Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 18 Disember 2011

Channel @ Youtube

Ini link ke channel saya di Youtube http://www.youtube.com/user/AY9752. Kalau sahabat-sahabat ada kelapangan singgahlah kat channel saya tu... emmm bukan ada apa-apa istimewapun, saya baru upload 3 lagu kegemaran saya... bak kata orang sekadar suka suka je... baru nak belajar... 
Selain daripada lagu-lagu kesukaan, saya juga teringin nak buat videoklip nasyid... nanti saya cari dan kumpulkan nasyid-nasyid mana yang sesuai... kalau ada yang ala-ala jiwang, kompem saya buat... (jiwang karat ni payah gak kan...). 
Saya seadanya; AY9752

Sabtu, 17 Disember 2011

Videoklip sulung...

Entri yang lepas... bertajuk Ilmu baru... saya dah ceritakan apa ilmu tu kan... haaaaa ini hasilnya yang berjaya saya ciptakan... oleh sebab sekarang ni dilanda virus "Ombak Rindu", maka videoklip pertama saya ialah lagu tema Ombak Rindu nyanyian Adira dan Hafiz AF...


Mengambil masa beberapa jam juga saya membuatnya... maklumlah kali pertama... susahlah sikit. Kebetulan pada 10 Dis lepas saya dengan teman-teman berpeluang tengok filem Ombak Rindu di TGV Jusco Cheras Selatan... semua ni projek teman saya yang sedang berpantang tu, Khai... geng Ombak Rindu kali ini semuanya 6 orang; Khai, saya, Cik Puteri, Eiza, She Keen dan Soraya (isteri kawan sekelas saya masa form 5 dulu, Khairul Anuar)... serta 2 remaja (anak khai dengan kawan dia)... yang lebih teruja, geng emaklah... anak-anak bawa hal sendiri jer... dan yang puas menangisnya geng emak jugaklah... ada ke menangis pun berjemaah... lawak, lawak... keluar panggung, penat lap mata...

Bila semua kerja edit kat movie maker siap, sayapun upload di Youtube... selesai jer upload, terharu pulak rasanya bila menghayati lagu tu... sambil teringat filem dan suasana kami berenam ketika menonton filem Ombak Rindu... satu kenangan manis bersama-sama mereka...filem yang menarik, walaupun pada mulanya saya tak berhajatpun nak tengok sebab masa preview di tv nampak ada adegan yang tak sedap mata memandang... rupanya sikit sahaja... ingatkan macam filem aksi yang lain tu... saya benci tengok filem jenis macam tu...jijikkk!!! tapi ombak rindu besttt...Saya suka tengok babak-babak Aaron menangis... nampak seperti semulajadi...ada ke lelaki sebegitu di zaman serba canggih ini???

p/s: banyak pengajaran yg boleh diambil dari filem ini... antaranya yang saya fikirkan;
cinta akan kukuh jika kita setia dan yakin, kita akan sakit jika kita hanya menyintai bukan dicintai...
jangan bercinta/kahwin kerana harta, pangkat dan nama. cintalah kerana Allah, pasti kita bahagia...

Ombak Rinduku tak pernah jemu menghempas... rinduku sentiasa bertandang di hati...ngeh3

Ilmu baru...

seronok rasanya bila dapat membuat, merekacipta atau mengilhamkan sesebuah videoklip yang mengikut citarasa kita sendiri... dah lama berminat dan mencuba... cuba sendiri je bukan ada gurunya pun... bak kata orang, try and error... tak tak berjaya jugak... 
asalnya netbook saya ni tak ada perisian windows movie maker.. sayapun downloadlah... pastu install... bila selesai, apalagi sayapun mulalah menerokainya...cuba buat, bolehlah sikit...tapi banyak tools (peralatannya) tak ada... aduhhh, camana ni... godek sana, godek sini tak mau2 juga... tools yang ada anggarannya 3/10... kalau serba kekurangan macam mana saya nak hasilkan sebuah videoklip??? kecewa jugaklah... dah berbulan saya install...akhirnya saya biarkan begitu jer...kiranya kecewa walaupun bukan putus asa..
15 Dis, iaitu hari khamis lepas...malamnya saya sibuk mencari videoklip "happy bithday" di youtube... saya bercadang nak tepek kat wall teman saya sebab 16 Dis tu birthday dia... cari punya cari, tak ada plak yang sesuai denga jiwa saya...nak tak nak, jumpalah satu videoklip yang kira OK lah... lepas pada pencarian itu, keinginan saya nak mencuba aplikasi tadi makin membara...geram sangat rasanya... 
Jumaat malam, setelah hilang penat pergi IJN siang tu... saya mula mengodek sehabis godek window movie maker saya tu... entah macam mana dengan izin Allah, saya tertekan "drag".... tetiba....jeng jeng jeng (kiranya suspenlah ni...) salah satu ruang kat program tu terkecil... maka TERSERLAHlah beberapa tools yang saya cari selama ini... rupa-rupanya banyak tools yang tersembunyi disebabkan saya guna netbook... skrin kecik... hampehhh, patutlah banyak kali saya download program tu semuanya camtu.. ingatkan program tu tak habis dowwnload atau install...adoiiii dah sempurna, tapi tersorok...lawak, lawak.. pasni banyaklah video yang bakal saya ciptakan...yuhuuuuu!!! Syukur, Alhamdulillah.
Tak pernah jemu meneroka bidang ICT, walaupun BI saya cukup-cukup makan jer...asalkan boleh.

