Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 17 Disember 2011

Videoklip sulung...

Entri yang lepas... bertajuk Ilmu baru... saya dah ceritakan apa ilmu tu kan... haaaaa ini hasilnya yang berjaya saya ciptakan... oleh sebab sekarang ni dilanda virus "Ombak Rindu", maka videoklip pertama saya ialah lagu tema Ombak Rindu nyanyian Adira dan Hafiz AF...


Mengambil masa beberapa jam juga saya membuatnya... maklumlah kali pertama... susahlah sikit. Kebetulan pada 10 Dis lepas saya dengan teman-teman berpeluang tengok filem Ombak Rindu di TGV Jusco Cheras Selatan... semua ni projek teman saya yang sedang berpantang tu, Khai... geng Ombak Rindu kali ini semuanya 6 orang; Khai, saya, Cik Puteri, Eiza, She Keen dan Soraya (isteri kawan sekelas saya masa form 5 dulu, Khairul Anuar)... serta 2 remaja (anak khai dengan kawan dia)... yang lebih teruja, geng emaklah... anak-anak bawa hal sendiri jer... dan yang puas menangisnya geng emak jugaklah... ada ke menangis pun berjemaah... lawak, lawak... keluar panggung, penat lap mata...

Bila semua kerja edit kat movie maker siap, sayapun upload di Youtube... selesai jer upload, terharu pulak rasanya bila menghayati lagu tu... sambil teringat filem dan suasana kami berenam ketika menonton filem Ombak Rindu... satu kenangan manis bersama-sama mereka...filem yang menarik, walaupun pada mulanya saya tak berhajatpun nak tengok sebab masa preview di tv nampak ada adegan yang tak sedap mata memandang... rupanya sikit sahaja... ingatkan macam filem aksi yang lain tu... saya benci tengok filem jenis macam tu...jijikkk!!! tapi ombak rindu besttt...Saya suka tengok babak-babak Aaron menangis... nampak seperti semulajadi...ada ke lelaki sebegitu di zaman serba canggih ini???

p/s: banyak pengajaran yg boleh diambil dari filem ini... antaranya yang saya fikirkan;
cinta akan kukuh jika kita setia dan yakin, kita akan sakit jika kita hanya menyintai bukan dicintai...
jangan bercinta/kahwin kerana harta, pangkat dan nama. cintalah kerana Allah, pasti kita bahagia...

Ombak Rinduku tak pernah jemu menghempas... rinduku sentiasa bertandang di hati...ngeh3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!