Haaa....... kan dah terjawab segala persoalan yang bermain di minda kita selama beberapa minggu yang lalu. Betullah telahan yang aku buat 2 minggu lepas. Kakitangan awam akan menerima bonus hari raya. Tapi aku tak terduga pulak kakitangan sokongan saja yang merasainya.
Tapi apa-apa pun, hanya kalimah "Alhamdulillah" yang terlafaz di mulutku pada petang semalam apabila mendengar berita tersebut melalui radio ERA ketika itu... Syukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmat-Nya, dapat juga aku merasa Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seperti yang diumumkan oleh YAB PM kita.
Walaupun jumlah tersebut tidak seberapa, tetapi kita patut bersyukur dengan pemberian tersebut. Sikit-sikitpun RM250 boleh guna dengan pelbagai cara. Kat bawah ni.. cara-cara nak abiskan duit tu, pilihlah ya:
- @ bayar duit tol
- @ duit minyak kereta (k.terbang tak dapatlah..)
- @ duit raya untuk anak-anak sedara
- @ boleh beri mak ayah duit raya.
- @ bayar duit upah baju raya (5 pasang ..)
- @ beli daging tempatan 15 kg dapat tu..
- @ last sekali beli kuih raya dapat 10 balang tu..
* Nampaknya bertambah lagi duit raya aku ..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAwak juo lah yang malapeh hawo ! Indak dapek aya-aya doo...!
BalasPadamApo kan dayo...!!!
Allah tuhan kayo...!