Jumaat, 16 Disember 2011

Seketika di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur


Pagi tadi, saya dengan adik lelaki saya..Andak (tulah sorang adik lelaki sayapun) pergi ke Institut Jantung Negara.. hantar abah check up... kebetulan saya masih cuti, dapatlah pergi... saya dah pernah datang kat IJN ni, lama dulu... 5 atau 6 tahun yang lepas... ketika pertama kali abah mendapat rawatan di situ... buat Angiogram...camtulah bunyinya ejaan kalau salah, nasib le... 

IJN banyak dah berubah... makin elegan dan elit... mendamaikan. kalau setiap negeri ada hospital jantung seumpama IJN, kan bagus... susunaturnya menarik, peralatan canggih, jururawat dan doktor yang peramah, suasana dingin...(air cond banyak, memanglah sejuk...terpaksalah saya pakai sweater...selalunya pakai masa demam jer...) Tepat pukul 8.00 am kami tiba di sana... semua urusan berjalan dengan baik dan selesai pukul 11.40 am tapi kena datang lagi 27 Dis 2011 dan 3 Jan 2012... tak kisahpun, asal penyakit abah dapat dipantau dan dirawat... kedua-dua tarikh tu memang pasti saya tak dapat pergi sebab persekolahan sesi 2012 dah bermula... 27 mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2012, manakala 3 Jan, hari pertama sekolah dibuka... adik-beradik lainlah yang terpaksa pergi...

11.50 am kami bergerak balik... baru seketika kami meninggalkan perkarangan IJN saya dapat sms daripada teman saya, Khairani.. dia bertanyakan tentang rawatan abah tadi... mekasih khai, sudi mengambil tahu hal keluarga saya terutama abah tercinta... apalagi, saya call lah dia... borak-borak sekejap... dalam pada itu masuk pulak 1 sms... oooo sms dari teman baik saya jugak... terima kasih sudi sms saya... rasa gembira dan ceria jer hidup hari ini.... semua urusan berjalan lancar... Syukur, Alhamdulillah dan aminnnn.

Terima kasih teman kerana masih sudi menghubungi saya, terutamanya ketika sebegini... terasa seperti diri dihargai dan diingati...sesungguhnya kalian sentiasa di hati ini selamanya... kerana nama kalian tidak pernah pudar sejak 25 tahun dulu...(1986)

Sabtu, 10 Disember 2011

Sahabat...

Imam Al-Ghazali … berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut….
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu,
    dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran,
lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
   
kesukaran ini mungkin disebabkan diri kita sendiri bukan sahabat yang baik...sob, sob, sob...
perkara ini sentiasa bermain di fikiran saya...

Rabu, 23 November 2011

Bersantai di HTJ Seremban

saya sekarang berada di Hospital Tuanku Jaafar Seremban... buat apa? abah saya sakit dan kena duk wad mulai semalam... sakit berkaitan jantung dan darah tinggi. rasa boring jer duduk kat sini, jadi ada sedikit peluang ini lebih baik saya catatkan kat blog kesayangan saya ni... selalunya abah masuk wad kelas 1, tapi kali ini abah nak duduk kat kelas 3... ramai orang, ramai jururawat, jururawat pelatih lagilah melambak... memanglah seronok... tapi kalau duduk kelas 1 tu selesa sikit, taklah bising macam ni.

Walaupun keadaan agak kurang selesa, tapi di wad ini saya dapat memerhati pelbagai gelagat manusia... dari doktornya, jururawatnya, pesakitnya malah pelawat-pelawat yang datang menziarah... emmm banyak ragam dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari suasana ini.

semalam saya rasa bangga melihat seorang gadis yang begitu tekun membersihkan (melapkan) datuknya yang sakit... begitu cermat dia mengelap badan datuknya dengan tuala kecil... bertuah datuk tu kerana ada cucu yang begitu prihatin dan mahu menjaga datuknya dengan penuh kasih sayang... neneknya turut ada juga di situ, tapi neneknya agak berumur... memang sesuai sangatlah cucunya membantu nenek tersebut... Abah??? emmm kesian... sebab cucu-cucu abah semuanya masih kecil lagi, dan pasti tak pandai buat sepertimana gadis itu. Tak apalah abah, cukuplah anak-anak abah yang berlima ini menjaga dan membantu abah. Semoga kami diberi kesempatan untuk menjaga abah hingga ke akhir hayat abah...

Abah, semoga cepat sembuh ye...