Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 19 Februari 2013

Bila rindu itu datang...

Salam sejahtera buat semua teman,
Hari ini saya tukar nama blog saya buat seketika... sebab??? entahlah, tak tau nak citer camana... Rindu sangat sangat, hati yang merasa tapi lidah tak terucapkan... Haaaaaa sabar ajelah, cam terkena sakit angau pulakkan. Layan jelah, nak buat camana lagi... hati dah puas mengusir perasaan halus ini tapi tak jugak berdaya... jadi biarkanlah aje kot. Mungkin ada hikmah di sebaliknya, siapa tahu... betul tak? 
Semua ni anugerah Allah... bukan kita saje saje nak... Ada ke insan yang mampu menepis rasa "rindu" ini? Ada ubat tak? Meh beri kat saya kalau anda ada ubat yang mujarab tu... boleh jugak saya telan sebutir dua... suka sangat "r.i.n.d.u" tu kacau hidup saya...uwaaaaaaaa saya dah terkena "jerat/perangkap rindu" ke??? Syuh, syuh, syuhhh... janganlah kacau saya, pi lah main jauh-jauh. 
kadang-kadang saya tak ingatpun semua tu, tapi tup-tup r.i.n.d.u. tu pi terjah pulak dalam mimpi saya... akhirnya bila bangun tidur, semangat berjuang dah longlai semula... Uwaaaaaaaa tak sukaaaaa simpan-simpan rindu ni, sengsara jiwa raga. Keh keh keh... dah macam kritikal sangat jadinya...TAPIIIIIIIIIIIIIII, hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa sekian lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ni... (27x huruf "A" tu... cuba kira kalau tak percaya, emmm yang tau jer faham apa maksudnya).
"Rindu... janganlah kacau saya ek. Saya dah tak larat nak layan ni... (rindu pun nak mintak layan ke?..ontahlah, tak tau acik doh... sosak napeh den jadi eh... omat akal acik)". Apo nak dikato/
#citer ni kalau terbaca kat kawan-kawan yang mengenali saya, abislah... mesti diorang pening & penuh tanda tanya... hihihihihi.... !!! Oranglain boleh kita tipu, tapi hati sendiri tak boleh nak tipuuu ;)). Kan, kan, kan....

Isnin, 4 Februari 2013

Yang pertama

Hari ni saya cuma nak kongsi beberapa persoalan yang selalu ada dalam kebanyakan hati kita... (bukan semua orang la...). Persoalan yang membabitkan "soal hati"... yang membuatkan kita selalu keliru kerana mencari jawapannya...

"Mengapakah seksanya untuk melupakan orang pertama yang bertakhta dalam hati kita?"
"Kenapa yang pertama itu sukar untuk dibiarkan pergi dari kenangan?"
(tak salahkan soalan ni, saya saja-saja nak tanya...ni mood lepas baca novel "Sehangat Asmara" tulisan Aisya Sofea, Alaf 21 yang baru habis saya baca tadi...) huhu.

Kenapa ek camtu? Ramai yang kata ingatan dan kenangan silam itu sukar sangat nak hilang... Betul ke? Bertuahlah badan kalau kita jadi orang yang pertama hadir dalam hati seseorang... sentiasa ada orang ingat kat kita... hihi. Tapi malang agaknya kalau kita pula yang sentiasa teringat dan terkenang kat orang pertama yang menyentuh hati kita...sedangkan dia tak pernah ingat kat kita...nak-nak kalau dia yang tinggalkan kita.... sob, sob, sob. Haruuu, menangis tak berlagulah kan.

Tapi kita jangan lupa bahawa  "Jalanan hidup ini sudah tertulis"...Tempuhilah dengan kesabaran dan sedarlah tentang kebesaran Tuhan Mu. Yakin dan bersangka baiklah dengan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya... 

#kerana takdir jua... maka terjadinya pertemuan dengan insan yang "pertama" selepas 24 tahun hilang dari pandangan; yang tidak pernah diduga, difikir, dijangka... rasa macam mimpi bila insan itu tiba-tiba wujud di hadapan mata sendiri... Apabila terlihat senyumannya, terdengar suaranya... hati bagai tidak percaya apa yang sedang dilalui. Bagaimanapun saya tetap bersyukur di atas pertemuan itu walaupun dalam situasi dan status kehidupan masing-masing yang telah berbeza kini. (cewah, cewahhh... tetiba kenangan lama ni tersingkap kembali...).


"Sahabat selamanya..."

