nama dia...bukan pasal update status tapi dok sibuk "berkebun" hihihi...emmm games Farmville lah...kini fb dia sepi, sunyi...rupa-rupanya suami dia dah larang dia berfesbuk...kalau buka fb, jatuh talak... bukan 1, bukan 2 tapi TIGA...ohhhhhhhh zalimnya suami.. tak cukup ke kau tahu password fb dan email isteri tu??? tak percaya jugak ke????
dia berfesbuk, dia ber"reunion" boleh pulak tu... pi lepak-lepak dengan kawan-kawan... minum-minum kopi.. yang si isteri kena pergi kerja, balik rumah, hantar anak sekolah, hantar anak tuition... dan macam-macam lagi kerja... isteri nak baca novelpun salah... sungguh tidak adilkan... nak isteri seperti Fatimah Az Zahra tapi diri sendiri entah rupa apa.....macam firaun kot (mood tetiba hot jer ni...)
Sahabatku, semoga kau terus tabah dan sabar dengan dugaan hidupmu... semoga sinar bahagia akan jadi milikmu nanti. Buat anak-anak beliau, sabar dan redhalah dengan perangai ayah... doakan di setiap solat kalian agar suatu hari nanti ayah akan berubah dan menyayangi ibu dan kalian dengan penuh kasih sayang... walau sebagaimana jahatpun dia, dia tetap ayah kamu dunia akhirat. Semoga dia mendapat petunjuk dan rahmat Illahi.
Sesungguhnya kisah ini membuka liang-liang keinsafan, menyuburkan tunas-tunas kesyukuran dan memupuk tabir ketabahan buat diriku...semoga Allah terus membukakan "mata hatiku" dengan pengalaman sahabat-sahabatku... supaya aku dapat mengutip hikmah-hikmah yang tersembunyi sebagai panduan hidupku... 
Suami oh suami, janganlah kau zalimi isterimu...
mereka jua manusia biasa yang punya hati dan perasaan...
kasihilah dia dengan penuh rasa kasih sayang...
semoga rumahtanggamu aman bahagia selamanya.

Selasa, 20 September 2011

Berperang...


Nampaknya minggu ini saya berperang dengan dua tugas penting... kedua-dua tugas ini sama pulak "dateline"nya.. emmm rasa nak terkucil jer. Sakit kepala semakin menjadi-jadi, kesian kat otak saya... agaknya tak boleh nak fikir banyak-banyak kot, emmm maklumlah dah lama guna...
Tugas pertama saya ialah menyiapkan 4 assignment yang saya dapat sekali melambak masa bulan Ramadhan lepas... nasib nasib... bahan-bahan semua dah dapat, dah cari merata alam...kih kih kih.. cuma nak memulakan usaha menaip tu yang lambat sangat nak panas... ada kawan -kawan kata, saya dah mahir IT senanglah kerja saya... iya sangatlah tu.. kalau pandai IT tapi maklumat/ bahan tak cari, apa yang nak ditaipkan nanti... susah juga rasanya nak gilap semula "mood" buat assignment ni... tulah masa muda-muda tak nak sambung belajar, ni la payahnya bila umur dah senja...(sebenarnya peluang macam ni tak ada masa saya muda belia dulu...sob, sob, sob). Semangat ohhh semangat, hadirlah kau cepat-cepat sebelum pi kuliah hujung minggu ni... Adoiiiiii tolonggggggg!!!!
Tugas kedua, yang tak kurang juga pentingnya dan memerlukan komitmen saya ialah Majlis Sambutan Aidilfitri Alumni SMAA/SMADKlana yang akan diadakan pada 25 Sept 2011 di Pusat Dakwah Islam Paroi, Seremban. Promosi dah dibuat di facebook (group Alumni), AJK dah sampai-sampaikan kat kawan-kawan yang lain... tapiiiiii jumlah penyertaan nampaknya sangat merosot... ramai yang ada aktiviti pada tarikh tersebut... kalau buat minggu sebelum tu 16/17/18 Sept, lagi ramailah yang punya aktiviti lain seperti kenduri kawin, open house dan macam-macam lagilah... kalau nak diikutkan semua minggupun masing-masing sibuk... Susah nak menetapkan tarikh perjumpaan sebegini...kepala setiausaha jugak yang sakit... kalau penyertaan tak ramai, camana nak jemput tenaga pengajar nanti??? Pening, pening, peningggg!!!
Saya sangat berharap kali ini saya akan menemui muka-muka baru warga SMAA/SMADKlana yang belum pernah menyertai program alumni... tahun lepas saya dah berjumpa sebilangan kecil daripada mereka.. Semoga Allah penuhi hajat saya ini... kenangan belajar selama 7 tahun (tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas) di SMAA sentiasa segar di ingatan, takkan terhapus selamanya.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini...
Berperang dengan perasaan dan waktu..huhuhu

Sabtu, 17 September 2011

Tetamu Aidilfitri yang istimewa...


Aidilfitri kali ini agak istimewa daripada Aidilfitri yang lepas-lepas... kenapa ya??? emmm kerana tahun ini ada tetamu-tetamu istimewa yang datang bertandang ke rumah saya... seronok sangat rasanya, walaupun rasa malu sangat menebal dalam diri ini... kerana terasa banyak kekurangan dalam rumah saya... rumah saya simple jer, sama cam tuan rumahnya... serba-serbi sederhana...ambik yang basic jer.. (itulah sebabnya saya segan nak pelawa kawan-kawan datang ke rumah, bukannya saya sombong atau tak suka kawan datang...) eeeeee pelikkan perangai saya ni.
~senior2 saya dahulu... sorang mmg ditakuti ramai (kak N), yg sorang mesra selalu (kak kiti)...~
16 Sept 2011 melakar satu sejarah dengan kunjungan beberapa orang sahabat  saya semasa sekolah menengah dulu... dah hampir 23 tahun saya meninggalkan sekolah menengah tersebut, akhirnya pada tarikh keramat ini saya menerima tetamu-tetamu istimewa ini... terima kasih sahabat, terima kasih teman... kerana sudi melapangkan masa untuk berkunjung ke teratak saya yang tidak seberapa ini. Maafkan saya andainya saya terkurang layan, terkurang mesra, terkurang sedap dan terkurang yang macam-macam lagilah... semua itu kelemahan saya...(gabra sebenarnya...sebab rasa cam mimpi jer korang datang rumah saya...hehehe). Apa-apapun kunjungan kalian amat bererti buat saya...

~adik junior (Hanapi), abang senior (abg Ramli) dan akak senior (kak kiti)..mekasih semua!~
Istimewanya 16 Sept...
Terima kasih kerana masih sudi berkawan dengan saya...
Lain kali datang lagi ye... nanti saya masak sedap-sedap..
(sebenarnya menu hari tu niatnya nak masak...
gulai udang + kacang buncis, ayam masak merah dan sayur campur..
tapi dek kesuntukan masa kerana tiada pembantu...
akhirnya menu saya pun bertukarlah jadi cam gitu... aduhai, niat tak kesampaian jugaklah..)