"Mengapakah seksanya untuk melupakan orang pertama yang bertakhta dalam hati kita?"
"Kenapa yang pertama itu sukar untuk dibiarkan pergi dari kenangan?"
"Kenapa yang pertama itu sukar untuk dibiarkan pergi dari kenangan?"
(tak salahkan soalan ni, saya saja-saja nak tanya...ni mood lepas baca novel "Sehangat Asmara" tulisan Aisya Sofea, Alaf 21 yang baru habis saya baca tadi...) huhu.
Kenapa ek camtu? Ramai yang kata ingatan dan kenangan silam itu sukar sangat nak hilang... Betul ke? Bertuahlah badan kalau kita jadi orang yang pertama hadir dalam hati seseorang... sentiasa ada orang ingat kat kita... hihi. Tapi malang agaknya kalau kita pula yang sentiasa teringat dan terkenang kat orang pertama yang menyentuh hati kita...sedangkan dia tak pernah ingat kat kita...nak-nak kalau dia yang tinggalkan kita.... sob, sob, sob. Haruuu, menangis tak berlagulah kan.
Tapi kita jangan lupa bahawa "Jalanan hidup ini sudah tertulis"...Tempuhilah dengan kesabaran dan sedarlah tentang kebesaran Tuhan Mu. Yakin dan bersangka baiklah dengan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya...
#kerana takdir jua... maka terjadinya pertemuan dengan insan yang "pertama" selepas 24 tahun hilang dari pandangan; yang tidak pernah diduga, difikir, dijangka... rasa macam mimpi bila insan itu tiba-tiba wujud di hadapan mata sendiri... Apabila terlihat senyumannya, terdengar suaranya... hati bagai tidak percaya apa yang sedang dilalui. Bagaimanapun saya tetap bersyukur di atas pertemuan itu walaupun dalam situasi dan status kehidupan masing-masing yang telah berbeza kini. (cewah, cewahhh... tetiba kenangan lama ni tersingkap kembali...).
"Sahabat selamanya..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih, sila catat lagi!