Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 29 September 2009

Hari Raya Tanpa Ibuku.

Assalamualaikum semua!

Lama aku tak update blog ni. Rindu pulak nak mengarang kat sini. Sibuk dengan persiapan menyambut hari lebaran dan sibuk pula gi beraya rumah sanak saudara. Raya pertama lepas solat hari raya aku dan adik beradik aku dan ahli keluarga masing-masing prgi menziarah pusara ibuku yang tercinta. Ibuku meninggal pada 18.10.2001 bersamaan 1 Syaaban 1421. Dah 8 tahun ibu pergi meninggalkan kami semua.

IMG_0782

(Anak sedara dan adik- beradikku semuanya pergi menziarahi pusara ibuku di pagi Syawal).

Rindu yang kutanggung selama 9 tahun ini sukar untuk kuluahkan di sini. Ibulah pendengar setia segala kisah suka duka aku selama ini. Hanya ibu seorang.. tempat aku meluahkan segala rahsia hatiku, tiada orang lain lebih aku percayai selain daripada ibu. Ibulah yang setia merawat aku ketika asmaku menyerang atau demam yang bertandang, ibulah pegawai kredit waktu aku kekurangan ringgit. Ibulah chef yang terbaik bagi aku. Pemergiannya telah meragut sebahagian daripada kebahagiaan hidupku. Aku rasa sunyi, kosong, sepi dan bermacam-macam lagi. Kadangkala aku seperti malas nak menyambut hari raya seperti masa dulu.

Alangkah seronoknya kalau ibu masih ada. Sanak saudara yang datang sudah tentu akan dijamu dengan rendang yang dimasak oleh ibu, tak sah kalau tak makan rendang ibu kata anak-anak saudara ibu yang beraya ke rumah kami. Pasti ibu gembira bila melihat anak cucunya balik beraya ke kampung beramai-ramai. Bila melihat kereta anak-anak menjalar diparkir depan rumah (walaupun tak ada kereta mewah, cukuplah sekadar kereta buatan Malaysia sahaja). Suara hiruk pikuk cucu-cucu berkejar-kejaran di halaman rumah, bermain buaian di bawah pokok rambutan. menolong abah mencakar dedaun rambutan yang berguguran di halaman. Tentu ibu suka bila melihat cucu-cucu perempuannya dah boleh menolong kerja-kerja di dapur. Seronok melihat cucu-cucunya yang masih kecil dah boleh baca Yassin dan mendirikan solat beramai-ramai. Berlumba-lumba nak mengambil wuduk, kdg kala berkelahi juga.

Masih terbayang di mata betapa remehnya ibu membuat kuih bahulu dan bangkit setiap tahun. (Kadang kala kuih bangkit "meragam" juga, baling kat dindingpun tak pecah). Kalau dilarang, pasti panjang ceramahnya. Sebenarnya, kita kasihan melihat kepayahan beliau memasak kuih tradisional tersebut. Kini semuanya tinggal kenangan saja. Sudah suratan takdir, aku redha dengan pemergian ibu kerana Allah lebih menyayanginya.

Raya kali ini, aku sekeluarga pergi beraya ke rumah adik beradik arwah ibuku serta menziarahi pusara arwah nenek di Pasir Panjang, Port Dickson.(Adik-beradik abah pula, kami selalu berjumpa kerana mereka ramai menetap di kawasan KL. Cuma Pak Ngah sahaja yang tinggal jauh di Seberang Jaya, Pulau Pinang).

Aku masih ada abah,

"Abah..., selamat hari raya maaf zahir batin. Maafkan segala kesalahan anakanda sekeluarga selama ini. Halalkan segala makan dan minum anakanda .. Moga kita dapat meraikan Aidilfitri lagi tahun hadapan. Insya Allah..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!