Bila rindu datang bertandang,
Kenangan lalu mula mendatang,
Aku tak berdaya menghalang,
Semangat diri terasa melayang.
Sebaris nama tak pernah hilang,
Tak pernah pudar tak pernah lekang,
Dari dulu hingga sekarang.
Mengekoriku seperti bayang-bayang.
Bila rindu datang bertandang,
Jiwa ini rasa kosong, rasa pincang,
Rindu yang hadir bagai ribut kencang.
Mengoncang pohon yang tiada tunjang.
#Andai rindu ini boleh disedekah,
pasti aku jadi insan yg sangat dermawan...
supaya "beban" ini menjadi ringan.
kerana rindu ini semakin luas, semakin dalam...#
(Rindu sangat sangattt........)
"Yang kuseru benci yang datangnya sayang"
~AY9752 @ TPS; 3.20am 03/02/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih, sila catat lagi!