Ahad, 3 Februari 2013

Puisi Rindu

Bila rindu datang bertandang,
Kenangan lalu mula mendatang,
Aku tak berdaya menghalang,
Semangat diri terasa melayang.

Sebaris nama tak pernah hilang,
Tak pernah pudar tak pernah lekang,
Dari dulu hingga sekarang.
Mengekoriku seperti bayang-bayang.

Bila rindu datang bertandang,
Jiwa ini rasa kosong, rasa pincang,
Rindu yang hadir bagai ribut kencang.
Mengoncang pohon yang tiada tunjang.

#Andai rindu ini boleh disedekah, 
pasti aku jadi insan yg sangat dermawan... 
supaya "beban" ini menjadi ringan.
kerana rindu ini semakin luas, semakin dalam...#
(Rindu sangat sangattt........)

"Yang kuseru benci yang datangnya sayang"
~AY9752 @ TPS; 3.20am 03/02/2013

Rabu, 30 Januari 2013

Mengapa benci yang ditanam, rindu yang tumbuh?

Hati ini berkocak lagi untuk ke sekian kalinya... Mengapa perasaan itu datang lagi? Mengapa rindu ini tidak pernah hilang? Mengapa sayang ini tidak pernah kering dari lubuk hati saya? Mengapa sukar sangat untuk saya membuangnya? Nafas ini terasa amat sesak... minda rasa amat letih sekali. Kenapa benci yang cuba saya tanam, rindu pula yang tumbuh??? Apa yang dah jadi... Saya tersilap bubuh baja ke? Tersilap teknik ke... Mana yang silap pun saya tak tahu... Ohhh, tidakkkkkkkkkkkkk!!!  :'(
"Oh Tuhan, ampuni aku... hati ini tidak mampu untuk membenci. Mengapa ya Allah aku tidak berdaya melawan ujian ini? Lemah sungguh imanku ya Allah... Puasku pujuk hati ini tapi aku tetap kecundang jua. Tersungkur di lembah rindu yang sepi, yang pilu dan yang lara. Tiada siapa yang akan mengerti termasuk diriku sendiri. Ya Allah, kau kuatkanlah jiwaku ini.. Aku tahu, aku sedar segala perancanganMu adalah yang terbaik untukku. Ya Allah, bantulah aku menjalani hari-hariku, bantulah aku menerima KETENTUAN dengan KETABAHAN agar terhapus semua KESEDIHAN dan KEKECEWAAN di hati ini". Agar dapat ku pujuk hati , “kerana ALLAH lebih tahu…”
*Aku akan cuba membersihkan "jejak" ku sedaya yang boleh, agar nama ini akan terus hilang dari pandangan jua ingatan".......
Kerana 12 April... aku jadi begini, walaupun telah melangkau tahun demi tahun...
Kasihani aku Ya Allah!!!

Isnin, 28 Januari 2013

Subhanallah

Petang-petang cuti Thaipusam ni best je lepak santai kat rumah berdua dengan anak dara saya... sambil-sambil tu layan suria fm. Tetiba syahdu je bila kedengaran lagu ni "Di atas Nama Cinta" berkumandang di udara... macam-macam rasa pulak yang timbul ni... huhu jiwanggg sudah mari. Di sini saya kongsi dengan anda lirik lagu tu ye.

Di Atas Satu Cinta - Indah Dewi Pertiwi.

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya

Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku


~Subhanallahhh.............~


Ahad, 30 Disember 2012

Bersawang...

Lama dah saya tak singgah kat sini, sampai dah bersawanggg!!! ada banyak kisah yg terjadi, tapi saya malas nak menulis kat sini. Entri sebelum ni pasal sms hangit, selepas tu saya dapat call hangit pada penghujung oktober.... Semua tu menyebabkan saya tak berminat nak bercerita di sini. Saya tak nak ingat lagi cerita-cerita yang menyesakkan dada saya, kalau tulis kat sini...pasti suatu hari nanti saya terbaca semulakan.. Jadiiii, biarlah ia ditelan masa, dibawa angin lalu... Jangan pandang belakang, biarlah mereka dengan hidup mereka.. lupakan saya, sbb saya tiada bermakna dalam hidup mereka. Lupakan saya, lupakan kenangan yang telah kita lalui... Semua tu saya anggap hanya sebuah mimpi yang menguji ketahanan emosi saya. Terima kasihlah kerana menghadirkan saya semua kenangan ini. 
Ku pendam sebuah duka,